Tuesday, June 10, 2014
Seruling Sakti
Pada zaman dahulu terdapat sebuah pekan kecil yang sangat
cantik terletak di kaki bukit. Pekan tersebut di kenali Hamelyn. Penduduk di
pekan tersebut hidup dengan aman damai, tetapi sikap mereka tidak perihatin
terhadap kebersihan. Pekan tersebut penuh dengan sampah sarap. Mereka membuang
sampah di merata-rata menyebabkan pekan tersebut menjadi tempat pembiakan
tikus. Semakin hari semakin banyak tikus membiak menyebabkan pekan tersebut
dipenuhi oleh tikus-tikus.
Tikus-tikus berkeliaran dengan banyaknya dipekan tersebut.
Setiap rumah tikus-tikus bergerak bebas tanpa perasaan takut kepada manusia.
Penduduk di pekan ini cuba membela kucing untuk menghalau tikus dan ada
diantara mereka memasang perangkap tetapi tidak berkesan kerana tikus terlampau
banyak. Mereka sungguh susah hati dan mati akal bagaimana untuk menghapuskan
tikus-tikus tersebut.
Musibah yang menimpa pekan tersebut telah tersebar luas ke
pekan-pekan lain sehinggalah pada suatu hari seorang pemuda yang tidak dikenali
datang ke pekan tersebut dan menawarkan khidmatnya untuk menghalau semua tikus
dengan syarat penduduk pekan tersebut membayar upah atas kadar dua keping wang
mas setiap orang.
Penduduk di pekan tersebut berbincang sesama mereka diatas
tawaran pemuda tadi. Ada diantara mereka tidak bersetuju oleh kerana mereka
tidak sanggup untuk membayar upah yang sangat mahal. Setelah berbincang dengan
panjang lebar akhirnya mereka bersetuju untuk membayar upah seperti yang
diminta oleh pemuda itu kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain.
Keputusan tersebut dimaklumkan kepada pemuda tadi, lalu dia
mengeluarkan seruling sakti dan meniupnya. Bunyi yang keluar dari seruling itu
sangat merdu dan mengasik sesiapa yang mendengarnya. Tikus-tikus yang berada
dimerata tempat didalam pekan tersebut mula keluar dan berkumpul
mengelilinginya.
Pemuda tadi berjalan perlahan-lahan sambil meniup seruling
sakti dan menuju ke sebatang sungai yang jauh dari pekan tersebut. Apabila
sampai ditepi sungai pemuda tadi terus masuk kedalamnya dan diikuti oleh semua
tikus.Tikus-tikus tadi tidak dapat berenang didalam sungai dan semuanya mati
lemas.
Kini pekan Hamelyn telah bebas daripada serangan tikus dan
penduduk bersorak dengan gembiranya. Apabila pemuda tadi menuntut janjinya,
penduduk tersebut enggan membayar upah yang telah dijanjikan kerana mereka
mengangap kerja yang dibuat oleh pemuda tadi tidak sepadan dengan upah yang
diminta kerana hanya dengan meniupkan seruling sahaja.
Pemuda tadi sangat marah lalu dia menuipkan seruling
saktinya sekali lagi. Irama yang keluar dari seruling itu sangat memikat hati
kanak-kanak menyebabkan semua kanak-kanak berkumpul di sekelilingnya. Setelah
semua kanak-kanak berkumpul pemuda tadi berjalan sambil meniupkan seruling dan
diikuti oleh semua kanak-kanak. Pemuda itu membawa kanak-kanak tersebut keluar
dari pekan Hamelyn.
Setelah Ibu Bapa menyedari bahawa mereka akan kehilangan
anak-anak, mereka mulai merasa cemas kerana kanak-kanak telah meninggalkan
mereka dan mengikuti pemuda tadi. Mereka mengejar pemuda tadi dan merayu supaya
menghentikan daripada meniup seruling dan memulangkan kembali anak-anak mereka.
Merka sanggup memberi semua harta benda yamg ada asalkan pemuda tersebut
mengembalikan anak-anak mereka.
Rayuan penduduk tidak diendahkan oleh pemuda tadi lalu
mereka membawa kanak-kanak tersebut menuju kesuatu tempat dan apabila mereka
sampai disitu muncul sebuah gua dengan tiba-tiba. Pemuda tadi masuk ke dalam
gua itu dan diikuti oleh kanak-kanak. Setelah semuanya masuk tiba-tiba gua
tersebut ghaib dan hilang daripada pandangan penduduk pekan tersebut.
Mereka tidak dapat berbuat apa-apa oleh kerana mereka telah
memungkiri janji yang mereka buat. Mereka menyesal diatas perbuatan mereka
tetapi sudah sudah terlambat. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak
berguna.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment