Saturday, March 29, 2014
His Biggest Weakness Had Become His Biggest Strength
A 10-year-old boy decided to study judo despite the fact
that he had lost his left arm in a devastating car accident.
The boy began lessons with an old Japanese judo master. The
boy was doing well, so he couldn't understand why, after three months of
training the master had taught him only one move. “Sensei,“ the boy finally
said, “Shouldn't I be learning more moves?” “This is the only move you know,
but this is the only move you’ll ever need to know,” the sensei replied.
Not quite understanding, but believing in his teacher, the
boy kept training. Several months later, the sensei took the boy to his first
tournament. Surprising himself, the boy easily won his first two matches.
The third match proved to be more difficult, but after some
time, his opponent became impatient and charged; the boy deftly used his one
move to win the match. Still amazed by his success, the boy was now in the
finals.
This time, his opponent was bigger, stronger, and more experienced.
For a while, the boy appeared to be over-matched. Concerned that the boy might
get hurt, the referee called a time-out. He was about to stop the match when
the sensei intervened. “No,” the sensei insisted, “Let him continue.”
Soon after the match resumed, his opponent made a critical
mistake: he dropped his guard. Instantly, the boy used his move to pin him. The
boy had won the match and the tournament.
He was the champion. On the way home, the boy and sensei
reviewed every move in each and every match. Then the boy summoned the courage
to ask what was really on his mind.
“Sensei, how did I win the tournament with only one move?”
“You won for two reasons,” the sensei answered. “First,
you've almost mastered one of the most difficult throws in all of judo. And
second, the only known defense for that move is for your opponent to grab your
left arm.”
The boy’s biggest weakness had become his biggest strength.
Moral:
Sometimes we feel that we have certain weaknesses and we
blame God, the circumstances or ourselves for it but we never know that our
weaknesses can become our strengths one day. Each of us is special and
important, so never think you have any weakness, never think of pride or pain,
just live your life to its fullest and extract the best out of it!”
Thursday, March 27, 2014
Si Budak Penjual Kuih
Hari itu selepas 3 hari melaksanakan satu program di utara semenanjung, saya pulang ke
Kuala Lumpur. Memikirkan saya mahukan kelainan, saya menyusuri laluan lama. Pekan
pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah
sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan,
seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.
"Pakcik nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum.
Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
“Tak apalah dik... Pakcik dah pesan makanan," jawap saya
ringkas.
Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya.
Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri
pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu
begitu saja.
"Pakcik dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya
selamba semasa menghampiri meja saya.
"Pakcik baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi
ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.
Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai disitu,
dia meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak
nak beli kuih saya bang, pakcik, kakak atau makcik?"
Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng
dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit
rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.
Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang
ditemuinya enggan membeli kuihnya.
Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus
beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai
yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat
saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan
sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya
lebih kurang 12 tahun.
"Pakcik dah kenyang, tapi mungkin pakcik perlukan kuih
saya untuk anak-anak pakcik" katanya petah sekali
sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak
daun pisang penutupnya.
Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul
persaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not
merah RM10. Saya hulurkan padanya.
"Ambil ni dik! Pakcik sedekah. Tak payah pakcik beli kuih
tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak.
Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus
berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.
Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya
saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada
seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta,
memanggil kanak-kanak itu.
"Kenapa pakcik nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit pakcik tadi pada pengemis tu?
Duit tu pakcik bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Pakcik, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia
dapat tahu saya mengemis. Kata mak, kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Tuhan berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit
sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak,
mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat pakcik!" katanya
begitu lancar.
Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup
kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih
dalam bakul itu.
"Pakcik nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya
cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
"RM25 saja pakcik."
Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik,
saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam
perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak
yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya
katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa
kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.
Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia
menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!
Moral: Satu perjalananan seorang kanak-kanak yang begitu taat
kepada perintah Tuhannya. Semoga menjadi renungan bersama
Friday, March 21, 2014
Pemburu yang Tamak.
Pada satu hari, seorang pemburu telah menangkap seekor
burung murai. Dengan perasaan sedih burung murai itu merayu kepada si pemburu.
Burung itu bertanya, " Apa yang ingin engkau lakukan
pada diriku?"
Lelaki itu menjawab " Akan aku sembelih engkau dan
makan engkau sebagai lauk"
"Percayalah, engkau tidak akan begitu berselera
memakanku dan aku tidak akan mengenyangkan engkau. Jangan engkau makan aku,
tetapi akan aku beritahu engkau tiga nasihat yang lebih baik dari engkau
memakanku "
Si burung berjanji akan memberikan nasihat pertama ketika
berada dalam genggaman orang itu. Yang kedua akan diberikannya kalau ia sudah
berada di cabang pohon dan yang ketiga ketika ia sudah mencapai puncak bukit.
Terpengaruh dengan rayuan si murai itu, si pemburu pun
bersetuju. Lalu dia meminta nasihat pertama. Kata burung itu, "Kalau kau
kehilangan sesuatu, meskipun engkau menghargainya seperti hidupmu sendiri,
jangan menyesal."
Orang itu pun melepaskannya dan burung itu segera melompat
ke dahan. Di sampaikannya nasihat yang kedua, "Jangan percaya kepada
segala yang bertentangan dengan akal, apabila tak ada bukti."
Kemudian burung itu terbang ke puncak gunung. Dari sana ia
berkata, "Wahai manusia malang! Jika tadi engkau sembelih aku, nescaya
engkau akan dapati dalam tubuhku ada dua biji mutiara. Berat setiap mutiara itu
adalah dua puluh gram."
Terperanjat sungguh si pemburu itu mendengar kata-kata si
burung murai.. Si pemburu berasa dirinya telah tertipu. "Bodohnya aku!
Bagaimana aku boleh terlepas peluang yang begitu baik!"
Pemburu itu sangat menyesal memikirkan kehilangannya. Namun
katanya, "Setidaknya, katakan padaku nasihat yang ketiga itu!"
Si burung murai menjawab,"Alangkah tololnya kau meminta
nasihat ketiga sedangkan yang kedua pun belum kau renungkan sama sekali. Sudah
kukatakan padamu agar jangan kecewa kalau kehilangan dan jangan mempercayai hal
yang bertentangan dengan akal. Kini kau malah melakukan keduanya. Kau percaya
pada hal yang tak masuk akal dan menyesali kehilanganmu.
Cuba engkau fikirkan, hai orang yang dungu. Aku, dagingku,
darahku dan buluku tidak logik seberat dua puluh gram. Oleh itu, bagaimana
mungkin akan ada dalam perutku dua biji mutiara yang masing-masing seberat dua
puluh gram? Aku tidak cukup besar untuk menyimpan dua butir mutiara besar! Kau
tolol! Oleh kerananya kau harus tetap berada dalam keterbatasan yang disediakan
bagi manusia."
Murai menyambung lagi, "Nasihatku yang ketiga adalah,
memberi nasihat kepada sedozen bahlul seperti engkau ini adalah seperti menabur
benih di tanah usang, tidak akan memberi
faedah!"
Kemudian terbanglah si burung murai yang bijak itu
meninggalkan si lelaki yang termenung akan ketamakannya itu.
Moral:
Itulah contoh betapa halobanya anak Adam yang jadi kelabu
mata dari mengetahui kebenaran. Jika seseorang menginginkan yang serba banyak atau terlalu
panjang angan-angannya atas sesuatu yang lebih, nescaya hilanglah sifat merasa
cukup dengan yang ada. Dan tidak mustahil ia menjadi kotor akibat haloba dan
hina akibat rakus sebab kedua sifat itu mengheret kepada pekerti yang jahat
untuk mengerjakan perbuatan-perbuatan mungkar, yang merosakkan harga diri.
Wednesday, March 19, 2014
Paku Di Tiang
Beberapa ketika yang silam, ada seorang tua yang mempunyai
seorang anak lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai
menunaikan suruhan agama. Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat,suruhan dan
perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan lain-lain amal
kebajikan, dia tetap meninggalkannya.Sebaliknya amal kejahatan pula yang
menjadi kebiasaannya.
Kaki judi, kaki botol, dan seribu satu macam jenis kaki lagi
menjadi kemegahannya. Suatu hari orang tua tadi memanggil anaknya dan berkata,
"Mat, kau ni terlalu sangat lalai dan berbuat kemungkaran. Mulai hari ini
aku akan pacakkan satu paku tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali kau
berbuat satu kejahatan,maka aku akan benamkan satu paku ke tiang ini. Dan
setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan kucabut keluar dari tiang
ini."
Bapanya berbuat sepertimana yang dia janjikan, dan setiap
hari dia akan memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut. Kadang-kadang
sampai berpuluh paku dalam satu hari. Jarang-jarang benar dia mencabut keluar
paku dari tiang.
Hari bersilih ganti, beberapa purnama berlalu, dari musim
ribut tengkujuh berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar.Tiang yang
berdiri megah di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan tusukan paku-paku
dari bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan tiang itu dipenuhi dengan
paku-paku. Ada yang berkarat lepat dek kerana hujan dan panas.
Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan
paku-paku yang menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu. Maka dia pun
berazamlah untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mula sembahyang.
Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang. Besoknya selepas
sembahyang lagi ditambah dengan sunat-sunatnya. Lebih banyak lagi paku
tercabut.
Hari berikutnya Mat tinggalkan sisa-sisa maksiat yang
melekat. Maka semakin banyaklah tercabut paku-paku tadi. Hari demi hari,
semakin banyak kebaikan yang Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang
ditinggal, hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang tinggal melekat di
tiang.
Maka ayahnya pun memanggil anaknya dan berkata:
"Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan akan aku cabutkannya keluar
sekarang. Tidakkah kamu gembira?" Mat merenung pada tiang tersebut, tapi
disebalik melahirkan rasa gembira sebagai yang disangkakan oleh ayahnya, dia
mula menangis teresak-esak. "Kenapa anakku?" tanya ayahnya, "aku
menyangkakan tentunya kau gembira kerana semua paku-paku tadi telah
tiada."
Dalam nada yang sayu Mat mengeluh, "Wahai ayahku,
sungguh benar katamu, paku-paku itu telah tiada,tapi aku bersedih parut - parut
lubang dari paku itu tetap kekal ditiang, bersama dengan karatnya."
Pelajaran:
Dengan dosa-dosa dan kemungkaran yang
seringkali diulangi hinggakan menjadi suatu kebiasaan ,kita mungkin boleh
mengatasinya, atau secara beransur-ansur menghapuskannya,tapi ingatlah bahawa
parut-parutnya akan kekal. Dari itu, bilamana kita menyedari diri ini melakukan
suatu kemungkaran, ataupun sedang diambang pintu tabiat yang buruk, maka
berhentilah serta-merta.
Kerana setiap kali kita bergelimang dalam kemungkaran, maka
kita telah membenamkan sebilah paku lagi yang akan meninggalkan parut pada jiwa
kita, meskipun paku itu kita cabut kemudiannya. Apatah lagi kalau kita biarkan
ianya berkarat dalam diri ini sebelum dicabut. Lebih-lebih lagilah kalau
dibiarkan berkarat dan tak dicabut.
Sunday, March 16, 2014
Tukang Gunting Rambut
Seorang laki-laki bernama Manan pergi ke sebuah kedai
gunting rambut untuk memotong rambut dan janggutnya. Dia pun memulai sedikit
perbualan yang hangat dengan tukang gunting yang melayaninya. Berbagai macam
topik dibincangkan, hingga akhirnya Tuhan jadi subjek perbualan.
Tukang Gunting: "Encik, saya ini tidak percaya kalau
Tuhan itu ada seperti yang encik katakan tadi."
Mendengar ungkapan itu, Manan terkejut dan bertanya,
"Mengapa anda berkata demikian?"
"Mudah saja,cuba encik menjengok ke luar tingkap itu
dan sedarlah bahwa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika
Tuhan itu ada, mengapa banyak orang yang sakit? Mengapa banyak anak yang
terbiar?. Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sakit dan penderitaan. Tuhan apa
yang mengizinkan semua itu terjadi..." ungkap si tukang gunting dengan
nada yang tinggi dan angkuh.
Manan pun berpikir tentang apa yang baru saja dikatakan oleh
tukang gunting. Namun, ia sama sekali tidak memberi respon atau jawapan agar
perbincangan tersebut tidak menjadi hangat lagi.
Ketika tukang gunting selesai melakukan pekerjaannya, Manan
pun berjalan keluar dari kedai tersebut. Baru beberapa langkah, dia bertembung
dengan seorang laki-laki berambut panjang dan janggutnya pun lebat. Sepertinya
ia sudah lama tidak pergi ke kedai gunting rambut dan itu membuatkannya
terlihat tidak kemas.
Manan kembali masuk ke dalam kedai dan kemudian berkata
kepada tukang gunting, "Tukang gunting itu sebenarnya tidak ada
sepertimana yang anda kata bahawa Tuhan itu tidak ada!"
Si tukang gunting pun terkejut dengan perkataan Manan
tersebut.
"Bagaimana mungkin mereka tidak ada, buktinya adalah
saya. Saya ada di sini dan saya adalah seorang tukang gunting" sanggahnya
si tukang gunting.
Manan kembali berkata tegas, "Tidak, mereka tidak ada.
kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang yang berambut panjang dan berjanggut
lebat. Contohnya lelaki di luar itu."
"Ah, anda merepek saja. Tukang gunting selalu ada di
mana-mana. Yang terjadi pada lelaki itu adalah bahawa dia tidak mau datang ke
kedai saya untuk di gunting rambut dan bercukur." jawabnya tenang sambil
tersenyum.
Tegas Manan "Tepat sekali! Itulah jawapannyanya untuk
soalan anda kepada saya tadi. Tuhan itu memang ada. Yang terjadi pada umat
manusia itu adalah kerana mereka tidak mau datang mencari dan menemui-Nya.
Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di seluruh dunia ini ..."
Mendengar jawapan dari Manan tersebut menyebabkan si tukang
gunting diam membisu tidak terkata.
Tauladan kisah diatas;
Dari cerita diatas ini, dapat kita simpulkan bahawa kita
sebenarnya lupa akan Tuhan, tetapi Tuhan tidak lupa akan kita. Hanya bila kita
sakit atau susah barulah kita mengingatiNya sedangkan apabila kita hidup senang
dan sihat kita lupa akan kewujudanNya. Renungkanlah seketika.
Berapa banyak
kalikah kita memujinya pada setiap hari? Dan berapa banyak kalikah kita memuji
diri kita dan diri orang lain setiap hari? Dan apabila kita memuji Tuhan
sesudah sembahyang, adakah kita memujiNya dengan bersungguh-sungguh sepertimana
kita memuji diri seseorang tokoh?
Tuesday, March 11, 2014
Bad Habits
A wealthy man requested an old scholar to wean his son away
from his bad habits.
The scholar took the youth for a stroll through a garden.
Stopping suddenly he asked the boy to pull out a tiny plant growing there. The
youth held the plant between his thumb and forefinger and pulled it out.
The
old man then asked him to pull out a slightly bigger plant. The youth pulled
hard and the plant came out, roots and all.
"Now pull out that one," said the old man pointing
to a bush. The boy had to use all his strength to pull it out.
"Now take this one out," said the old man,
indicating a guava tree. The youth grasped the trunk and tried to pull it out.
But it would not budge.
"It's impossible," said the boy, panting with the
effort.
"So it is with bad habits," said the sage.
"When they are young it is easy to pull them out but when they take hold
they cannot be uprooted."
The session with the old man changed the boy's life.
Saturday, March 8, 2014
Sedarlah Wahai Sahabatku
Suatu waktu dahulu … kita bebas bermain …
Suatu waktu dahulu kita bebas berlari …
Suatu waktu dahulu kita bebas di bumi ini…
Kini … bumi ini tidak lagi seperti dahulu …
Jarak usia semakin merangkak ke angka yang jauh ...
Kini …. kita juga telah berbeza …
Larian kita juga berbeza kerana kita mengejar masa …
Kini … kita berbeza … kerana … jiwa kita berbeza …
Kini … kita berbeza … kerana haluan kita sudah berbeza ...
Kini ... kita berbeza … kerana organisasi ini hebat dicabar!
Kita perlu sedar apakah wasiat nenek moyang kita?
Kita perlu sedar apakah hala tuju kita?
Kita perlu sedar apakah nasib kita nanti?
Kita perlu sedar apakah tinggalan buat generasi mendatang?
Jiwa kita perlu dibajai semula …
Hati kita perlu disirami semula …
Ukhwah kita perlu dieratkan semula …
Silaturahim kita perlu dirapatkan semula …
Demi agama, negara dan organisasi ini ...
Bersatulah kita wahai warga TNB …
Bersatulah kita wahai warga TNB …
Bersatulah kita wahai insan terpelajar …
Bersatulah kita di bawah satu naungan …
Bersatulah kita di bawah langit yang cerah …
Biarlah ia menjadi milik kita yang abadi hingga akhirnya …
Bersatulah demi sebuah harapan pada sebuah impian …
Agar senyuman dapat lagi terukir di bibir …
Tak kan TNB hilang di dunia !!!
Perjuangan kita belum selesai !!!
Wednesday, March 5, 2014
The King and his Minister
On a cold winter day a king and his minister took a walk
along the lake. A thought came to the minister that a man would do anything for
money. He expressed his feelings to the king. The king then put his finger into
the lake and immediately removed it because he shivered with cold.
The king said “I don’t think a man would spend an entire
night in the cold water of this lake for money.”
The minister replied “I am sure I can find such a person.”
The king then challenged the minister into finding such a
person and said that he would reward the person with a thousand gold coins.
The minister searched far and wide until he found a poor man
who was desperate enough to accept the challenge. The poor man entered the lake
and the king had guards posted near him to make sure that he really did as
promised.
The next morning the guards took the poor man to the king.
The king asked the poor man if he had indeed spent the night in the lake. The
poor man replied that he had. The king then asked the poor man how he managed
to spend the night in the lake.
The poor man replied that there was a street lamp nearby and
he kept his attention affixed on the lamp and away from the cold. The king then
said that there would be no reward as the poor man had survived the night in
the lake by the warmth of the street lamp. The poor man went to the minister
for help.
The next day, the minister did not go to court. The king
wondering where he was and sent a messenger to his home. The messenger came
back saying that the minister would come once his rice was cooked. The king
waited hours but the minister did not come. Finally the king decided to go to the
minister’s house and see what he was up to.
He found the minister sitting on the floor near some burning
twigs and a bowl filled with rice hanging five feet above the fire. The king
and his attendants couldn't help but laugh.
Akbar then said to the minister “How can the rice be cooked
if it so far away from the fire?”
The minister answered “The same way the poor man received
heat from a street lamp that was more than a furlong away.”
The king understood his mistake and gave the poor man his
reward.
Moral: Try to understand things before making any decision.
Sunday, March 2, 2014
Saturday, March 1, 2014
Struggles of our Life.
Once upon a time a daughter complained to her father that
her life was miserable and that she didn’t know how she was going to make it.
She was tired of fighting and struggling all the time. It seemed just as one
problem was solved, another one soon followed.
Her father, a chef, took her to the kitchen. He filled three
pots with water and placed each on a high fire. Once the three pots began to
boil, he placed potatoes in one pot, eggs in the second pot and ground coffee
beans in the third pot. He then let them sit and boil, without saying a word to
his daughter.
The daughter, moaned and impatiently waited, wondering what
he was doing. After twenty minutes he turned off the burners. He took the
potatoes out of the pot and placed them in a bowl. He pulled the eggs out and
placed them in a bowl. He then ladled the coffee out and placed it in a cup.
Turning to her, he asked. “Daughter, what do you see?”
“Potatoes, eggs and coffee,” she hastily replied.
“Look closer”, he said, “and touch the potatoes.” She did
and noted that they were soft.
He then asked her to take an egg and break it. After pulling
off the shell, she observed the hard-boiled egg.
Finally, he asked her to sip the coffee. Its rich aroma
brought a smile to her face.
“Father, what does this mean?” she asked.
He then explained that the potatoes, the eggs and coffee
beans had each faced the same adversity-the boiling water. However, each one
reacted differently. The potato went in strong, hard and unrelenting, but in
boiling water, it became soft and weak.
The egg was fragile, with the thin outer shell protecting
its liquid interior until it was put in the boiling water. Then the inside of
the egg became hard. However, the ground coffee beans were unique. After they
were exposed to the boiling water, they changed the water and created something
new.
“Which one are you?” he asked his daughter. “When adversity
knocks on your door, how do you respond? Are you a potato, an egg, or a coffee
bean?”
In life, things happen around us and things happen to us,
but the only thing that truly matters is how you choose to react to it and what
you make out of it. Life is all about learning, adopting and converting all the
struggles that we experience into something positive.
Subscribe to:
Posts (Atom)