Sunday, July 27, 2014
Ramadan 2014
Saya ingin menulis sesuatu tentang pemerhatian dan
pengalaman tentang Ramadan kali ini.
Saya rasa satu peristiwa besar yang kita alami Ramadan kali
ini ialah peristiwa MH 17 yang ditembak jatuh di Ukraine. Semacam mimpi
sebenarnya saya rasakan bila ini berlaku. Tapi itulah ketentuan Allah. Hasilnya
banyak yang boleh kita pelajari.
Satu perkara yang benar-benar saya rasakan ialah saya lihat
rakyat negara ini sebenarnya mampu untuk bersatu. Satu pemandangan yang saya
dah lama saya tidak rasakan. Walau berbeza agama dan politik, seolah-olah
peristiwa ini ada rahmatnya untuk Negara ini. Itulah kerja Allah. Allah memang
Maha Mengetahui segala-galanya.
Apa pun, takziah saya kepada saudara-saudari kita yang terlibat
dengan nahas MH 17 ini dan tidak ketinggalan mangsa nahas MH 370 juga. Moga
Allah beri kekuatan dan kesabaran kepada saudara dan sahabat mangsa nahas-nahas
ini. Ameen.
Kejadian di Gaza ketika ini, entah mengapa benar-benar
menyentuh perasaan saya. Tidak seperti peristiwa kegawatan di bumi Palestine sebelum
ini, kali ini memang membuka mata saya tentang apa yang dihadapi oleh rakyat Palestine
ini.
Tergamak seorang manusia itu menghentam manusia lain
sebegitu rupa. Mengapa jadi begini?. Itulah bila keadaan hati dipengaruhi oleh
bisikan syaitan dan hawa nafsu. Nampak hodoh sungguh manusia sebegini. Sudah
tidak mampu lagi difahami dengan logik segala tindak tanduk mereka ini.
Tetapi Allah itu Maha Adil. Segala apa yang
dilaksanakan oleh seorang manusia itu walaupun beliau merasakan beliau terlalu
berkuasa di atas mukabumi, pasti beliau tidak akan terlepas dari hukum Allah.
Buat kebaikan pasti dibalas kebaikan. Buat kejahatan pasti dibalas kejahatan.
Apa pun hanya masa sahaja akan menentukan bila perkara itu akan dibalas!
Apapun, saya doa dan saya harap, segala mangsa kejahatan
yang berleluasa di bumi Palestine itu diberi kesabaran dan kekuatan
menghadapi ujian serta mendapat rahmat dan berkat dari Allah, dunia akhirat. Ameen.
Dari segi peribadi pula, Ramadan kali ini membawa seribu
satu pelajaran kepada saya. Memang banyak perkara yang perlu saya perbaiki
dalam diri ini sebelum di panggil pulang buat selama-lamanya. Saya amat
tersentuh bila Allah beri saya ruang untuk menziarahi emak saudara saya hari
Jumaat lepas.
Semasa saya datang melawat beliau di ICU, hospital Ampang
Jumaat lepas, pada ketika itu ditakdirkan hanya saya mengadap beliau seorang.
Saya lihat beliau dalam keadaan kesakitan. Terkedu saya dibuatnya. Namun sempat
saya bisikkan kepada beliau agar Allah ampuni dosa dan tingkatkan darjat
beliau. Emak saudara saya ini sempat menggangguk kepalanya. Keesokkan subuh,
emak saudara saya ini menghembus nafas terakhir beliau.
Moga Allah ampuni dan rahmati Roh Emak saudara saya ini.
Ameen.
Sudahnya, Ramadan kali ini banyak mengajar saya tentang erti
betapa singkatnya kehidupan ini. Semestinya kita mesti beri yang terbaik dalam
hidup ini sebelum kita dipanggil pulang buat selama-lamanya. Moga Allah beri
kita semua kesedaran dan kekuatan untuk amal secara berterusan hakikat ini.
Ameen.
Apapun, bagi Aidil Fitri yang bakal tiba, semestinya kita
mengharapkan satu sinar harapan untuk mencipta kejayaan. Untuk itu, saya suka
disini berkongsi satu video mengenai Aidil Fitri ini. Perhatikan kata-katanya …
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteGiaonhan247 chuyên dịch vụ mua hàng mỹ từ dịch vụ order hàng mỹ hay nhận mua nước hoa pháp từ website nổi tiếng hàng đầu nước Mỹ mua hàng ebay ship về VN uy tín, giá rẻ.