Saturday, October 25, 2014
Hijrah – Satu Pengalaman Peribadi
Tahun Hijrah kali ini bertepatan dengan genap setahun aku
berhijrah dari Bahagian Penghantaran ke TNB Leadership Development Center (LDC).
Jika diingatkan kembali kisah satu tahun yang lalu, aku sebenarnya agak kekok
keluar dari Bahagian Penghantaran walaupun aku sendiri yang memohon untuk
ditukar ke LDC ini.
Masih aku ingat, untuk beberapa bulan pertama di LDC, aku
rasa agak kekok dan aku lihat apa yang dihajati di tempat baru ini tidak
seperti apa yang aku harapkan. Namun, aku katakan pada diri aku bahawa aku ke
tempat baru ini atas niat untuk belajar sebanyak mungkin mengenai ilmu
kepimpinan dan ilmu tentang manusia bagi memperkayakan apa yang telah aku bina
sebelum ini. Itu saja yang menjadi teman aku.
Tidak beberapa lama kemudian, seperti satu mimpi, pengurusan
tertinggi TNB meminta aku melaksanakan satu program intervention bagi ‘memulihkan’
keadaan di satu Unit Bisnes dalam TNB itu. Sekali peluang datang, pasti akan
aku pulun cukup-cukup. Aku tidak teragak-agak telah gunakan beberapa idea utama
dalam PPB3K itu untuk program intervention ini.
Ketika itu terasa juga peritnya sebab banyak sumber yang aku
perlukan tidak wujud. Dari mengharapkan kepada pihak lain untuk membantu, aku
fikir adalah lebih aku gunakan saja sumber-sumber yang ada dalam tangan aku.
Kenapa? Sebab aku rasakan hasil yang mahu diwujudkan dari program intervention
ini sangat penting bagi membuktikan segala apa yang ingin aku ketengahkan itu
relevan.
Dipendekkan cerita yang panjang, aku puas hati dengan hasil
yang telah wujud. Memang nampak hasil yang diinginkan. Dan aku juga nampak
dengan jelas mengenai faktor-faktor yang akan menggagalkan program intervention
ini. Satu pelajaran dan pengalaman yang amat-amat tinggi.
Yang lebih penting, pengurusan tertinggi mulai menerima apa
yang aku cuba ketengahkan. Mereka mulai memberi aku lebih banyak ruang untuk
aku bergerak. Sumber-sumber bagi menjayakan program intervention ini mulai
sampai. Yang paling aku hargai ialah peluang untuk aku menghadiri
program-program lain yang memang cukup tinggi nilainya.
Program intervention sulung LDC ini memang mendapat rating
yang cukup tinggi di kalangan anggota kerja TNB. Malah aku lihat program ini
layak berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan program-program lain
anjuran LDC yang mana semuanya di datangkan dari luar negeri. Program intervention
yang diberi nama Better.Brighter ini sememangnya boleh menjadi signature
program LDC.
Adakah aku berpuas hati? Memang aku puas hati dan aku
banyak-banyak syukur di atas itu semua. Tetapi itu tidak bermaksud aku akan
goyang kaki. Malah aku lihat, aku harus menggandakan usaha untuk membawa
Better.Brighter kepada semua anggota kerja TNB.
Sengaja aku ceritakan pengalaman peribadi ini bagi
memudahkan kita memahami apakah yang patut kita lakukan untuk Hijrah. Hijrah
bukan semata-mata dengan mengucapkan dibibir sahaja. Tetapi berdasarkan cerita
di atas, Hijrah mesti melibatkan Hijrah dari segi pemikiran, perasaan, pilihan
dan tindakan bagi mendapatkan hasil yang
diingini. (Ingat cerita Stick Person)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
I read this subject with interest as I went through one twenty years ago, one that changed my life and one that has given a complete satisfaction. Then I read about the 'BRICK' of your earlier posting. I happened to have that story from a friend and decided to make an entry in my blog.. For a number of similar aspects between us I enjoy reading your train of thought. But I am sure I am about 20 years older - lebih makan garam kata orang tua tua - not necessarily any wiser. We have similar backgrounds.
ReplyDeleteDo drop by. if you have time. For personal information you may use my email shown in my blog.
salaam to you.