Sunday, November 30, 2014
Air Mata Mutiara
Pada suatu hari seekor anak kerang di dasar laut mengadu dan
mengeluh pada ibunya sebab sebutir pasir tajam memasuki tubuhnya yang merah dan
lembik.
"Anakku," kata sang ibu sambil bercucuran air
mata, "Tuhan tidak memberikan pada kita, bangsa kerang, sebuah tangan pun,
sehingga ibu tak dapat menolongmu."
Si ibu terdiam, sejenak, "Aku tahu bahawa itu sakit
anakku. Tetapi terimalah itu sebagai takdir alam. Kuatkan hatimu. Jangan
terlalu lincah lagi. Kerahkan semangatmu melawan rasa ngilu dan perit yang
menggigit. Balutlah pasir itu dengan getah perutmu. Hanya itu yang mampu kau
lakukan", kata ibunya dengan sendu dan lembut.
Anak kerang pun melakukan nasihat bondanya. Ada hasilnya,
tetapi rasa sakit terkadang masih terasa. Kadang di tengah kesakitannya, ia
meragukan nasihat ibunya. Dengan air mata ia bertahan, bertahun-tahun lamanya.
Tetapi tanpa disadarinya sebutir mutiara mulai terbentuk
dalam dagingnya. Makin lama makin halus. Rasa sakit pun makin berkurang. Dan
semakin lama mutiaranya semakin besar. Rasa sakit menjadi terasa lebih wajar.
Akhirnya sesudah sekian tahun, sebutir mutiara besar, kukuh
berkilat, dan berharga mahal pun terbentuk dengan sempurna. Penderitaannya
berubah menjadi mutiara; air matanya berubah menjadi sangat berharga. Dirinya
kini, sebagai hasil derita bertahun-tahun, lebih berharga daripada sejuta
kerang lain yang cuma disantap orang sebagai kerang rebus di pinggir jalan.
Cerita di atas adalah sebuah paradigma yg menjelaskan bahwa
penderitaan adalah lorong transendental untuk menjadikan "kerang
biasa" menjadi "kerang luar biasa". Kerana itu dapat
dipertegaskan bahawa kekecewaan dan penderitaan dapat mengubah "orang
biasa" menjadi "orang luar biasa".
Banyak orang yang mundur saat berada di lorong transendental
tersebut, kerana mereka tidak tahan dengan cubaan yang mereka alami. Ada dua
pilihan sebenarnya yang dapat mereka pilih: menjadi `kerang biasa' yang
disantap orang atau menjadi `kerang yang menghasilkan mutiara'. Sayangnya,
lebih banyak orang yang mengambil pilihan pertama, sehingga tidak mengherankan
bila jumlah orang yang berjaya lebih sedikit dari orang yang `biasa-biasa
saja'.
Mungkin saat ini kita sedang mengalami penolakan,
kekecewaan, patah hati, atau terluka kerana orang-orang di sekitar kamu cubalah
utk tetap tersenyum dan tetap berjalan di lorong tersebut, dan sambil katakan
di dalam hatimu..
"Airmataku diperhitungkan Tuhan dan penderitaanku ini
akan mengubah diriku menjadi mutiara."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteFadoExpress là một trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hàng đầu chuyên vận chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc đi khắp thế giới, nổi bật là dịch vụ gửi hàng đi nhật và gửi hàng đi pháp uy tín, giá rẻ