Tuesday, November 12, 2013
Agenda
Satu pagi itu, saya duduk berbincang dengan seorang Datuk
ini mengenai apa yang perlu dilaksanakan bagi menjayakan program pembangunan
kepimpinan untuk satu organisasi besar di negara ini.
Saya ‘bombard’ Datuk ini dengan pelbagai soalan dan syor untuk
program ini. Saya lihat Datuk ini ‘deep’ memikirkan sesuatu sebelum dia senyum
merenung saya.
“Betul Mior, there are so many things to be done to realize
all these program. Actually at the moment I sedang membaca buku karangan
seorang Professor Harvard ini. Professor ini sebenarnya merupakan seorang pakar
dalam bidang ‘negotiation’.
Dalam buku ini, she said, dalam kepala kita ini ada
macam-macam agenda yang mahu kita laksanakan. Kita perlu ada ability untuk
negotiate dengan diri kita apakah agenda utama yang perlu kita lakukan.
Jika kita tidak berupaya negotiate dengan diri kita, pasti
kita akan rasa overwhelmed dan sudahnya nothing happen. Even at this point of
time, I pun rasa overwhelmed sebab demand yang tinggi dari customer. But I know
I have to establish apa agenda yang perlu dilakukan terlebih dulu. Jika tidak,
huru hara.
Actually Mior, itu baru antara I dan diri I. Belum lagi cuba
nak negotiate agenda dengan orang lain. Lagi havoc. But somehow, selepas kita
tahu inilah realiti keadaan kita, we have to accept the situation dan move on.
Yang penting whatever yang dipilih, we have to be responsible and accountable
to it.”
Termenung sebentar saya mendengar kata-kata Datuk ini. Saya
terasa benar the gravity of the issue yang diketengahkan oleh Datuk ini.
Bila kita lihat kehidupan kita ini, saban hari kita terdedah
dengan beraneka agenda untuk kita pertimbangkan. Namun bagi mereka yang
berjaya, mereka sebenarnya mampu ‘lock in’ kepada satu agenda dan kemudian make
it happen. Mereka tidak mudah digugat dengan agenda lain. Itu sebab mereka
berjaya.
Teringat saya kepada quote ini … ‘If you do the little jobs
well, the big ones will tend to take care of themselves’.
Di waktu ini, hasil selalu menjadi keutamaan. Sesiapa yang
berupaya menghasilkan hasil, beliau akan dijulang. Jika beliau gagal
menghasilkan hasil, beliau akan dilupakan. Mana mungkin kita berupaya
menghasilkan hasil jika kita tidak ‘lock in’
kepada satu agenda.
Moga Tuhan beri saya kekuatan untuk amalkan apa yang
dikongsi oleh Datuk ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment