Thursday, July 17, 2014
Sangka Baik - Satu Tauladan
Semalam, saya terbaca dalam whatsapp group ‘Game Changer TNB
Rawang’ bahawa berlaku satu kejadian voltan tinggi di Kuala Kubu Baru.
Diberitakan lebih kurang 11 buah rumah telah mengalami gangguan tersebut yang
menyebabkan kerosakan alat elektrik di rumah-rumah tersebut.
Saya agak ‘concern’ bagaimana orang TNB Rawang menangani
tuan punya rumah yang terlibat. Tak kurang juga saya concern adakah orang TNB
Rawang ini menerima sebarang teguran dari pihak atasan dan bagaimana mereka
menerimanya.
Persoalan-persoalan ini ingin sangat saya ketahui. Maka
sudahnya pagi tadi, saya telah menelefon salah seorang ‘informal leader’ di
kawasan Kuala Kubu Baru ni. Saya bertanya kepada beliau apa yang telah terjadi
dan apa yang telah mereka lakukan.
Maka dengan bersahaja saja beliau memeberitahu saya bahawa
tuan-tuan rumah yang terlibat telah datang dengan penuh kemarahan ke pejabat
beliau. Saya amat teruja apabila beliau memberitahu saya bahawa kakitangan TNB
di Kuala Kubu Baru dengan penuh ‘humble’ telah melayani kerenah tuan-tuan rumah
tersebut. Sudahnya, tuan-tuan rumah itu telah pulang dengan puas hati setelah
menerima penerangan dari anggota kerja TNB. Hebat!
Saya bertanya kepada ‘informal leader’ ini apa rahsia mereka
sehingga mampu melayani tuan-tuan rumah tersebut. Jika diikutkan tabiat mereka
dulu, sudah semestinya lagi panas keadaan dibuatnya. ‘Informal leader’ ini
memberitahu saya bahawa beliau dan rakan-rakan beliau telah mengamalkan sangka
baik kepada tuan-tuan rumah tersebut. Memang hebat!
Saya bertanya lagi, mengapa mereka bersangka baik? Jawab ‘informal
leader’ itu lagi bahawa tidak guna mereka mahu bersangka buruk kerana sangka
buruk akan membawa keadaan yang lebih stress. Bila stress semua benda tidak
akan jadi.
Sebaliknya, bila bersangka baik, mereka yakin ini semua
datang dari Tuhan. Semestinya ada sesuatu yang perlu dijadikan pelajaran atau
tauladan disini. Tambah pula, bila
bersangka baik, diri mereka menjadi aman dan sudahnya semua kerja mampu dilaksanakan
dengan baik. Memang terbaik!
Bunyi kata-kata ‘informal leader’ ini nampak simple saja
tetapi pengertiannya cukup mendalam.
Berikut saya tanya lagi, adakah mereka menerima teguran dari
pihak atasan? ‘Informal leader’ ini memberitahu saya bahawa setakat pagi tadi
tiada lagi. Tetapi kata ‘informal leader’ ini lagi, kalau mereka terima
sebarang teguran, mereka akan terima dengan hati terbuka kerana pada mereka,
mereka lakukan tugas kerana Tuhan sebagai tanda syukur di atas segala nikmat
yang telah Beliau kurniakan. Wow!
Saya tidak tahu nak kata apa-apa. Bukan apa, mereka ini
bukannya berpangkat besar pun tetapi sikap mereka sungguh mulia. Terharu
sungguh saya dibuatnya. Saya yakin sedikit sangat orang luar yang menyedari apa
yang mereka lalui tetapi merekalah
sebenarnya ‘the unsung hero’!
Moga Tuhan merahmati dan memberkati hidup ‘informal leader’
ini serta rakan-rakan setugas beliau. Ameen.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment