Thursday, August 15, 2013
Tiga Program Pembangunan
Program Pembangunan
Diri ini telah
dibangunkan bagi membantu seseorang individu itu menjadi seorang yang berdikari
dan produktif.
Berdasarkan kepada Program Pembangunan Diri ini, berdikari dan
produktif mudah dicapai bila seseorang itu jelas dengan matlamat hidup yang
mahu yang dicapai serta jelas apakah perkara yang perlu beliau laksanakan bagi
mencapai matlamat hidup beliau itu.
Bagi membina keperluan ini, program Anda Dilahirkan Berjaya akan membantu seseorang itu menjawab
dan mengambil tindakan terhadap soalan-soalan berikut;
Siapa Saya?
Dimana Saya?
Kemana Saya?
Bagaimana Saya?
Dalam membantu menyusuri keempat-empat soalan ini, seseorang
itu perlu memperkasakan keupayaan hati (spiritual) serta keupayaan kreativiti
beliau. Kedua-dua keupayaan ini akan diterangkan dalam program My Heart dan Kreativiti Untuk Berjaya.
Program Pembangunan
Kerja Berpasukan ini
telah dibangunkan bagi membantu seseorang individu itu menjadi seorang ahli
pasukan yang produktif kepada pasukannya.
Berdasarkan kepada Program Pembangunan Kerja Berpasukan ini, ahli
pasukan yang produktif mudah dicapai bila seseorang itu jelas dengan matlamat pasukan
yang mahu dicapai serta jelas apakah perkara yang beliau dan pasukan perlu laksanakan
bagi mencapai matlamat pasukan beliau itu.
Bagi membina keperluan ini, program Kami Berjaya Part 2 akan membantu seseorang itu menjawab dan
mengambil tindakan terhadap soalan-soalan berikut;
Siapa Pasukan Saya?
Dimana Pasukan Saya?
Kemana Pasukan Saya?
Bagaimana Pasukan Saya?
Dalam membantu menyusuri keempat-empat soalan ini, seseorang
itu perlu memperkasakan semangat berpasukan beliau. Keupayaan ini akan
diterangkan dalam program Kami Berjaya
Part 1.
Program Pembangunan
Kepimpinan ini telah
dibangunkan bagi membantu seseorang individu itu menjadi seorang pemimpin yang
produktif kepada organisasi beliau.
Berdasarkan kepada Program Pembangunan Kepimpinan ini, pemimpin
yang produktif mudah dicapai bila seseorang pemimpin itu jelas dengan matlamat organisasi
yang mahu dicapai serta jelas apakah perkara yang beliau dan organisasi perlu laksanakan
bagi mencapai matlamat organisasi beliau itu.
Bagi membina keperluan ini, program Pimpinan Berjaya Part 2
akan membantu seseorang itu menjawab dan mengambil tindakan terhadap soalan-soalan
berikut;
Siapa Organisasi Saya?
Dimana Organisasi Saya?
Kemana Organisasi Saya?
Bagaimana Organisasi Saya?
Dalam membantu menyusuri keempat-empat soalan ini, seseorang
itu perlu memperkasakan keupayaan mempengaruhi beliau bagi mempengaruhi orang
yang dipimpin. Keupayaan ini akan diterangkan dalam program Pimpinan Berjaya Part 1
Ketiga-tiga Program Pembangunan di atas membentuk satu
program yang diberi nama Program Produktiviti Bersepadu 3K (Kesedaran Diri +
Kesedaran Kerja Berpasukan + Kesedaran Kepimpinan) atau ringkasnya PPB3K. PPB3K amat diperlukan oleh seseorang anggota kerja sebuah
organisasi itu bagi menjadikan beliau seorang yang produktif. Inilah satu
pendekatan sistematik yang amat diperlukan oleh anggota kerja bagi menyediakan mereka
untuk membantu organisasi mencapai matlamat organsasi tersebut.
Program PPB3K ini
bila dilaksanakan secara bersepadu sudah pasti dapat mempercepatkan ‘learning
curve’ seorang anggota kerja itu. (Rujuk rajah di atas). Ini penting bagi
menyedarkan seseorang anggota kerja itu betapa penting membina kompetensi dalam
kerja masing-masing dan akhirnya akan mempertingkatkan nilai diri beliau dalam
pasaran.
Ini satu pelaburan yang sememangnya berbaloi dari tuan puan
untuk organisasi tuan puan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment