Friday, June 6, 2014
'Essence' dan 'Form'
Di penghujung program bersama Dr Sampath semalam, saya
tertarik dengan satu topik yang disentuh beliau bertajuk ‘Essence dan ‘Form’.
Menurut beliau ‘Essence is the actual issue or the main
problem’. Manakala ’Form is exterior or superficial look and feel; the
environment; ways and means of communication’. Essence dan Form ini berkait
rapat. Essence ialah intipati atau apa isu yang dimaksudkan manakala form
merupakan jelmaan kepada ‘Essence’ dalam dunia fizikal ini. Sebagai contoh;
makna (essence), perkataan (form)
niat (essence), perbuatan (form)
cinta (essence), bunga rose (form)
Bagi menerangkan maksud ini, beliau telah memberi contoh
mengenai kisah cinta beliau dengan isteri beliau. Menurut beliau, semasa di
dalam alam pertunangan, beliau sentiasa menujukkan cinta (essence) beliau kepada
tunang beliau dengan memberi hadiah atau kad tanda ingatan (form). Kata beliau,
segala hadiah dan kad yang diberikan itu kerana beliau duduk berjauhan dengan
tunangnya.
Namun setelah berkahwin dan duduk bersama dengan isterinya,
beliau berhenti memberi hadiah dan kad tersebut. Pada ketika ini, isteri beliau
bertanya kenapa beliau berhenti memberi hadiah dan kad (form) kerana isterinya
amat menyukainya. Namun pada pendapat beliau, sudah cukup bahawa isterinya
mengetahui bahawa beliau mencintai isterinya (essence) kerana kini beliau
sentiasa bersama isterinya dan tidak seperti sebelum mereka berkahwin dimana
mereka tinggal berjauhan.
Maka wujud satu salah faham disini antara beliau dan
isterinya mengenai pengertian dari segi ‘form’ terhadap cinta mereka (essence).
Kedua-dua belah pihak memang mempunyai ‘essence’ yang sama iaitu saling cinta
mencintai namun masing-masing punya ‘form’ berbeza dalam meluahkan cinta ‘essense’
mereka.
Dr Sampath menyatakan bahawa dalam hidup, inilah faktor yang
menyebabkan konflik dalam kehidupan. Iaitu kita punya ‘form’ yang berbeza
walaupun ‘essence’nya sama. Pada waktu ini, ramai manusia tidak sedar mengenai
hakikat ini lalu menyebabkan ramai yang huru hara dalam hidup ini. Kita
semestinya harus menyedari apakah ‘form’ yang kita utarakan dalam setiap ‘essence’
dalam kehidupan kita.
‘Essence’ dan ‘Form’ juga harus sesuai dengan konteks atau
suasana yang sedang dihadapi. Sebagai contoh katakan kita mahu menunjukkan rasa
syukur (essence) terhadap seorang kawan kita yang baru datang dari India. Dan katakan
kawan kita dari India ini merupakan seorang ‘vegetarian’ (konteks). Maka kita
telah membawa beliau untuk makan disebuah café yang tidak menjamu sebarang
makanan ‘vegetarian’ (form).
Bila ini berlaku, sudah semesti akan wujud konflik antara
anda dan kawan anda itu bukan? Jadi dalam satu perhubungan, pastikan kita
mengambil berat tentang soal ‘form’, ‘essence’ dan konteks ini. Jika tidak haru
hidup ini dibuatnya!
Akhir kata, bila bercakap mengenai ‘essence’ dan ‘form’ ini,
saya suka menghubungkan perkara ini dengan satu quote yang amat saya suka satu
masa dahulu yang berbunyi; “I judge others by their actions (form) but I judge myself
by my intentions (essence)”. Ini membuatkan saya tersenyum sendirian kerana
wujud ketidakadilan dari pihak diri saya sendiri dalam satu perhubungan itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment