Sunday, November 3, 2013
Tindakan dan ‘Passion’
Ramai yang mahu capai matlamat masing-masing. Dari
ramai-ramai orang itu, hanya segelintir yang mampu capai matlamat. Ini adalah
kerana ramai diantara kita tiada kekuatan untuk mengambil tindakan. Tindakan membezakan segalanya. Tapi bukan itu
sahaja, dalam zaman serba moden ini, tindakan kita perlu mempunyai dua ciri.
Pertama segala tindakan perlu laju. Jika tidak sudah tentu
kita ketinggalan. Teringat kata-kata seorang sahabat ini,
Fast Action, Fast Result
Slow Action, No Result!
Berbeza jauh dengan apa yang biasa saya dengar semasa
kecil-kecil dahulu, ‘Biar Lambat Asal Selamat’. Sudah tidak boleh dipakai lagi
pepatah ini.
Kedua, segala tindakan kita perlu dibuat sehingga selesai.
Ramai yang bertindak dengan begitu semangat pada mulanya tetapi makin lama
langsung ditinggalkan begitu sahaja. Tindakan yang separuh jalan tidak akan
membawa kita mencapai matlamat kita.
Beberapa hari lepas, semasa memfasilitatorkan program ‘Young
Executive Forum’ untuk Bahagian Penghantaran, TNB, saya mendapat satu ilham
bagaimana untuk membina ‘passion’ dalam apa yang kita kerjakan. Bagaimana? Ini
penjelasannya …
Setiap satu kerja itu bila kita ambil tindakan, lama
kelamaan akan menwujudkan ‘suka’
terhadap kerja tersebut. Dan jika kita terus mengambil tindakan terhadap kerja
tersebut, ‘suka’ itu akan bertukar pula menjadi rasa ‘passion’ terhadap kerja
tersebut.
Rahsia merasai ‘passion’ itu rupanya berdasarkan kepada
tindakan berterusan walaupun pada mulanya kita mungkin tidak menyukai kerja
tersebut. Kenapa bila kita ambil tindakan boleh menwujudkan rasa ‘passion’ pada
akhirnya?
Ini adalah kerana bila kita mengambil tindakan, dua perkara akan berlaku,
1) Mampu melihat perkara-perkara baru mengenai kerja tersebut.
2) Mampu melihat kerja tersebut dari satu sudut pandang baru.
Mana mungkin seorang yang tidak mengambil tindakan itu mampu
terdedah kepada dua perkara di atas? Perasaan yang timbul ini mudah
digambarkan seperti ceritanya dalam lagu berikut. Renungkan kata-kata lagu
tersebut.
Saya harap anda mampu nampak apa yang saya nampak mengenai
bagaimana rasa ‘passion’ itu mulai wujud dalam diri kita. Moga selepas ini kita
mempunyai sebab yang kukuh untuk mengambil tindakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment