Tuesday, August 19, 2014
16 Fakta Tentang Bayi Baru Lahir
1# Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah
bayi berusia 6 bulan
2# Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi
air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
3# Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206
dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi
membesar.
4# Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
5# Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan
ibu sebaik dilahirkan.
6# Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
7# Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur
beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6
bulan.
8# Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi
yang kuat. Boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu serta
merta semasa dilahirkan
9# Deria rasa bayi masih tidak terbentuk sepenuhnya semasa
lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
10# Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160
degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80
seminit.
11# Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit
berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
12# Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa
lahir pada usia 6 bulan.
13# Mendengarkan muzik klasikal menambah kepintaran bayi.
14# Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
15# Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia
akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar,
gigitan serangga dan sebagainya.
16# Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan
tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment