Wednesday, July 23, 2014
Coaching
Beberapa minggu yang lepas, aku telah berpeluang menghadiri
satu program Coaching anjuran Coaching Minds International yang telah
disampaikan oleh pasangan suami isteri, Colin Cox dan Lena Gray.
Bukan apa, sekian lama, ramai dari kenalan aku telah mengesyorkan
agar aku menceburi bidang coaching ini dan kata mereka, sekurang-kurangnya
ianya akan membuatkan aku menjadi fasilitator program yang lebih berkesan.
Sudahnya apa pandangan aku selepas hadir program coaching
ini? Memang berbaloi betul setiap ringgit yang aku laburkan untuk hadir program
ini. Memang terbuka sungguh mata aku selepas didedahkan dengan dunia coaching
ini. Banyak idea-idea baru aku temui termasuklah beberapa persoalan yang aku
ingin tahu jawapannya sejak sekian lama.
Salah satu persoalan itu ialah mengenai perbezaan antara
Mentoring, Training, Consulting, Counseling dan Coaching itu sendiri. Puas aku
baca buku sana sini dan termasuk bertanya kepada orang, aku masih tidak
ketemukan satu jawapan yang benar-benar memuaskan hati.
Sudahnya aku ketemukan jawapannaya dalam program ini. Aku
ingin rekodkan maklumat ini dalam blog ini agar menjadi panduan di masa depan.
Bagi menerangkan perbezaan ini dengan mudah, aku suka menggunakan satu analogi.
Berikut adalah penerangan perbezaan antara bidang-bidang itu.
Katakan Ahmad ingin memulakan satu perjalanan dari Ipoh ke
Johor Bharu.
Sekiranya, Ahmad memerlukan saya untuk menyampaikan kepada beliau
ilmu atau kemahiran untuk beliau mampu sampai ke JB, maka itu namanya
‘Training’. Kerja saya sebagai trainer
tamat bila ilmu atau kemahiran itu telah disampaikan. Saya tidak
bertanggungjawab apa yang akan dilakukan oleh Ahmad selepas tamat training
tersebut.
Sekiranya Ahmad memerlukan saya untuk membimbing beliau
disepanjang perjalanan tersebut memandangkan saya telah berpengalaman dalam
setiap liku perjalanan tersebut, maka itu namanya Mentoring. Sebagai mentee,
Ahmad perlu menuruti segala tunjuk ajar saya disepanjang perjalanan tersebut.
Saya sebagai mentor, akan benar-benar kisah mengenai pencapaian Ahmad untuk
sampai ke JB.
Sekiranya, Ahmad memerlukan saya memberi khidmat nasihat
untuk beliau sampai ke JB memandangkan saya berpengalaman dalam perjalanan itu,
maka itu namanya Consulting. Tanggungjawab
saya sebagai consultant akan tamat selepas khidmat nasihat diberikan. Apa yang
berlaku selepas itu bukan merupakan tanggungjawab saya lagi.
Sekiranya, Ahmad mengalami tekanan atau sebarang masalah
dalam perjalanan itu dan beliau memerlukan saya untuk ‘heal’beliau dari segi
psikologi (intelektual, emotional dan spiritual), maka itu namanya Counseling.
Saya sebagai counselor akan memastikan Ahmad mampu untuk pulih dan sihat untuk
meneruskan perjalanannya. Dalam hal ini, Ahmad mempunyai ilmu dan kemahiran
untuk perjalanan ini dan saya sebagai counselor tidak punya ilmu dan kemahiran
untuk perjalanan ini.
Kata Colin, coaching bukan merupakan salah satu dari perkara
di atas. Jadi apakah coaching?
Sekiranya Ahmad memerlukan saya untuk menjadi teman dalam
perjalanan beliau ini dan tugas saya sebagai teman dalam perjalanan ini hanya
untuk bertanyakan soalan. Soalan-soalan seperti samada Ahmad sedar beliau masih
dalam landasan atau tersasar dari perjalanan itu atau samada Ahmad makin hampir
atau tidak dalam perjalanan itu atau samada sumber untuk perjalanan itu cukup
atau sebaliknya , maka itu namanya Coaching. Coaching juga sebenarnya merupakan
facilitating yang bermaksud ‘to make it easy’.
Dalam perjalanan ini, saya sesekali tidak dibenarkan untuk
memberi pandangan kerana Ahmad mempunyai ilmu dan kemahiran untuk perjalanan
ini dan saya sebagai coach tidak punya ilmu dan kemahiran untuk perjalanan ini.
Kemahiran saya sebagai coach banyak bergantung kepada sejauh mana saya mampu
bina hubungan yang baik dengan Ahmad agar beliau selesa untuk menerima dan mempertimbangkan
segala soalan-soalan yang akan saya lontarkan kepada beliau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment