Thursday, June 12, 2014
Aku Kesah?
Video berikut cukup memberi erti dalam mengesahkan makna aku kesah. Cuba kita perhatikan makna dalam video ini …
Saya terpanggil untuk berkongsi video ini kerana sejak
beberapa ketika ini, saya banyak menyaksikan bagaimana ramai manusia yang saya
lihat begitu mementingkan diri dan hanya melihat manusia lain sebagai kenderaan
bagi mencapai maksud mereka.
Saya bertambah pelik kerana manusia-manusia ini bukannya
dari golongan sebarangan. Pelajaran mereka tinggi. Kedudukan mereka tinggi.
Mereka begitu berlumba-lumba untuk mencapai matlamat masing-masing langsung
lupa untuk ‘memberi’ kepada organisasi mereka yang telah banyak menyumbang
kepada mereka sendiri.
Malah ada yang sanggup untuk mencari salah ‘orang lain’
walaupun ‘orang lain’ itu telah membantu mereka menyelesaikan masalah mereka.
Walaupun ada yang mengatakan terima kasih tetapi ‘terima kasih’ mereka masih
bersifat ‘conditional’. Tindak tanduk mereka menggambarkan bahawa mereka
melihat manusia lain hanya sebagai benda atau objek dan jauh sekali menghargai
nilai diri seseorang manusia itu.
No wonder ramai orang bawahan mereka memberontak. Bila orang
bawahan mereka memberontak, makin tebal sangka buruk mereka kepada orang
bawahan mereka. Sudahnya ‘vicious cycle’ ini makin besar langsung tidak
menguntungkan sesiapa!
Kekadang saya terfikir adakah orang seumpama ini boleh
bertemu bahagia? Rasanya tidak …
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment