Wednesday, July 2, 2014
Apa yang saya faham tentang 7 Habits? Part 2
Berikutnya, mari
kita hayati makna setiap Habits ini. Bagi memudahkan penerangan ke tujuh-tujuh
Habits ini, saya suka menggunakan satu analogi. Analogi ini ialah katakan kita
seorang kapten sebuah kapal.
Pertama sekali, kita
perlu sedar bahawa kita sebagai seorang kapten kapal, kita mempunyai kebebasan
untuk memilih. Namun bagi setiap pilihan yang kita buat, kita mesti
bertangungjawab (be responsible) dan dipertanggungjawab (be accountable).
Inilah maksud Habit 1: Be Proactive.
Kedua, selepas
kita sedar kita punya kebebasan untuk memilih, kita sebagai seorang kapten
kapal semestinya kita jelas ke destinasi manakah kita mahu bawa kapal kita
belayar. Inilah maksud Habit 2: Begin With End In Mind.
Ketiga, selepas
kita jelas kemana destinasi kita, kita sebagai kapten kapal perlu pula
mempunyai perancangan serta jelas keutamaan apa yang perlu dilakukan bagi
sampai ke destinasi yang mahu kita tuju. Inilah maksud Habit 3: First Things
First.
Renungkan
sejenak, bukankah bila kita punya ketiga-tiga perkara ini, kita akan menjadi
seorang kapten kapal yang berwibawa? Namun sebagai kapten kapal, kita bukan
lagi boleh diiktiraf sebagai seorang kapten kapal yang benar-benar berwibawa
jika kita tidak mampu ’leverage’ keupayaan yang ada pada setiap anak-anak kapal
kita.
Untuk mampu
leverage keupayaan anda sebagai kapten kapal dan anak-anak kapal anda, kita
perlu amalkan habit 4 hingga 6 berikut. Namun, pengamalan habits 4 hingga 6 ini
akan menjadi benar-benar berkesan bilamana terlebih dahulu anda sebagai kapten
kapal serta anak-anak kapal anda telah berjaya mencapai ’private victory’.
Fikirkan sejenak. Mari kita sambung cerita habits seterusnya ...
Keempat, anda
sebagai kapten kapal dan anak-anak kapal anda perlu mempunyai mentaliti
’win-win’ semasa dalam pelayaran menuju destinasi kapal itu. Masing-masing
perlu sedar bahawa dengan hanya saling berganding bahu, segala tugas dan tujuan
dalam pelayaran itu akan menguntungkan semua. Inilah maksud Habit 4: Think
Win-Win.
Kelima, namun, bagi
merealisasi Think Win-Win ini, anda sebagai kapten kapal dan anak-anak kapal
mestilah saling mengutamakan memahami apa fikiran, perasaan, pilihan dan
tindak-tanduk orang lain sebelum mengutarakan apa fikiran, perasaan, pilihan
dan tindak-tanduk diri sendiri. Sudah pasti amalan ini akan membawa harmoni
dalam kapal tersebut. Inilah maksud Habit 5: Seek First To Be Understand
Then To Be Understood.
Keenam, Bila segala Habits yang dinyatakan sebelum ini
diterap dalam diri semua yang berada dalam kapal anda itu, barulah mudah untuk
anda sebagai kapten kapal dan anak-anak kapal anda saling ber’synergy’ yang
bermaksud ‘the whole is greater than the sum of its parts’. Pada ketika ini, segala tugas yang rumit dan
berat menjadi mudah dan ringan. Inilah maksud Habit 6: Synergy.
Ketujuh, anda sebagai kapten kapal juga perlu sedar bahawa
segala ilmu dan kemahiran dalam pelayaran ini sentiasa berubah. Atas sebab itu
anda sentiasa mengingatkan diri serta anak-anak kapal anda agar sentiasa
mempertingkat dan memperbaharui ilmu dan kemahiran pelayaran masing-masing.
Dengan cara ini, barulah kita mampu menangani segala cabaran bila berdepan
dengan perubahan. Inilah maksud Habit 7: Sharpen The Saw.
Itulah dia serba ringkas apa yang saya fahami tentang 7
Habits ini. Namun yang lebih penting ialah bagaimana kita mahu amalkan 7 Habits
ini dalam kehidupan atau tugas masing-masing? Pada pandangan saya, adalah mudah
dan praktikal untuk amalkan 7 Habits ini dengan kita saling ‘tangkap’ orang
sekeliling kita yang mengamalkan salah satu Habits ini. Lama-lama saya yakin
dengan sendirinya 7 Habits ini akan menjadi habits diri kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment