Pengurusan Perubahan dilaksanakan untuk meningkatkan
pencapaian sesuatu organisasi dan agar terus relevan dalam industri yang
diceburi oleh organisasi tersebut. Ini amat diperlukan dalam keadaan dunia
sekarang yang penuh dengan perubahan dan cabaran. Ada berbagai definasi Pengurusan Perubahan.
Saya suka memetik definasi Pengurusan Perubahan seperti yang tertera dibawah
ini;
“Change management is a structured approach to shifting or
transitioning individuals, teams and organizations from a current state to a
desired future state. It is an organizational process aimed at empowering
employees to accept and embrace changes in their current business environment”.
- Jeff Hiatt, author of Employee's
Survival Guide to Change
Berdasarkan kepada definasi di atas, jelas menunjukkan
perkara paling asas yang perlu diberi tumpuan dalam Pengurusan Perubahan ialah
anggota kerja sesuatu organisasi itu sendiri. Ini adalah kerana anggota kerja
merupakan faktor utama yang menentukan jatuh bangun sesuatu organisasi itu. Penglibatan
(engagement) anggota kerja terhadap segala inisiatif organisasi amat kritikal
dalam usaha mencapai segala matlamat organisasi.
Berdasarkan kepada definasi di atas juga bilamana bercakap
mengenai anggota kerja, ada tiga perkara
asas mengenai anggota kerja itu perlu ditekankan iaitu;
- Tanggapan anggota kerja mengenai kerja
(Kesedaran Diri)
- Bagaimana anggota kerja bekerja dalam satu pasukan
(Kesedaran Kerja Berpasukan)
- Bagaimana anggota kerja memimpin organisasi
(Kesedaran
Kepimpinan)
Secara amnya, tiga perkara asas mengenai anggota kerja ini
digambarkan berdasarkan kepada rajah dibawah;
Tiga perkara di atas perlu ditangani secara bersepadu, sistematik dan berterusan agar sudahnya semua
anggota kerja dalam sesuatu organisasi itu rela menerima perubahan dan seterusnya
berupaya mempengaruhi dan menyumbang dalam membawa organisasi ke satu tahap
yang lebih baik dari keadaan ketika ini.
Masakini kelihatan banyak organisasi terlepas pandang atau
tidak berupaya mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memenuhi tuntutan ini.
Ini bukan bermakna organisasi ini tidak peka akan kepentingan dan kritikalnya
aktiviti Pengurusan Perubahan ini tetapi rata-rata dari organisasi tidak tahu
bagaimana melaksana Pengurusan Perubahan ini pada kadar masa yang paling optima
serta paling memberi impak kepada hasil yang diingini.
Tambah pula, aktiviti Pengurusan Perubahan ini biasanya
bersifat penting tetapi tidak terdesak (kuadran II) menyebabkan aktiviti Pengurusan Perubahan ini selalu menjadi aktiviti nombor 2 dibelakang sebarang
aktiviti penting dan tedesak (kuadran I). Sila rujuk rajah dibawah;
Jika organisasi terus menerus berada dalam keadaan kuadran I
dan terus bertangguh melaksanakan aktiviti Pengurusan Perubahan ini, organisasi
pasti akan terdedah kepada berbagai risiko yang menyebabkan organisasi tidak
berupaya menangani perubahan dan cabaran masa depan. Dalam kata lain, jika
organisasi itu berhasrat untuk kekal lama dalam industrinya, aktiviti Pengurusan Perubahan ini perlu dilaksanakan.
Wujudkah satu program asas bagi melaksanakan Pengurusan Perubahan yang sesuai dengan iklim negara ini?
Bagi menyahut keperluan persoalan di atas, itulah mengapa
Program Produktiviti Bersepadu 3K (Kesedaran Diri – Kesedaran Kerja Berpasukan
– Kesedaran Kepimpinan) atau ringkasnya PPB3K diwujudkan. PPB3K telah
disediakan dengan mengambil kira tiga perkara asas mengenai anggota kerja di
atas. Cubalah!
No comments:
Post a Comment