Wednesday, October 1, 2014
Jadikan Saya Sebuah Telefon Pintar
Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan
anak muridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang
pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan
buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu ditanya oleh suaminya,
'Kenapa menangis ni?'
'Lihatlah karangan budak ni ...'
Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.
Tajuk Karangan: Jadikan Saya Sebuah Telefon Pintar
"Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu
sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah telefon pintar. Saya ingin
mengambil kedudukan telefon pintar.
Menikmati kehidupan sebagaimana telefon pintar ayah dan ibu.
Saya akan memiliki 'tempat' tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu
menjadikan keluarga sentiasa melihat saya. Saya akan diberi perhatian serius
ketika dilihat. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti telefon pintar.
Ayah akan memegang saya setiap kali ayah pulang dari tempat
kerja walaupun keletihan. Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa,
bukan mengabaikan seperti sekarang. Seterusnya, saya mahu abang dan kakak
berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.
Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan
kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya. Akhirnya, jadikan
saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan saya
menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. Saya hanya mahu
hidup seperti telefon pintar pada setiap masa."
Selesai suaminya membaca karangan tersebut, suaminya berkata,
'Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!'
Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.
'Abang, itu karangan anak kita!'
Jika diperhatikan sekarang ini, suami dan isteri masing-masing
sebok belek dan fokus handphone masing-masing, layan email, facebook, whatsapp
dan wechat. Kadang2-kadang anak-anak tengok saja dari jauh sambil main
mainannya.
Sama-samalah kita berikan perhatian kepada insan-insan disekeliling
yang perlukan perhatian dan kasih saying kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment