Cerita Pertama: Jangan Memotong
Wednesday, January 22, 2014
Dua Cerita Lucu
Cerita Pertama: Jangan Memotong
Seperti biasa Pak Pandir hendak pergi memotong getah. Mak
Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak
memotong getah.
"Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu
nanti!" pesan Mak Andeh.
Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk
sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut,
ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya.
Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.
Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu
bertanya, "Kenapa Bang?"
Pak Pandir pun menjawab, "Sejak bila la kerajaan tak
bagi kita memotong getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan
kebun kita tu papan tanda 'DILARANG MEMOTONG'."
Cerita Kedua: Peguam
Kejadian ini berlaku di dalam sebuah pernebangan Boeing 767
dari Los Angelas ke Malaysia. Kelihatan seorang gadis cantik molek sedang duduk
bersebelahan dengan seorang peguam cerdik pandai. Otak peguam yang bergeliga
itu terus bertanya gadis tersebut untuk bermain teka-teki.
Gadis yang dalam keletihan dan penat tidak berminat dan
dengan sopan santun menolak permintaan peguam tersebut. Peguam berasa tidak
puas hati dan berasa direndah-rendahkan maka diajaknya gadis untuk menjawap
teka-tekinya.
Peguam berkata, "saya tanya satu teka-teki, jika u
dapat jawap I pay u RM500 but if u tak dapat jawap u only pay me RM5.00. Amacam?
Maka gadis tersebut menerima cabaran peguam tanpa
segan-silu.
Peguam terus memulakan teka-teki yang pertama : "Berapa
jauh jarak diantara bumi dan bulan??"
Gadis tersebut diam dengan selamba membuka dompetnya
mengeluarkan wang RM5.00 menyerahkan kepada peguam tanda kalah.
"Sekarang giliran u", cabar peguam.
Maka gadis acuh tak acuh bertanya : "Apakah haiwan yang
naik bukit dengan tiga kaki dan turun bukit dengan empat kaki"
Peguam tersebut terus mengeluarkan komputer dari begnya dan
terus mencari maklumat, tiada jawapan. Dia terus memasangkan Modem dan mencari
dalam internet, tiada jawapan . Dengan putus asa, peluang terakhir dia mengirim
e-mail kepada setiap kawannya yang bekerja sebagai doktor, lawyer, saintis,
arkitek, namun tiada yang dapat menolongnya.
Setelah sejam bergelut untuk mendapatkan jawapan akhirnya
peguam tersebut mengaku kalah dan mengejutkan gadis yang telah tertidur dan
menyerahkan RM500.00 tanda kalah.
Dengan perasaan ingin tahu, peguam bertanya apakah jawapan
untuk teka-teki tadi?
Dengan selamba, gadis itu membuka dompetnya dan mengeluarkan
duit RM5.00 dan menyerahkan kepada peguam tersebut dan menjawap : "TIDAK TAHU".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment