Tuesday, April 22, 2014
Luahkan Sebelum Terlambat.
Kisah ini tentang seorang gadis yang jatuh hati pada teman
baiknya yang boleh berkongsi suka dan duka.
Kita gelarkan mereka sebagai Adam dan Farah. Bagaimanapun,
Farah tidak pernah meluahkan perasaannya itu, bimbang persahabatan mereka yang
sedia terjalin, akan tercalar dengan pengakuan itu.
Pada suatu hari, Adam mendatangi Farah dengan satu dilema.
Adam meminati seorang gadis dan meminta pendapat Farah, sama ada dia harus
menghantarnya satu kad ucapan. Hati Farah hancur berkecai tetapi dia sembunyikannya.
Baginya, kebahagiaan kawan adalah kebahagiaannya jua.
"Adam rasa, dia suka Adam tak?" tanya Farah.
"Adam tak pasti, tetapi... mungkin juga," jawab Adam. "Adakah
Adam pasti dia belum berpunya?" tanya Farah lagi sambil di dalam hatinya
berdoa si gadis pujaan Adam sudah mempunyai teman istimewa. Adam menjawab:
"Belum."
"Kalau macam tu, teruskan. Itu cara terbaik untuk
mengetahui sama ada dia juga sukakan Adam. Lagipun, siapalah yang mampu menolak
lelaki seperti Adam," ujar Farah cuba bergurau dan menyembunyikan
perasaannya. Selepas itu, Farah cuba mengorek lebih lanjut daripada
teman-temannya dan Adam, siapakah gadis bertuah itu tetapi hampa.
Beberapa hari kemudian, Adam datang lagi. "Perlukah
saya membelinya sejambak bunga?" "Ya, Farah tidak pernah terjumpa
mana-mana perempuan yang tidak sukakan bunga!" "Bunga apa yang patut
Adam berikan?" "Bergantung, kepada apa?" "Bergantung kepada
apa jenis bunga yang dia sukakan dan berapa banyak wang yang Adam ada."
"Adam tak kisah tentang duit."
"Kalau begitu, belikan dia bunga mawar merah, penjual
bunga tentu tahu apa maksudnya." "Adakah penjual bunga boleh
mengirimkannya bersama kad ucapan?'' "Ya." "Kenapa Adam tidak
memberikannya sendiri." "Tak boleh." "Kenapa pula?"
"Adam takut dia tidak sukakan Adam." Farah menjadi bertambah sedih.
Pada suatu hari, ketika sedang mengemas rumahnya, seseorang
telah mengetuk pintu. Sebaik pintu dibuka, seorang lelaki penghantar berdiri
bersama sejambak bunga mawar merah yang dikepilkan bersama sebuah kad ucapan.
Kad itu berbunyi:
"Sudah lama Adam tertarik pada Farah (lelaki mana yang
tidak tertarik pada Farah, bukan?) Namun, semakin kita menjadi akrab, Adam
dapat melihat kecantikan dalaman Farah sebagaimana kecantikan luaran. Perasaan
Adam menjadi lebih mendalam, melebihi seorang kawan tetapi Adam bimbang untuk
berterus terang.
"Adam menghargai persahabatan kita lebih dari
segala-galanya tetapi Adam mahu Farah tahu, apa yang Adam rasai di dalam.
Sekiranya Farah tidak merasakan apa yang Adam rasai, Adam sesungguhnya
mengerti. Adam harap, kita masih boleh terus menjadi teman karib dan Adam
berjanji, tidak akan membangkitkan perkara ini lagi. Seolah-olah, ini semua
tidak pernah berlaku dalam hidup kita, okey? Hubungi Adam. Adam mahu tahu, apa
pendapat Farah."
Sudah tentu Farah terus menghubungi Adam dan sejak itu
mereka menjadi pasangan sahabat, kekasih dan suami isteri yang bahagia sehingga
kini.
MORAL: Jadi saudara saudari, hidup ini terlalu singkat
untuk kita menerawang dan tertanya-tanya apa yang orang lain fikirkan tentang
kita. Pejam mata, tetapkan pendirian dan 'go for it'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment