Wednesday, April 2, 2014
Ilmu Anda masih Relevan?
Dalam masa 2 minggu yang lepas ini, banyak yang saya dengar mengenai saranan
tingkatkan ilmu. Semuanya bermula dengan beberapa tandatanya yang hinggap pada
diri saya mengenai ketidakselesaan saya di waktu ini mengenai peluang saya
untuk meningkatkan ilmu. Memang betul kata Hukum Getaran dan Tarikan, apa yang
selalu difikirkan, itulah perkara-perkara yang datang balik kepada kita.
Cerita mengapa saya terpanggil untuk menulis artikel ini
bermula bilamana saya terdengar kata-kata CEO TNB baru-baru ini, “Adakah ilmu
anda masih relevan lagi dalam masa 2 tahun dari sekarang?” Macam anak panah
kena kat dada bila saya dengar kata-kata ini. Macam beliau tahu-tahu saja apa
yang sedang bermain dalam benak hati saya.
Tambah dalam keadaan dunia sekarang yang penuh dengan VUCA
(Volatility, Uncertainty, Complexity, Ambiguity), semestinya kita tidak boleh
duduk diam. Ilmu di dada mesti sentiasa dipertingkatkan. Jika tidak, dengan
mudah kita akan hanyut dan lemas dalam dunia yang penuh VUCA ini.
Jika kita mahu melaksanakan satu perkara baru, kita tidak
boleh lari dari melaksanakan perubahan. Perubahan sudah pasti menuntut ilmu
baru. Mana mungkin ilmu baru itu datang bergolek jika tidak diusahakan? Mmmm …
memang saya tidak boleh alpa dalam menimba ilmu.
Itulah, bila saya tanya satu soalan kepada CEO TNB ini
apakah yang kita perlukan dalam mengharungi dunia VUCA ini, jawab beliau, “We
need to be open, be agile and read more! Remember, the world is bigger than
what you think!” Pergghhh … power kata-kata CEO TNB ini.
Memang benar, kita tidak boleh alpa dalam soal tingkatkan
ilmu ini. Banyak contoh-contioh yang saya lihat menggambarkan situasi ini.
Terbaru, semasa sedang menghadapi satu meeting mengenai perlaksanaan satu
program, satu nama fasilitator telah diutarakan bagi memfasilitator program
tersebut. Spontan saja kata seseorang itu memberi komen mengenai nama yang
diutarakan. “Memang satu masa beliau ni hebat tetapi ilmu beliau tu dah
ketinggalan zaman!”
Bila saya dedahkan diri kepada apa yang berlaku di dalam
pasaran, terkejut saya melihat perkembangan ilmu dan bagamimana mereka yang
ahli dalam bidang masing-masing berlumba-lumba untuk meningkatkan ilmu
masing-masing. Teruja saya melihat sikap mereka yang tidak pernah kenal erti
puas dalam menimba ilmu.
Saya sempat bertanya kepada seorang rakan yang baru saya
kenali baru-baru ini tentang apakah rahsia beliau tidak jemu-jemu meningkatkan
ilmunya. Beliau memandang saya seperti orang kehairanan. “Mior, bukankah lumba
lari itu sebenarnya kita berlumba dengan diri sendiri dan kita tidak perlu
memikirkan sangat tentang saingan kita di ‘lane’ sebelah? Kita sepatutnya fokus
memperbaiki larian sendiri agar larian kita makin lama makin bagus. Begitulah
juga keadaannya dalam karier kita.” Mmmm memang make sense …
Memang saya mesti cari jalan untuk tingkatkan ilmu. Bak kata
seorang sahabat, "The more you learn, the more you earn.” Itulah bila saya buka
mata ini, apa ilmu yang saya mahu bina, memang banyak benda yang perlu saya
tingkatkan. Ilmu-ilmu seperti D.I.S.C., Coaching, Lego Serious Play, NLP,
Hypnotizing dan beberapa program lain menjadi tumpuan saya.
Saya mesti cari masa untuk mendapatkan ilmu-ilmu ini. Saya
mesti atur pelan untuk dapatkan ilmu-ilmu ini. Saya semestinya mesti beri yang
terbaik bila cari limu ini dan bukan sekadar untuk mendapatkan ilmu-ilmu ini. Jika
diserahkan kepada sebok yang ada, semestinya saya tidak ada masa. Saya mesti
cari masa itu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment