Sunday, February 2, 2014
S.C.I.P.A.B.
Saya selalu menghadapi masalah bagaimana untuk membuat ‘executive
summary’ untuk sesuatu perkara yang saya lakukan baik samada ianya merupakan
satu lapuran, seminar atau perbincangan.
Saya sentiasa menghadapi masalah apa yang mahu saya masukkan ke dalam
sesuatu ‘executive summary’ itu memandangkan saya biasanya punya banyak
maklumat untuk dipertimbangkan.
Teka teki ini terjawab baru-baru ini bila secara bidan
terjun, saya telah menyertai satu program dua hari bertajuk ‘Selling to the Decision
Maker’ hasil kajian Mandel Communications dari Amerika Syarikat.
Salah satu idea hebat di dalam seminar ini ialah
S.C.I.P.A.B. yang memberi maksud ‘Situation + Complication + Implication +
Position + Action + Benefits.'
Saya diberitahu oleh Daniel Kwok iaitu fasilitator program
ini bahawa S.C.I.P.A.B. dibangunkan oleh Mr Mandel pada tahun 80an dahulu bagi
membantu para technologists di Silicon Valley agar mudah menyakinkan para
pelabur atau ‘angel investor’ untuk sudi melabur dalam idea-idea mereka. Keperluan
ini timbul kerana para technologists ini tidak mahir untuk menceritakan idea
mereka yang mempunyai elemen ‘business sense’.
Jadi bagaimana kita aplikasi idea S.C.I.P.A.B. ini? Untuk
itu kita perlu memahami dahulu apakah makna terperinci S.C.I.P.A.B. ini.
Situation – Huraikan ‘context’ atau suasana keadaan yang
menjadi tumpuan.
Complication – Apakah kesulitan yang dihadapi oleh
‘situation’ di atas.
Implication – Apakah akibat daripada ‘complication’ di atas.
Position – Apakah cadangan anda untuk menangani
‘Complication’ di atas.
Action – Apakah tindakan yang anda sarankan kepada sasaran
anda.
Benefits – Apakah faedah yang bakal diterima oleh sasaran
anda di atas tindakan di atas.
Contoh penggunaan S.C.I.P.A.B. di atas ialah seperti
berikut;
Hujung minggu ini saya akan mengadakan satu majlis makan
malam sempena Tahun Baru Cina. (Situation) Namun saya tidak mempunyai buah
limau. (Complication) Apalah makna majlis makan malam Tahun Baru Cina jika
tiada buah limau (Implication). Saya mendapat tahu buah limau yang dijual di
kedai buah Bahagia itu sungguh manis. (Position) Boleh tak anda tolong beli
buah limau di kedai tersebut semasa dalam perjalanan ke majlis makan malam ini
nanti? (Action) Anda pasti akan puas hati bila majlis makan malam ini diserikan
lagi dengan adanya buah limau. (Benefits).
Apakah kebaikan jika sesuatu perkara itu mempunyai elemen
S.C.I.P.A.B. seperti contoh di atas?
Pertama, segala maklumat penting yang perlu diketahui oleh
sasaran kita sudah dinyatakan dalam kenyataan ini. Kedua, kenyataan di atas
tidak memfokuskan kepada diri kita tetapi lebih kepada sasaran kita. Ketiga,
aliran fikiran (terrain of thoughts) kita untuk menerangkan isu kita ini sangat
tersusun.
Dengan gaya sebegini mudah untuk sasaran kita memahami kita
dan seterusnya peluang kita untuk mempengaruhi sasaran kita untuk menyetujui
syor kita itu makin tinggi.
Menarik bukan? Cubalah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment