Tuesday, December 17, 2013
Better.Brigher!
Beberapa minggu lepas, aku telah diminta untuk merancang dan
melaksana satu program bagi meningkatkan kesedaran di kalangan anggota kerja
TNB bagi menyokong dan mendokong segala aspirasi yang telah dibangunkan oleh
pengurusan TNB bagi menghadapi dunia yang semakin mencabar.
Bila aku lihat scenario dalam TNB ini, sebenarnya terdapat
banyak slogan, inisiatif dan rancangan yang telah disampaikan kepada anggota
kerja TNB ini. Sudahnya apa yang berlaku? Aku lihat ramai anggota kerja ini
yang confuse. Confuse kerana tidak nampak bagaimana segala slogan, inisiatif
dan rancangan ini berhubung kait dan apakah peranan yang mereka perlu mainkan
bagi menjayakan ini semua.
Aku fikir, langkah pertama yang paling penting untuk
dilaksanakan ialah membina satu gambaran menyeluruh bagaimana semua ini
berhubungkait di atas satu muka surat. Hasilnya? Cuba tuan puan hayati gambaran
besar dibawah ini …
Soalan berikut yang harus aku fikirkan ialah bagaimana
anggota kerja TNB ini samada secara individu maupun secara berkumpulan mampu
menyokong gambaran besar ini. Fikir punya fikir, aku fikir, kita perlu
memulakan hasrat ini dengan memberi satu pendedahan untuk bagaimana kenal diri.
Ini adalah soal yang paling asas.
Untuk itu aku telah ketengahkan konsep ‘Stick Person’, satu
kaedah mudah untuk mengetahui bagaimana diri beroperasi dalam menghasilkan
sebarang hasil dalam hidup ini. Bila mereka punya pengetahuan tentang hal ini,
mudah bagi mereka untuk memperbaiki sebarang kepincangan dalam diri.
Hasil dari ilmu kenal diri ini, diharapkan anggota kerja TNB
ini mulai menyedari betapa berharga diri masing-masing. Sudah semesti diri
tidak boleh dipersia-siakan. Jadi bagaimana untuk mereka menghargai diri? Bagi
menjawab persoalan ini, aku harus menekankan kepada mereka bahawa mereka perlu
mempunyai matlamat diri dan kemudian sebokkan diri cuba mencapai matlamat
tersebut.
Bagi membantu mereka menetapkan matlamat, aku ketengahkan
alat S.W.O.T. Sebagai permulaan, aku akan usulkan kepada mereka agar tetapkan
matlamat dalam tugas masing-masing dan matlamat peribadi dalam tugas itu pula
mesti sejajar dengan apa yang organisasi mahukan dari mereka. Jika tidak,
mereka akan hanya ‘syok sendiri’!
Berbekalkan kepada pendekatan di atas, maka wujudlah program
Better.Brighter (B.B). Pilot program ini telah disampaikan kepada sebilangan
anggota kerja TNB Rawang. Hasilnya? Amat membanggakan. Rata-rata menyetujui
B.B. ini telah membuka mata mereka dan faham jelas bagaimana mereka secara
individu maupun secara berkumpulan boleh membantu mencapai hasrat TNB itu.
Bukan itu sahaja, mereka telah mengesyorkan agar B.B ini
dikongsi khasnya dengan anggota kerja TNB Rawang yang lain dan amnya dengan seluruh
anggota kerja TNB bagi mempengaruhi mereka untuk menyokong dan mendokong
transformasi yang mahu dilaksanakan. Ini satu permulaan yang sangat mengujakan.
B.B ini bukan tamat dengan terlaksananya program 3hari 2
malam ini sahaja. Akan ada ‘homework’ dan program susulan yang perlu
dilaksanakan oleh peserta program B.B ini. Ini bagi memastikan hasil akhir program
B.B. ini boleh dicapai. Apapun, aku mesti salute dengan anggota kerja TNB
Rawang ini. Mereka telah memberi komitmen yang cukup tinggi semasa menyertai program
B.B. ini.
Sememangnya, TNB Rawang Better.Brighter!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment