Wednesday, October 2, 2013
Warisan
Baru-baru ini, melalui satu program pembinaan karekter dan
kerja berpasukan, saya tertarik dengan
lagu Warisan nyanyian Sudirman ini. Bila saya renungi kata-kata lagu ini, sememangnya
ianya mempunyai makna mendalam kepada hidup saya sendiri. Jika ianya benar
untuk saya, rasanya ianya turut benar untuk ramai antara kita juga. Mari saya huraikan makna lagu ini …
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
Rangkap lagu di atas ini memberi makna bahawa apa yang saya
cita-citakan sekarang ini seharusnya menjadi satu warisan peribadi saya untuk
Negara tercinta ini. Jika ini cara fikir saya, sudah semestinya hidup saya ada
makna. Ini satu perkara yang amat penting untuk diberi tumpuan.
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Rangkap di atas ini pula memberi saya kesedaran betapa
pentingnya Negara kepada saya. Jangan sampai kita hilang Negara baru mahu
sedar. Apa pun, tanpa Negara, kemanakah harus saya curahkan segala bakti?
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Rangkap ini pula memberi makna bahawa saya sanggup untuk ke
mana saja di bumi bernama Malaysia ini bagi mencurahkan segala bakti sebagai
tanda syukur bahawa saya punya Negara sendiri.
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Rangkap ini pula menyedarkan bahawa saya bukan punya segala
kekuatan mutlak.
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini …
Rangkap ini menegaskan pula bahawa walau saya tidak punya kekuatan mutlak, namun dalam ruang yang ada, saya sanggup memberi bakti berdasarkan
kepada apa pengetahuan dan kemahiran yang ada.
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan
Rangkap akhir ini pula merupakan komitmen saya untuk beri
yang terbaik kepada Negara ini. Sememangnya sayalah penyambung warisan.
Tegasnya lagu Warisan ini memang penuh makna. Satu lagu
semangat yang bukan calang-calang impaknya kepada diri saya. Lagu ini
semestinya mengingatkan saya agar fokus kepada memberi dan saya harap akan
terima yang terbaik dari Tuhan. Hayati lagu Warisan ini …
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terima kasih,saya berasa sangat sedih
ReplyDelete