Minggu lepas saya berpeluang menghadiri program 7 Habits of
Highly Effective People ver 4.0. Terimakasih kepada fasilitator program
tersebut iaitu En C.F. Wong. Saya banyak belajar dari beliau. Kudos to him!
Soalnya apa
takeaways dari 7 Habits ini? Berikut antara apa yang saya faham …
Untuk menjadi
seorang yang efektif, kita perlu menjadi seorang yang mempunyai maturity.
Maturity dicapai melalui jalan-jalan yang ada dalam rangkakerja ’Maturity
Continuum’ seperti rajah di bawah.
Habit 1 hingga
Habit 3 adalah habits yang perlu kita ada bagi mencapai apa yang dinamakan
sebagai ’Private Victory’. Apa signicant capai ’Private Victory’ ini? Bilamana
kita capai ’Private Victory’ ini bermakna kita menjadi orang yang boleh
dipercayai (Trustworthiness).
Satu lagi konsep
yang perlu kita fahami ialah dengan tercapainya Private Victory ini ialah kita
mampu bawa diri kita dari hanya bergantung kepada orang lain (Dependence)
kepada menjadi orang yang berdikari (Independence).
Manakala Habit 4
hinga Habit 6 adalah habits yang perlu kita ada bagi mencapai apa yang
dinamakan sebagai ’Public Victory’. Apa signicant capai ’Public Victory’ ini?
Bilamana kita capai ’Public Victory’ ini bermakna kita mudah saling mempercayai
antara anggota pasukan kita. (Trust).
Satu lagi konsep
yang perlu kita fahami ialah dengan tercapainya Public Victory ini ialah kita
bukan setakat menjadi orang yang mampu berdikari (Independence) malah kita
mampu untuk saling ’leverage’ dengan anggota pasukan kita yang lain bagi
mencapai sesuatu hajat bersama itu. (Interdependence)
Satu lagi perkara
yang perlu kita renungkan ialah tidak mungkin kita boleh melangkah masuk ke
Habit 4, 5 dan 6 jika kita pada mulanya tidak capai Private Victory terlebih
dahulu. Fikirkan sejenak.
Bila kita melangkah dari Private Victory (Trustworthiness) untuk masuk ke Public Victory (Trust), satu persoalan penting yang perlu kita tangani ialah soal bagaimana untuk membina Trust itu sendiri. Covey telah mengusulkan agar kita membina Emotional Bank Account (EBA).
Sepertinya akaun bank kita, tahap trust kita dengan orang lain mempunyai 'deposit' (perkara yang meningkatkan trust orang pada kita) dan 'withdrawal' (perkara yang mengurangkan trust orang pada kita). Atas sebab itu, bagi sesuatu hubungan dengan orang lain, perhatikan adakah kita banyak melakukan 'deposit' atau 'withdrawal'. Sekali lagi, fikirkan sejenak.
No comments:
Post a Comment