Friday, January 17, 2014
Kisah Nenek Jual Topi
Tersebut lah cerita, ada sorang perempuan Petani yang agak
berumur sikit bawak barang dagangan dia, dia cuma jual topi saja (dulukan orang
menuai secara manual..’mengerat’ orang Kedah kata, nak elak dari panas depa
pakai topi ni … diperbuat dari rumput ‘menerung’ kering..warna putih kelabu,
bentuk dia nak macam topi Mr. Potato sket…)
Jalan la dia dari rumah ke rumah jual topi dia,sampai dia di
satu kampung di pinggir hutan (area Kuala Nerang..) Waktu dah tengahari
‘rembang’, jadi dia pun duduk la berehat sat kat bawah satu pokok yang besar
lagi rendang.
Topi untuk jualan dia…dia letak la sebelah sambil
mengipas-ngipas badannya. Kerana terlalu letih, tertidur la dia kat bawah pokok
tuu..tiba-tiba dia terdengar bunyi ‘sqoh..sqeh..sqoh..sqeh’. Terbangun la
dia..dia tengok keliling, tergejut beruk la dia …’aik!! mana pi topi aku
semua?’.
Wahhh..cam na ni, mesti kena marah ngan tokey nanti pasai
topi dia hilang. Lepas tu, dia dengar bunyi sqoh..sqeh…sqoh..sqeh’ tu kat atas
pokok. Langut la dia ke atas…Ooooooo, makhluk ni rupanya yang curi topi aku.
Berpuluh-puluh ekor monyet kat atas pokok tu, semua pakai
topi sorang satu.. Ishkk..cam na nak ambik balik ni..pikiaq perempuan tersebut.
Dia ambik galah..jolok-jolok keatas..tak juga dapat topi
dia. Dekat- dekat nak ‘give-up’ juga la orang tua tu. Tergaru-garu kepala la
dia..aik!! dia tengok monyet-monyet tu pun ikut tiru dia ,dia lompat, monyet tu
pun ikut lompat semua.. Jeng… jeng.. jenggg..dia ada satu idea..dia ambik
satu-satunya topi kat atas kepala dia ..dia pun baling ke tanah. So,
monyet-monyet tu pun ikut juga baling topi yang depa pakai ketanah.
Dapat la balik semua topi-topi diaa…Pas waktu dia dah balik
kekampung, dia pun cerita la ‘keterer an’ dia tu kat anak dia. Waktu berlalu
begitu pantas. Perempuan tersebut dah jadi nenek dah..namun dia tetap berbangga
dengan ketereran dia tipu monyet tu.di ceritakan la pulak kat cucu dia. Nak
dijadikan cerita ,cucu dia ni pun sekolah tak pandai. jadi berjual topi juga
macam nenek dia dulu.
Suatu hari, cucu dia pi menjual topi dikampung yang sama di
daerah Kuala Nerang tuuu. Waktu tengahari, secara kebetulan dia pun berehat di
bawah pokok yang sama. Kerana terlalu letih dia pun tertidur dgn topi- topi
untuk dijual, diletakkan di tepi dia. Pas dah dekat petang dah , dia pun bangun
dari tidur..aikkkk!!! mana pi topi aku semua? Dia pun terdengar bunyi
‘sqoh..sqeh..sqoh..sqehh’ kat atas pokok tuu…..hmmhhh. monyet-monyet tu dah
ambik topi dia.
Dia pun buat la macam-macam untuk menakutkan monyet-monyet
tu utk ambik balik topi tuu, tapi tak leh gak. Last-last teringat la dia ngan
cerita nenek dia dulu..diapun test la, dia garu-garu kepala, monyet2 tu pun
garu2 kepala gak, dia lompat, monyet2 tu pun lompat gak..dia pun naik syok laa,
dalam hatinya ‘bodoh juga monyet2 ni..’..Lalu dia ambik topi kat atas kepala
dia..dia lempaq la ke tanah dengan harapan monyet2 tu tiru cam dia gak.
Aikkk!!! Monyet-monyet tu semua tengok ke dia..tak sekoq pun
yang tiru dia kali ni utk lempar topi ketanah. Termangu dia
sendirian..tiba-tiba turun seekor anak monyet, tapi sebelum dia turun, dia
sangkut dulu topi tu kat ranting atas pokok tu. Anak monyet tu langsung pi
dekat telinga dia dan berbisik, “hang ingat, hang sorang aja ada nenekkkkk…?”
Pelajaran: Kena selalu beringat, tuntutlah ilmu sehingga ke
liang lahat menunjukkan yang kita perlu belajar tentang perkara bermanfaat
sampai kita mati. Jangan lah kita berpuas hati dengan ilmu yang kita ada,
banyak lagi perkara yang masih kita tidak ketahui.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment