Wednesday, June 4, 2014
Petani dan Mata Air Ajaib.
Alkisah, seorang petani menemui sebuah mata air ajaib. Mata
air itu boleh mengeluarkan kepingan wang emas yang tak terhingga banyaknya.
Mata air itu boleh membuat si petani menjadi kaya raya seberapapun yang
diinginkannya, sebab mata air wang emas itu hanya akan berhenti bila si petani
mengucapkan perkataan “cukup”. Seketika si petani terpana melihat kepingan wang
emas berjatuhan di depan matanya.
Diambilnya beberapa baldi untuk menampung wang percuma itu.
Setelah semuanya penuh, dibawanya ke pondok kecilnyanya untuk disimpan disana.
Pancuran wang terus mengalir sementara si petani terus mengisi semua karungnya,
seluruh tempayannya, bahkan mengisi penuh rumahnya.
Masih kurang! Dia menggali sebuah lubang besar untuk
menimbun emasnya. Belum cukup, dia membiarkan mata air itu terus mengalirkan
wang emas hingga akhirnya petani itu mati tertimbus bersama ketamakannya kerana
dia tak pernah boleh berkata cukup. Perkataan yang paling sukar diucapkan oleh
manusia kemungkinan adalah perkataan “cukup”. Bilakah kita boleh berkata cukup?
Hampir semua pegawai merasakan gajinya belum boleh dikatakan sepadan dengan
kerja kerasnya.
Peniaga hampir selalu merasakan keuntungan perniagaanya
masih di bawah target. Isteri mengeluh suaminya kurang beri perhatian padanya.
Suami berpendapat isterinya kurang mengerti kehendaknya. Anak-anak menganggap
orang tuanya kurang murah hati.
Semua merasa kurang dan kurang. Bilakah kita boleh berkata
cukup?
Cukup bukanlah pasal berapa jumlahnya. Cukup adalah
persoalan kepuasan hati. Cukup hanya boleh diucapkan oleh orang yang boleh
bersyukur. Tak perlu takut berkata cukup.
Mengucapkan perkataan cukup bukan bererti kita berhenti
berusaha dan berkerja. “Cukup” jangan diertikan sebagai keadaan berpuas hati.
Mengucapkan perkataan cukup membuat kita melihat apa yang
telah kita terima, bukan apa yang belum kita dapatkan. Jangan biarkan kerakusan
manusia membuat kita sukar berperkataan cukup. Belajarlah mencukupkan diri
dengan apa yang ada pada diri kita hari ini, maka kita akan menjadi manusia
yang berbahagia.
Belajarlah untuk mengucapkan perkataan “Cukup”.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment