Saturday, December 21, 2013
Adam McKenna
Saya pernah menceritakan mengenai Adam dalam cerita blog
saya tahun lepas. Mula mengenali beliau semasa satu majlis anjuran Teach For
Malaysia (TFM). Since then, kami jadi baik. I guess we have mutual respect.
Saya tertarik dengan young man ini kerana visi hidupnya. Hebat sekali!
Semalam, kami went for breakfast somewhere near Mercu UEM.
Bukan apa, hanya nak celebrate bahawa Adam akan melanjutkan pelajarannya ke
University of Victoria, Canada. Hari ini, beliau berangkat ke sana.
Saya tanya Adam apa pelajaran utama yang beliau perolehi
semasa bersama TFM. Saya suka dengan respon beliau. Kata beliau, disamping mesti
mempunyai gambaran besar tentang apa yang hendak dilaksanakan, TFM menekankan
soal effective implementation. Ini satu soal yang menarik kerana banyak
organisasi yang mempunyai masalah dalam hal ini. Tambah pula TFM ini dianggotai
Gen Y (mereka yang berumur bawah 33 tahun).
Baru-baru ini, semasa satu sessi discussion dengan
segolongan Pengurus-Pengurus Kawasan TNB Distribution, soal Gen Y ini telah
dibincangkan. Dalam discussion ini, saya lihat ramai yang mempunyai cabaran
untuk mempengaruhi Gen Y ini untuk beri yang terbaik dalam tugas mereka. Ini
berlaku kerana pada pandangan pengurusan ini, Gen Y mempunyai characteristic
yang unik berbanding keperluan menjadi seorang anggota kerja yang berkesan
dalam tugas. Yet, Gen Y dalam TFM ini hebat sekali sokongan mereka dalam kerja
mereka.
So, saya tanya Adam, apa yang diamalkan oleh TFM yang pada
penglihatan saya berjaya membuatkan anggota kerja TFM ini melaksanakan segala
implementation dengan mudah. Adam beritahu saya bahawa, sememangnya wujud
seribu satu masalah dalam soal implementation ini, namun anggota kerja ini
sentiasa mengamalkan ketelusan (transparency) dalam tugas. Ketelusan yang bagaimana?
Pertama, TFM benar-benar membawa anggota kerjanya agar benar
memahami apakah visi dan misi TFM. Visi bermaksud kemana maksud akhir TFM dan
misi bermaksud bagaimana TFM mahu mencapai visinya. Penerangan ini dilakukan
secara informal maupun secara formal bermula semenjak temuduga anggota kerja
lagi.
Kedua, TFM sentiasa menggalak ‘active discussion’ semasa
berdepan segala cabaran melaksana tugas. Anggota kerja digalak untuk memberi
pendapat bagaimana untuk mengatasi cabaran yang dihadapi dari hanya mengharapkan
apa keputusan dari ketua mereka.
Bagi saya, ini merupakan ‘crucial conversations’ yang amat
perlu ada dalam sesuatu organisasi itu bagi memastikan engagement dari anggota
kerja organisasi ini. Tambah pula bila berdepan dengan mereka dari Gen Y ini.
Satu realization datang pada saya dalam bentuk begini;
Gen Y = Gen ‘Why’
Ini sesuai benar dengan kenyataan seorang ahli psikologi
barat, Victor E Frankl dalam bukunya ‘Man’s Search for Meaning’ iaitu ‘People
have enough to live, but nothing to live for; They have the means, but no
meaning’.
Dalam kata lain manusia zaman sekarang memerlukan
makna(meaning) yang jelas dalam membina commitment mereka melaksana sebarang
tugas itu. Sememangnya ini amat benar bagi mereka dari kalangan Gen Y ini!
Disini saya inginkan utarakan beberapa quotes yang terbit semasa
perbualan Adam dan saya untuk kita sama-sama renungkan;
1) Everyone should have an equal access to create
in whatever fields of life.
2) We in a business to create values for our
customers.
3) Our products or services are merely our
instrument to create better and brighter life.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment