Ramai pekerja menyangka bahawa
apa yang pelanggan mahukan dari mereka hanyalah apa yang mereka laksanakan
dalam kerja mereka. (Takrif Pelanggan: Sesiapa yang menerima khidmat atau
produk yang dihasilkan oleh kita secara langsung). Itu sebab ramai pekerja yang
marah-marah bila pelanggan mereka masih tidak puas hati walaupun mereka telah
bekerja kuat. Tetapi fahamilah, satu-satu pekerjaan itu akan hanya bermakna
bilamana seseorang pekerja itu mampu memberi nilai apa yang dimahukan oleh pelanggan
mereka. Fikirkan ...
Seseorang pekerja itu perlu
berusaha untuk mengenalpasti apakah nilai yang pelanggan beliau mahukan dari
kerja beliau. Setelah itu beliau perlu berusaha sedaya mungkin bagi menghasilkan
nilai tersebut. Agar pekerja tersebut mampu menangani keperluan ini, beliau
perlu mahir menggunakan satu alat pengurusan bernama ‘Business Model Canvas’.
Di dalam environment Business
Model Canvas, sebelum pekerja itu mampu mengenalpasi (Value Proposition) dan
membina (Key Activities) nilai apa yang pelanggan beliau mahukan dari kerja beliau,
satu soalan pokok yang perlu beliau tanyakan pada diri beliau ialah adakah beliau
jelas dengan produk atau servis (Key Resources) yang ada di tangan beliau. Sekali
lagi, fikirkan …
Bagi setiap individu pekerja itu,
produk dan servis yang ditawarkan ini sebenarnya ialah kompetensi, kemahiran
atau satu produk yang mereka hasilkan. Kompetensi, kemahiran atau produk ini
seharusnya menjadi tujuan atau matlamat yang mahu mereka bina dalam kerja
mereka untuk diri mereka sendiri.
Namun matlamat ini perlu sejajar
dengan apa yang dimahukan oleh organisasi beliau terhadap beliau. Dengan itu,
baru wujud ‘win-win’. Ini penting bagi memastikan seseorang pekerja itu mempunyai
nilai tinggi dalam pasaran buruh. (labour market).
Namun berapa ramai
pekerja-pekerja yang menyedari hakikat ini? Bagi membantu mereka mengenalpasti
matlamat mereka, satu lagi alat pengurusan bernama S.W.O.T. akan digunakan.
Penggunaan S.W.O.T. ini sedikit unik berbanding kaedah S.W.O.T. yang biasa
digunakan bagi mencapai maksud di atas. Dengan menggunakan S.W.O.T. ini nanti,
seseorang pekerja itu akan dipimpin untuk mengenalpasti matlamat beliau itu
secara sistematik dan praktikal.
Untuk menwujudkan satu suasana
dalam diri pekerja itu agar benar-benar ghairah dan yakin untuk menetapkan
matlamat diri serta berusaha mencapai matlamat diri tersebut, pekerja tersebut
perlu didedahkan dengan satu bentuk ilmu kenal diri. Bila seseorang itu mula
kenal diri, maka beliau akan mula sedar diri. Sedar diri disini bermaksud
beliau faham mengapa beliau berada di atas mukabumi ini dan kaedah bagaimana
diri beliau beroperasi dalam menghasilkan sebarang hasil.
Bagi mencapai maksud kenal diri
ini, satu alat kenal diri bernama ‘Stick Person’ akan digunakan. Melalui
konsep ‘Stick Person’, proses kenal diri akan dibuat dengan mudah serta
praktikal.
Jika kita rumuskan apa yang
dibincangkan di atas, seseorang pekerja itu akan mulai menjadi produktif
bilamana beliau faham tiga perkara;
Mengenalpasti
dan membina nilai yang dimahukan oleh pelanggan beliau.
(Alat: Business Model
Canvas)
Mengenalpasti
dan berusaha mencapai matlamat beliau di tempat kerja.
(Alat: S.W.O.T.)
(Alat: ‘Stick Person’)
Kesemua cerita di atas akan
diperincikan dalam program Sedia Untuk Berjaya (SUB). Diakhir program SUB ini
nanti, para peserta akan dibekalkan dengan satu metodologi bagi mengamalkan apa
yang telah diketahui dari SUB ini. Tanpa metodologi ini, kemungkinan besar segala
ilmu yang telah diketahui itu nanti akan hanya menjadi satu kenangan. Program 3
hari 2 malam inilah yang diperlukan oleh pekerja bagi membina produktiviti
dalam diri masing-masing.
Saya yakin, tuan puan yang
bertanggungjawab terhadap produktiviti pekerja masing-masing nampak akan logik
di atas pendekatan ini. Tuan puan cubalah. Saya janji akan beri yang terbaik.
No comments:
Post a Comment