Thursday, October 2, 2014
Siapakah Qarin?
Terpanggil untuk berkongsi cerita di bawah ini bila teringat penerangan mengenai Stick Person ...
Tentu ramai daripada kita telah tahu tentang adanya Qarin ini tetapi
mungkin juga ada lagi yang masih belum tahu tentang Qarin. begitulah kehendak
Allah SWT bahawa setiap manusia yang dilahirkan sehinggalah matinya anak Adam,
kita mempunyai satu jin kafir yang menjadi peneman ke mana sahaja kita pergi
samada siang mahupun malam.
Qarin ini akan mengajak kita
melakukan kejahatan dan menahan daripada melakukan ketaatan kepada Allah
SWT. Oleh sebab ia terlalu rapat dengan
manusia maka ianya digelar Qarin atau
Jin pendamping manusia.
Oleh yang demikian, maka Allah mengutuskan pula malaikat yang akan
mengajak manusia ke arah kebaikan dan
mencegah daripada melakukan kejahatan. Maka manusialah pula yang membuat
pilihan sama ada mentaati arahan malaikat ataupun jin Qarin.
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ianya sebagai “kembar” setiap
manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya
sendiri. Rasulullah SAW sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin
Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.
Pada umumnya Qarin yang kafir ini kerjanya mendorong manusia membuat
kejahatan. Sebagai contoh dalam situasi kita hari ini, Qarin akan sering membisikkan was-was, melalaikan
solat, berasa berat hendak membaca al-Quran, terasa manisnya tatkala
melakukan maksiat dan sebagainya. Malah
ia akan bekerja sekuat tenaga untuk menghalang kita daripada membuat ibadah dan
kebaikan.
Maka dengan itu, untuk mengimbangi usaha Qarin ini lalu Allah utuskan
malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan.
Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh
mana yang lebih kuat.
Ibn Muflih al-Muqaddasi pula menceritakan: “Suatu ketika Qarin yang
mendampingi orang yang beriman, bertemankan Qarin yang mendampingi orang kafir.
Qarin yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang
kafir itu gemuk.
Maka ditanya mengapa engkau kurus? Jawab Qarin tadi “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku
masuk ke rumah dia berzikir, tatkala makan dia ingat Allah, apabila minum pun
begitu.” Sebaliknya Qarin yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku
sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”
Kita telah diberi akal oleh Allah untuk berfikir mana yang baik dan
buruk, Usah ikutkan sangat Qarin buruk, ikutlah malaikat mulia yang telah Allah
dampingkan kepada kita semua.
Wallahu'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment