Saturday, September 28, 2013
Kisah Lelaki Tua Dengan 3 Anaknya
Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah
bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan
tiga orang anak lelaki. Semuanya sudah remaja.
Anak pertama bernama Anis, kedua
bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling
disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar
rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.
Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke
penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal
kadang-kadang langsung tak diendahnya..jadi merayau-rayau lah si anak ini ke
sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana
jarang diberi
makan.
Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang
memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi
mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak
mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang
dimahukan si Raja itu.
Maka dipanggilnya si Harben. "Harben, tolong hantar ayah
ke pulau seberang, Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap, boleh ya nak?"
Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah.
Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah
ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan
pintu saja lah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini
kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau
begitu" jawabnya sedih.
Dipanggilnya pula si Anis. "Anis, tolong hantar ayah ke
pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang dijawab Anis? "Minta maaf lah
ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak
hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai
hujung kampung sajalah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini
kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah
kalau begitu" jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal, tolong
hantar ayah ke pulau seberang.
Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal
menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan. Menyesallah dihatinya
kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa
saja untuk ayahnya.
Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di
pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut
ayahnya mengayuh sampan. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda
dan hujan lebat pun turun.
Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang
dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di
lautan.
Moral :
Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan
lelaki tua ini.
Harben ialah HARTA-BENDA
Anis ialah ANAK-ISTERI
Amsal ialah AMAL-SOLEH
Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak
pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati (mengadap Raja) yang dapat dibawanya
hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di
tepi kubur).Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ni janganlah lupa dengan
akhirat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment