Saturday, September 28, 2013
Kisah Lelaki Tua Dengan 3 Anaknya
Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah
bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan
tiga orang anak lelaki. Semuanya sudah remaja.
Anak pertama bernama Anis, kedua
bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling
disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar
rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.
Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke
penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal
kadang-kadang langsung tak diendahnya..jadi merayau-rayau lah si anak ini ke
sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana
jarang diberi
makan.
Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang
memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi
mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak
mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang
dimahukan si Raja itu.
Maka dipanggilnya si Harben. "Harben, tolong hantar ayah
ke pulau seberang, Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap, boleh ya nak?"
Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah.
Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah
ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan
pintu saja lah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini
kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau
begitu" jawabnya sedih.
Dipanggilnya pula si Anis. "Anis, tolong hantar ayah ke
pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang dijawab Anis? "Minta maaf lah
ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak
hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai
hujung kampung sajalah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini
kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah
kalau begitu" jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal, tolong
hantar ayah ke pulau seberang.
Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal
menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan. Menyesallah dihatinya
kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa
saja untuk ayahnya.
Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di
pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut
ayahnya mengayuh sampan. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda
dan hujan lebat pun turun.
Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang
dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di
lautan.
Moral :
Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan
lelaki tua ini.
Harben ialah HARTA-BENDA
Anis ialah ANAK-ISTERI
Amsal ialah AMAL-SOLEH
Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak
pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati (mengadap Raja) yang dapat dibawanya
hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di
tepi kubur).Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ni janganlah lupa dengan
akhirat.
Thursday, September 26, 2013
Nama Baik
Alkisah pada suatu ketika dahulu, Angin, Air dan Nama Baik
berjalan bersama-sama.
Angin, datang terburu-buru seperti orang yang sedang marah.
Selalu melompat di sini dan menendang debu di sana. Air berjalan dalam bentuk
seorang puteri. Ia selalu membawa kendi ditangannya, menitiskan beberapa air di
atas tanah sekitarnya. Nama Baik hadir dalam bentuk seorang pemuda yang tampan
dengan sikap-sikap yang baik, namun sedikit pemalu.
Mereka saling menyukai, meskipun sangat berbeza di antara
satu sama lain. Ketika mereka harus berpisah, mereka bertanya, "Bila kita
dapat bertemu untuk berjalan bersama lagi?"
Angin menjawab, "Engkau boleh menemui aku di puncak
gunung-gunung atau melompat-lompat di sekitar kakimu. Meniup debu ke mana kamu
pergi."
Air berkata, "Aku juga akan selalu ada disekitarmu.
Kamu boleh pergi ke laut atau ke sungai, bahkan ke dapur, untuk
menemuiku."
Nama Baik tidak mengatakan apa-apa.
Angin dan Air bertanya,"Nama Baik, bila dan dimana kita
akan bertemu lagi?"
Nama Baik menjawab, "Kamu tidak akan bertemu aku lagi
di mana pun. Sesiapapun yang telah kehilangan aku sekali , takkan pernah dapat
memperolehi aku lagi."
Moral: Kita perlu sentiasa menjaga maruah dan nama baik diri kita
dan keluarga. Kerana jika sekali kita kehilangannya, amat sukar untuk kita
memperolehinya sekali lagi.
Sunday, September 22, 2013
Kerana Sebiji Epal
"Indah sungguh suasana di tepi sungai ini. Airnya
mengalir tenang dan anginnya bertiup lembut. Biarlah saya duduk di sini untuk
berzikir kepada Tuhan," kata Abu Salleh sendirian lalu duduk di tepi
sungai.
Sungai itu terletak di sebuah pekan kecil bernama Jilan. Di
situlah tempat tinggal Abu Salleh. Ketika dia sedang berzikir, terpandang olehnya sebiji epal
hanyut di tebing sungai. Perutnya yang memang belum diisi sejak awal pagi
berbunyi beberapa kali. "Mungin ini rezeki untuk saya," katanya lalu
mengambilnya.
Abu Salleh memakan sebiji epal itu sehingga habis. Tiba-tiba
dia berdiri dengan wajah yang terkejut, "Saya memakan epal ini tanpa izin
tuannya. Tentu pemilik epal ini berada di hulu sungai."
Abu Salleh berjalan menyusur tebing sungai menghala ke hulu
sambil memerhati kesekeliling kalau-kalau ada pokok epal di situ. Jauh dia
berjalan meninggalkan pekan Jilan. Dia terus berjalan sehingga akhirnya dia
menemui sebuah ladang epal.
"Syukurlah akhirnya saya menemui ladang epal. Saya
yakin epal yang saya makan tadi datang dari ladang ini. Lebih baik saya segera
menemuinya." Abu Salleh terus memasukki ladang epal itu dan menemui
pemiliknya. Pemilik itu bernama Sheikh Abdullah.
"Saya memohon maaf dan mohon dihalalkan sebiji epal
yang saya memakannya," pinta Abu Salleh kepada Sheikh Abdullah. Sheikh Abdullah memerhatikan Abu Salleh untuk beberapa
ketika lalu tersenyum. Dia menarik nafas panjang dan berkata, "Saya boleh
memaafkan saudara dengan satu syarat."
"Katakanlah apakah syarat itu? Saya akan
memenuhinya."
"Saya mahu saudara bekerja di ladang epal ini selama
dua belas tahun!"
Tanpa banyak soal, Abu Salleh mengangguk dan menyatakan
persetujuannya. Bekerjalah Abu Salleh di ladang epal milik Sheikh Abdullah itu
selama dua belas tahun dengan penuh amanah dan tanggong jawab. Sheikh Abdullah
memerhatikan tingkah laku Abu Salleh sepanjang tempoh itu dan mula tertarik
hati. Dia bercadang untuk mengahwinkan puterinya dengan Abu Salleh.
Akhirnya tamatlah tempoh dua belas tahun lalu Abu Salleh
menemui Sheikh Abdullah. "Saya sudah menunaikan syarat tuan. Halalkanlah
epal yang saya makan itu." Sheikh Abdullah terpegun dengan kata-kata Abu Salleh yang
jelas menggambarkan dia adalah seorang anak muda yang jujur lalu dia berkata,
"Saya akan mengenakan satu lagi syarat ke atas saudara."
"Katakanlah syarat itu, saya akan tunaikan."
"Syaratnya ialah, saudara mesti mengahwini puteri saya.
Tetapi biarlah saya berterus terang tentang keadaan puteri saya itu."
"Katakanlah! Saya akan mematuhinya."
"Puteri saya bernama Ummu Khair Fatimah. Dia seorang
yang lumpuh, pekak, buta dan bisu. Mahukah saudara mengahwini puteri saya itu
sebagai syarat kedua untuk saya memaafkan saudara?"
Sejenak Abu Salleh termenung membuatkan dada Sheikh Abdullah
berdebar-debar. Akhirnya Abu Salleh memandang ke arah Sheikh Abdullah dan
tersenyum, "Saya akan mengahwini puteri tuan sekiranya tuan menghalalkan
sebiji epal yang saya makan tanpa izin dua belas tahun yang lalu."
"Baiklah. Saya akan menghalalkan sebiji epal yang
saudara makan itu sekiranya saudara mengahwini puteri saya."
Maka berlangsunglah satu majlis perkahwinan di antara Abu
Salleh dan Ummu Khair Fatimah. Pada malam perkahwinan itu, Abu Salleh masuk ke
bilik pengantin dan memberi salam.kepada isterinya. Sebaik sahaja isterinya
menoleh ke arahnya. Wajah Abu Salleh berubah kerana dia amat terkejut lalu
berlari ke ruang tamu menemui bapa mertuanya, Sheikh Abdullah.
"Adakah seorang perempuan lain di dalam bilik
pengantin? Di manakah isteri saya yang lumpuh, buta, pekak dan bisu itu?"
Sheikh Abdullah tersenyum mendengar pertanyaan Abu Salleh
lalu menjawab, "Perempuan yang berada di dalam bilik pengantin itu ialah
puteri saya, Ummu Khair Fatimah. Saya mengatakan dia lumpuh kerana kakinya
tidak pernah menjejak ke tempat maksiat. Saya mengatakan dia pekak kerana dia
tidak pernah mendengar perkara yang terlarang. Saya katakan dia buta kerana dia
tidak pernah melihat perkara yang haram dan saya mengatakan dia bisu kerana dia
tidak pernah menuturkan sesuatu yang sia-sia."
Tersenyumlah Abu Salleh sebaik sahaja Sheikh Abdullah
menghabiskan kata-katanya lalu dia menadah tangan, "Ya Tuhan! Hambamu
mengucapkan syukur yang tidak terhingga!"
Hasil perkawinan Abu Salleh dan Ummu Khair Fatimah ini
lahirlah seorang ahli agama yang terkenal diberi nama Sheikh Abdul Kadir
Jailani. Beliau digelar Mahyuddin yang bermaksud, Yang menghidupkan Agama!
Saturday, September 21, 2013
Orang yang Berjaya
Suatu hari, dua orang sahabat menghampiri sebuah kedai buku untuk membeli buku dan majalah. Penjual buku itu melayani mereka dengan buruk. Mukanya nampak masam saja. Sahabat yang pertama itu jelas tidak puas hati menerima layanan seperti itu. Yang menghairankan, sahabat kedua itu tetap enjoy, bahkan bersikap sopan kepada penjual itu.
Lantas sahabat pertama itu bertanya kepada sahabatnya, “Hei. Kenapa you bersikap sopan kepada penjual yang menyakitkan hati itu?”
Sahabatnya menjawab, “Ala, kenapa aku harus mengizinkan dia menentukan caraku dalam bertindak? Kitalah yang penentu atas kehidupan kita, bukan orang lain.”
“Tapi dia melayani kita dengan buruk sekali,” bantah sahabat pertama itu. Beliau sebenarnya masih berasa tidak puas hati dengan layanan si penjual itu tadi.
“Ya, itu masalah dia. Dia mau bad mood, tidak sopan, melayani dengan buruk, dan lainnya, itu tidak ada kaitannya dengan kita. Kalau kita sampai terpengaruh, bererti kita membiarkan dia mengatur dan mempengaruhi hidup kita. Padahal kitalah yang bertanggung jawab atas diri kita sendiri.”
Sahabat, tindakan kita kerap dipengaruhi oleh tindakan orang lain kepada kita. Kalau mereka melakukan hal yang buruk, kita akan membalasnya dengan hal yang lebih buruk lagi. Kalau mereka tidak sopan, kita akan lebih tidak sopan lagi. Kalau orang lain kedekut terhadap kita, kita yang semula jadinya pemurah akan tiba-tiba menjadi kedekut juga bila berurusan dengan orang itu.
Cuba renungkan. Mengapa tindakan kita harus dipengaruhi oleh orang lain? Mengapa perlu kita hanya berbuat baik bilamana ada terdahulunya orang yang berbuat baik terhadap kita? Jaga suasana hati. Jangan biarkan sikap buruk orang lain kepada kita menentukan cara kita bertindak! Pilih untuk tetap berbuat baik, sekalipun menerima hal yang tidak baik.
Orang yang berjaya dalam hidup ini ialah orang yang tetap sejuk di tempat yang panas, yang tetap manis di tempat yang sangat pahit, yang tetap merasa kecil meskipun telah menjadi besar, serta tetap tenang di tengah badai yang paling hebat.
Monday, September 16, 2013
Second Chance
It's another morning. Again I have to go to office.
Ooh, this is me. I shouted having a glance on my snap in today's news paper. But what the HELL it is doing in the death column?
Strange.
One second. Let me think, last night when I was going to bed I had a severe pain in my chest, but I don't remember anything after that, I think I had a sound sleep. Its morning now, it's already 10:00 AM, where is my coffee? I will be late for office and my boss will get a chance to irritate me.
Where is everyone? I screamed.
"I think there is a crowd outside my room, let me check." I said to myself. So many people. Not all of them crying. But why some of them crying.
WHAT IS THIS??? I'm laying there on the floor. "I AM HERE" . I shouted!!! No one listen.. LOOK I AM NOT DEAD" . I screamed once again!!! No one is interested in me. They all were looking me on the bed. I went back to my bed room.
"Am I dead??" I asked myself.
Where is my wife, my children, my mom-dad, my friends? I found them in the next room, all of them were crying. still trying to console each other. My wife was crying. she was really looking sad. My little kid was not sure what happened, but he was crying just coz his mom was sad.
How can I go without saying my kid that I really love him, I really do care of him?
How can I go without saying my wife that she is really most beautiful and most caring wife in this world?
How can I go without saying my parents that I'm just because of you ?
How can I go without telling my friends that without them perhaps I have done most of the wrong things in my life?
I can see a person standing in the corner and trying to hide his tears. Ooh. He was once my best friend, but a small misunderstanding made us part, and we both have strong enough ego to keep us disconnect. I went there ... and offered him my hand, "Dear friend. I just want to say sorry for everything, we are still best friend, please forgive me."
No response from other side, what the hell?? He is still preserving his ego, I'm saying sorry ... even then!!! I really don't care for such people. But one second ... it seems he is not able to see me! He did not see my extended hand. My goodness.
AM I REALLY DEAD??? I just sat down near ME. I was also feeling like crying.
"OHH ALMIGHTY!!!! PLEASE JUST GIVE ME FEW MORE DAYS." I just wasn't to make my wife, my parents; my friends realize that how much I love them.
My wife entered in the room, she looks beautiful. "YOU ARE BEAUTIFUL" I shouted. She didn't hear my words, in fact she never heard these words coz I never said this to her.
"GOD!!!!" I screamed. a little more time plzzzzzzzzzzzzzz. I cried.
One more chance please. to hug my child, to make my mom smile just once, to feel my dad proud on me at least for a moment, to say sorry to my friends for everything I have not given to them, and thanks for still being in my life. Then I looked up and cried!!!! I shouted.
"GOD!!!! ONE MORE CHANCE PLEASE!!!!"
"You shouted in your sleep," said my wife as she gently woke me up. "Did you have a nightmare?"
I was sleeping. Ooh that was just a dream. My wife was there. she can hear me. This is the happiest moment of my life. I hugged her and whispered.. "YOU ARE THE MOST BEAUTIFUL AND CARING WIFE IN THIS UNIVERSE.. I REALLY LOVE U DEAR"
I can't understand the reason of the smile on her face with some tears in her eyes, still I'm happy.
"THANK YOU GOD FOR THIS SECOND CHANCE!"
Dear Friends,
Keep your ego aside and express your love, care, appreciation, friendship, because you won't get a second chance always.Don’t regret after the things happen. Always show your love to everyone. Thank you for everything.
Saturday, September 14, 2013
Kejap (Bermakna Utuh)
Kejap-kejap pegang amanah
Jangan leka dek karenah
Hidup ini sentiasa indah
Kalau amanah tak pernah disanggah
Kejap-kejap memegang janji
Agar diri tidak dimaki
Tidak munafik dalam hati
Terpelihara jiwa dan budi
Kejap-kejap memegang tanggungjawab
Agar diakhirat tidak dihadap
Seribu satu pertuduhan
Asalnya sedikit namun berlarutan
Betapalah anak kita
Digari dan dirantai
Sudahlah tentu
Namun budi bahasalah jadi penentu
Dalam melayari hidup satu persatu
Thursday, September 12, 2013
An Old Man and a Scorpion
An old man saw a scorpion drowning and decided to pull it out from the water. He calmly extended his hand to reach the creature.
When he did, the scorpion stung him. With the effect of the pain, the old man let go the creature and it fell back into the water. The man realizing that the scorpion was drowning again, got back and tried to rescue it but then again it stung him. He let go of it again.
A young boy standing by, approached the old man and said, “Excuse me Sir, you are going to hurt yourself trying to save the evil-vicious creature, why do you insist? Don't you realize that each time you try to help the scorpion, it stings you?”
The man replied, “The nature of the scorpion is to sting and mine is to help. My nature will not change in helping the scorpion.”
So the man thought for a while and used a leaf from a nearby tree and pulled the scorpion out from the water and saved its life.
MORAL LESSON:
Do not change your nature. If someone hurts you, just take precautions. Some pursue happiness while others create it. Let your conscience be your guide in whatever you do.
Saturday, September 7, 2013
Tuesday, September 3, 2013
Mengapa Seorang Pekerja memerlukan ‘Sedia Untuk Berjaya’ (SUB)?
Ramai pekerja menyangka bahawa
apa yang pelanggan mahukan dari mereka hanyalah apa yang mereka laksanakan
dalam kerja mereka. (Takrif Pelanggan: Sesiapa yang menerima khidmat atau
produk yang dihasilkan oleh kita secara langsung). Itu sebab ramai pekerja yang
marah-marah bila pelanggan mereka masih tidak puas hati walaupun mereka telah
bekerja kuat. Tetapi fahamilah, satu-satu pekerjaan itu akan hanya bermakna
bilamana seseorang pekerja itu mampu memberi nilai apa yang dimahukan oleh pelanggan
mereka. Fikirkan ...
Seseorang pekerja itu perlu
berusaha untuk mengenalpasti apakah nilai yang pelanggan beliau mahukan dari
kerja beliau. Setelah itu beliau perlu berusaha sedaya mungkin bagi menghasilkan
nilai tersebut. Agar pekerja tersebut mampu menangani keperluan ini, beliau
perlu mahir menggunakan satu alat pengurusan bernama ‘Business Model Canvas’.
Di dalam environment Business
Model Canvas, sebelum pekerja itu mampu mengenalpasi (Value Proposition) dan
membina (Key Activities) nilai apa yang pelanggan beliau mahukan dari kerja beliau,
satu soalan pokok yang perlu beliau tanyakan pada diri beliau ialah adakah beliau
jelas dengan produk atau servis (Key Resources) yang ada di tangan beliau. Sekali
lagi, fikirkan …
Bagi setiap individu pekerja itu,
produk dan servis yang ditawarkan ini sebenarnya ialah kompetensi, kemahiran
atau satu produk yang mereka hasilkan. Kompetensi, kemahiran atau produk ini
seharusnya menjadi tujuan atau matlamat yang mahu mereka bina dalam kerja
mereka untuk diri mereka sendiri.
Namun matlamat ini perlu sejajar
dengan apa yang dimahukan oleh organisasi beliau terhadap beliau. Dengan itu,
baru wujud ‘win-win’. Ini penting bagi memastikan seseorang pekerja itu mempunyai
nilai tinggi dalam pasaran buruh. (labour market).
Namun berapa ramai
pekerja-pekerja yang menyedari hakikat ini? Bagi membantu mereka mengenalpasti
matlamat mereka, satu lagi alat pengurusan bernama S.W.O.T. akan digunakan.
Penggunaan S.W.O.T. ini sedikit unik berbanding kaedah S.W.O.T. yang biasa
digunakan bagi mencapai maksud di atas. Dengan menggunakan S.W.O.T. ini nanti,
seseorang pekerja itu akan dipimpin untuk mengenalpasti matlamat beliau itu
secara sistematik dan praktikal.
Untuk menwujudkan satu suasana
dalam diri pekerja itu agar benar-benar ghairah dan yakin untuk menetapkan
matlamat diri serta berusaha mencapai matlamat diri tersebut, pekerja tersebut
perlu didedahkan dengan satu bentuk ilmu kenal diri. Bila seseorang itu mula
kenal diri, maka beliau akan mula sedar diri. Sedar diri disini bermaksud
beliau faham mengapa beliau berada di atas mukabumi ini dan kaedah bagaimana
diri beliau beroperasi dalam menghasilkan sebarang hasil.
Bagi mencapai maksud kenal diri
ini, satu alat kenal diri bernama ‘Stick Person’ akan digunakan. Melalui
konsep ‘Stick Person’, proses kenal diri akan dibuat dengan mudah serta
praktikal.
Jika kita rumuskan apa yang
dibincangkan di atas, seseorang pekerja itu akan mulai menjadi produktif
bilamana beliau faham tiga perkara;
Mengenalpasti dan membina nilai yang dimahukan oleh pelanggan beliau.
(Alat: Business Model
Canvas)
Mengenalpasti
dan berusaha mencapai matlamat beliau di tempat kerja.
(Alat: S.W.O.T.)
(Alat: S.W.O.T.)
Mengenali diri.
(Alat: ‘Stick Person’)
Kesemua cerita di atas akan
diperincikan dalam program Sedia Untuk Berjaya (SUB). Diakhir program SUB ini
nanti, para peserta akan dibekalkan dengan satu metodologi bagi mengamalkan apa
yang telah diketahui dari SUB ini. Tanpa metodologi ini, kemungkinan besar segala
ilmu yang telah diketahui itu nanti akan hanya menjadi satu kenangan. Program 3
hari 2 malam inilah yang diperlukan oleh pekerja bagi membina produktiviti
dalam diri masing-masing.
Saya yakin, tuan puan yang
bertanggungjawab terhadap produktiviti pekerja masing-masing nampak akan logik
di atas pendekatan ini. Tuan puan cubalah. Saya janji akan beri yang terbaik.
Sunday, September 1, 2013
Teach For Malaysia
Ramai yang bercakap mengenai kepincangan pendidikan di negara ini tetapi saya tidak nampak satu perlaksanaan bagi menangani isu ini secara berkesan. Ramai yang hanya menunding jari sana sini tetapi tidak ada siapa yang sanggup benar-benar turun padang untuk menangani isu ini.
Bagaimana anda rasa jika ada sekumpulan orang yang sudi mengorbankan masa mereka untuk membantu meningkatkan taraf pendidikan seseorang individu itu? Itulah yang saya jumpa dalam satu organisasi bernama ‘Teach For Malaysia’ (TFM). Berbekalkan misi mereka yang berbunyi 'One day, all children in Malaysia will have the opportunity to attain an excellent education’, saya nampak mereka mempunyai satu pelan tindak yang cukup strategik tetapi praktikal bagi menangani isu diatas.
Itu sebab saya lihat ramai individu dan organisasi yang bukan calang-calang pencapaian mereka sudi untuk turut serta berganding bahu bagi merealisasi hasrat misi TFM ini.
Pertama kali saya didedahkan dengan idea TFM ini, saya sememangnya excited dengan idea ini. Bila anak sulung saya, Yang Safia mengutarakan keinginan beliau untuk menyertai TFM ini, saya tanpa teragak-agak menyetujuinya. Malah dalam diam-diam saya harap, satu masa nanti, anak-anak saya yang lain juga turut berpeluang untuk menyertai TFM ini.
Secara peribadi, saya lihat TFM menyediakan satu landasan bagi membina kepimpinan dalam diri sendiri. Secara logiknya, kepimpinan dapat kita bina dengan jayanya sekiranya kita mampu mendedahkan seseorang individu itu dalam berusaha untuk mempengaruhi sekumpulan orang untuk mencapai sesuatu hajat dalam hidup mereka. Mana keadaan yang lebih mencabar dari melaksanakan ini semua jika bukan dalam suasana masakini sekolah-sekolah di Malaysia?
Itu sebab saya begitu teruja bila dipelawa untuk memberi ucapan sempena majlis sambutan Fellowship baru TFM baru-baru ini. Kepada Dzameer, MD TFM, terima kasih atas jemputan itu. Bila saya berbual dengan beberapa ahli ‘Board of Trustees’ TFM ini seperti Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, pengasas MERCY Malaysia dan Dato’ Noor Rezan Bapoo Hashim, Bekas Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia, saya tahu TFM is in good hands.Semangat dan buah fikiran dua wanita hebat ini sememangnya mengujakan!
Untuk TFM. All the Best and God Bless. Lagu berikut saya tujukan khas untuk semua mereka yang terlibat dengan TFM terutama kepada semua Fellows TFM. Saya harap anda menyukainya.
Teringat kata-kata itu, 'What you give is what you will get in return'. Salam Merdeka!
Subscribe to:
Posts (Atom)