Wednesday, November 6, 2013
Erti Kepimpinan - Satu Cara Pandang
Adakah anda mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi …
Pelanggan Anda
Penyelia Anda
Rakan Anda
Orang Bawahan Anda
Diri Anda
… bagi mencapai apa yang anda mahu capai?
Bukankah bila kita mampu laksanakan perkara di atas, dengan sendirinya
kita menjadi pemimpin yang berkesan?
Inilah yang telah disuarakan oleh seorang General Perang
Dunia Kedua dahulu. Saya rasa General ini tahu apa yang dicakapkannya kerana
beliau perlu memimpin/mempengaruhi askar-askar beliau yang perlu mempertaruhkan
nyawa mereka bagi mencapai hasrat General ini. Fikirkan …
Segala kompetensi seperti merancang, berkomunikasi,
mendeligasi, coaching, mentoring, memotivasi, berinovasi, mengurus konflik,
mengurus masa dan problem solving merupakan antara elemen penting yang perlu
ada pada seorang pemimpin untuk berupaya mempengaruhi dengan berkesan.
Bukan itu saja, agar mampu memimpin/mempengaruhi dengan
berkesan, seorang pemimpin mesti juga mempunyai nilai-nilai murni seperti
berintegriti, prihatin, berkomitmen, bersemangat tinggi dan bertanggungjawab.
Apa kata kita jadikan keupayaan untuk mempengaruhi ini
sebagai ‘The One Thing’ yang perlu kita fokuskan dalam hasrat membina leaders
dalam organisasi kita? Dalam kata lain, segala usaha membina leaders perlu
bermula dari titik ini iaitu keupayaan untuk mempengaruhi.
Kita jadikan ini sebagai ‘Our One Common Language’ bila
bercakap mengenai Kepimpinan. Rasanya ini membuatkan kita semua senang fokus
dalam membina kepimpinan di kalangan kita.
Bukan apa, apabila saya berjalan dalam satu-satu organisasi
itu, saya lihat pemimpin-pemimpin organisasi itu mempunyai pelbagai takrif
untuk kepimpinan. Masalah bila kita mempunyai pelbagai takrif kepimpinan dalam
satu-satu organisasi itu ini ialah kita sukar untuk menyatu-padukan segala
usaha membina pemimpin. Banyak sangat kepala. Sudahnya nothing happen. Fikirkan
…
Saya mengimpikan agar satu masa nanti ada organisasi di
Malaysia ini akan menjadikan slogan di atas sebagai ‘The One Thing’ mereka
dalam membangunkan kepimpinan dalam organisasi mereka. Insyaallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment