Tuesday, December 30, 2014
Cerita Aku Tahun 2014
Tahun 2014 bakal melabukan tirainya.
Sedar tak sedar, banyak pengalaman aku perolehi dalam tahun
ini.
Pengalaman yang aku perolehi ini sebenarnya membuat aku
lebih komited untuk beri yang lebih baik pada tahun baru yang bakal tiba ini.
Insyaallah.
Banyak pengalaman yang memperkayakan soal intelektual,
emosional, spiritual mahupun fizikal aku.
Dari segi intelektual, aku sedar melalui kerja, aku amat
berterima kasih dengan pengalaman yang aku perolehi melalui pembangunan dan
perkongsian yang diperolehi melalui seminar Better.Brighter. Banyak perkara
dalam bidang yang aku minati ini telah aku tingkatkan pengetahuannya teutamanya
melalui seminar-seminar yang aku hadiri sepanjang tahun ini. Terima kasih
kepada guru-guru yang sudi berkongsi ilmu dengan aku. Aku sedar tahun ini aku kurang sangat membaca.
Mungkin sebab mata aku dah rabun. Tapi dengan cermin mata yang baru aku
perolehi ini, akan aku beri keutamaan dalam membaca.
Dari segi emosional pulak, sepanjang tahun 2014 ini, aku
telah menjalin hubungan dengan beberapa individu yang telah memberi maksud baru
dalam hidup aku. Aku mulai sedar, a good networking tersangatlah penting. Aku
harap aku belum terlambat untuk ini semua. Kepada mereka-mereka yang baru aku
bina hubungan sepanjang tahun ini, I must say, thank you very much kerana telah
mendedahkan aku pada apa ertinya satu hubungan dalam hidup ini.
Dari segi spiritual, ada beberapa perkara yang benar-benar
menyentuh hati aku. Pertama, aku mulai mendapat satu cara pandang baru mengenai
maksudnya kebergantungan kepada Tuhan secara total. Memang hidup ini menjadi lebih ringan bila
kita bergantung kepada Dia secara total. Kedua, aku mulai memahami dengan cara
mudah maknanya niat kerana Tuhan. Memang aku terasa lebih confident dalam
menyusuri hidup ini bila berpegang kepada memasang niat sebegini. Ketiga, apa
makna masa dalam hidup ini. Masa itu sifatnya makin lama makin pendek dan sudahnya
apa yang mahu aku lakukan dengan masa yang sifatnya sedemikian. Hebat!
Dari segi fizikal, aku mulai sedar betapa pentingnya
kesihatan. Semalam aku telah pergi mencabut gigi yang sekian lama mendatangkan
perit kepada aku. Bila gigi ini dirasakan makin kurang sakitnya, satu semangat
baru untuk benar-benar menjaga kesihatan ini menyelinap dalam diri aku. Aku nak
jaga kesihatan sebab aku nak sihat. Aku nak sihat sebab aku nak mempunyai
kekuatan untuk deliver seminar aku itu.
Ini antara perkara penting yang berlaku sepanjang tahun ini.
Ada banyak lagi sebenarnya tapi untuk tujuan artikel ini, ini perkara-perkara
yang datang dahulu dalam layar fikiran aku. Apapun, aku bertekad dan berdoa agar
sepanjang tahun 2015 ini, aktiviti aku lebih berstruktur dan berupaya
dilaksanakan bagi membina hidup yang Sejahtera, Bahagia dan Kaya … Dunia
Akhirat.
Ameen …
Saturday, December 27, 2014
Renungan Untuk Bangsa Ditimpa Musibah
Kejadian banjir besar yang melanda negara ini secara
mendadak benar-benar buat aku berfikir. Mungkin ini merupakan satu fenomena
alam yang mampu diperjelaskan dengan logik dan ilmu semasa manusia (soal
intelek) tetapi pada masa yang sama hati ini (soal spiritual) cuba memahami
hakikat kejadian musibah ini.
Bila aku renung-renungkan, yang mungkin agak pelik ialah
kebanyakan mangsa yang terlibat ialah dari satu bangsa sahaja. Sekali lagi, logik
mungkin mampu menerangkan bahawa tempat terlibatnya banjir besar ini terjadi di
kawasan-kawasan dimana majoriti bangsa ini berada namun hati aku tidak dapat
lari dari ingin tahu mengapa Tuhan mencampakkan bahana banjir ini di kawasan
ini?
Ada sesuatukah yang Tuhan ingin tunjukkan kepada mereka agar
mereka mula sedar?
Bangsa ini ada buat silap?
Banyak!
Kalau dilihat dari segi buang anak dan penagihan dadah,
bangsa inilah yang jauh ke depan.
Kalau dilihat dari segi akhlak, bangsa inilah yang paling
rendah akhlaknya.
Kalau dilihat dari segi buruk sangka sesama bangsa, bangsa
inilah yang paling terkenal dengan hal ini.
Kalau dilihat dari segi bekerjasama sesama bangsa, bangsa
inilah yang paling tidak boleh bekerjasama.
Kalau dilihat dari segi perpaduan bangsa, bangsa inilah yang
yang paling tidak berpadu.
Untuk ceritakan semuanya memang tak muat nak disenaraikan
disini. Tapi apa yang dinyatakan di atas rasanya sudah cukup untuk Tuhan
turunkan bala kepada mereka. Bala itu pun kalau tidak buat bangsa ini sedar
akan kealpaan mereka, aku tak tahu apa lagi nak jadi dengan bangsa ini.
Walau apa pun, satu kebaikan yang aku nampak ialah rata-rata
bangsa ini mengakui berpegang kepada agama Islam. Aku harap mereka sedar dan
punya kekuatan untuk amalkan agama ini sebaik mungkin dalam hidup mereka
seperti yang ditunjukkan oleh Rasul mereka. Jangan sudahnya timbul fitnah
bahawa Islam itu mundur disebabkan apa yang dilakukan oleh bangsa ini.
Wednesday, December 24, 2014
A Letter
I am your friend and my love for you goes deep. There is
nothing I can give you which you have not got, but there is much, very much,
that, while I cannot give it, you can take.
No heaven can come to us unless our hearts find rest in
today. Take heaven!
No peace lies in the future which is not hidden in this
present little instant. Take peace!
The gloom of the world is but a shadow. Behind it, yet
within our reach is joy. There is radiance and glory in the darkness could we
but see - and to see we have only to look. I beseech you to look!
Life is so generous a giver, but we, judging its gifts by
the covering, cast them away as ugly, or heavy or hard. Remove the covering and
you will find beneath it a living splendor, woven of love, by wisdom, with
power.
Welcome it, grasp it, touch the angel's hand that brings it
to you. Everything we call a trial, a sorrow, or a duty, believe me, that
angel's hand is there, the gift is there, and the wonder of an overshadowing
presence. Our joys, too, be not content with them as joys. They, too, conceal
diviner gifts.
Life is so full of meaning and purpose, so full of beauty -
beneath its covering - that you will find earth but cloaks your heaven.
Courage, then, to claim it, that is all. But courage you
have, and the knowledge that we are all pilgrims together, wending through
unknown country, home.
And so, at this time, I greet you. Not quite as the world
sends greetings, but with profound esteem and with the prayer that for you now
and forever, the day breaks, and the shadows flee away.
Friday, December 19, 2014
The Dew Drop
As the sun rose, a dew drop became aware of its
surroundings. There it sat on a leaf, catching the sunlight and throwing it
back out. Proud of its simple beauty, it was very content.
Around it were other
dew drops, some on the same leaf and some on other leaves round about. The dew
drop was sure that it was the best, the most special dew drop of them all.
Ah, it was good to be a dew drop.
The wind rose and the plant began to shake, tipping the
leaf. Terror gripped the dew drop as gravity pulled it towards the edge of the
leaf, towards the unknown.
Why? Why was this happening? Things were
comfortable. Things were safe. Why did they have to change? Why? Why?
The dew drop reached the edge of the leaf. It was terrified,
certain that it would be smashed into a thousand pieces below, sure that this
was the end. The day had only just begun and the end had come so quickly.
It
seemed so unfair. It seemed so meaningless. It tried desperately to do whatever
it could to cling to the leaf, but it was no use.
Finally, it let go, surrendering to the pull of gravity.
Down, down it fell. Below there seemed to be a mirror. A reflection of itself
seemed to be coming up to meet the dew drop. Closer and closer they came
together until finally...
And then the fear transformed into deep joy as the tiny dew
drop merged with the vastness that was the pond. Now the dew drop was no more,
but it was not destroyed.
Tasting Life
Before the young man began his studies, he wanted assurance
from the Master.
"Can you teach me the goal of human life?"
"I cannot," replied the Master.
"Or at least its meaning?"
"I cannot."
"Can you indicate to me the nature of death and of life
beyond the grave?"
"I cannot."
The young man walked away in scorn. The disciples were
dismayed that their Master had been shown up in a poor light.
Said the Master soothingly, "Of what is it to comprehend
life's nature and life's meaning if you have never tasted it? I'd rather you
ate your pudding than speculated on it."
Lesson Learned:
Saturday, December 13, 2014
Ibarat Semut, Labah-Labah dan Lebah
Tiga binatang kecil ini menjadi nama dari tiga surah di
dalam Al-Qur'an.An Naml (semut), Al 'Ankabuut (labah-labah), dan An Nahl
(lebah).
Semut, menghimpun makanan sedikit demi sedikit tanpa
berhenti. Konon, binatang ini dapat menghimpun makanan untuk bertahun-tahun.
Padahal usianya tidak lebih dari setahun. Ketamakannya sedemikian besar
sehingga ia berusaha - dan seringkali berhasil memikul sesuatu yang lebih besar
dari tubuhnya.
Lain lagi huraian Al-Qur'an tentang labah-labah. Sarangnya
adalah tempat yang paling rapuh (Al 'Ankabuut; 29:41), ia bukan tempat yang
aman, apapun yang berlindung di sana akan binasa. Bahkan jantannya disergapnya
untuk dihabiskan oleh betinanya. Telur-telurnya yang menetas saling berdesakan
hingga dapat saling memusnahkan. Inilah gambaran yang mengerikan dari kehidupan
sejenis binatang.
Akan halnya lebah, memiliki naluri yang dalam bahasa
Al-Qur'an - "atas perintah Tuhan ia memilih gunung dan pohon-pohon sebagai
tempat tinggal" (An Nahl;16:68). Sarangnya dibuat berbentuk segi enam
bukannya lima atau empat agar efisen dalam penggunaan ruang. Yang dimakannya
adalah serbuk sari bunga.
Lebah tidak menumpuk makanan. Lebah menghasilkan lilin dan
madu yg sangat manfaat bagi kita. Lebah sangat disiplin, mengenal pembagian
kerja, segala yang tidak berguna disingkirkan dari sarangnya. Lebah tidak
mengganggu kecuali jika diganggu. Bahkan sengatannya pun dapat menjadi ubat.
Sikap kita dapat diibaratkan dengan berbagai jenis binatang
ini. Ada yang berbudaya 'semut'. Sering menghimpun dan menumpuk harta, menumpuk
ilmu yang tidak dimanfaatkan. Budaya 'semut' adalah budaya 'aji mumpung'.
Pemborosan, foya-foya adalah implementasinya. Entah berapa
banyak juga jenis 'labah-labah' yang ada di sekeliling kita. Yang hanya
berfikir: "Siapa yang dapat dijadikan mangsa"
Nabi Shalalahu 'Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin
sebagai 'lebah'. Sesuatu yang tidak merusak dan tidak menyakitkan :"Tidak
makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika
menimpa sesuatu tidak merusak dan tidak pula memecahkannya"
Semoga kita menjadi ibarat lebah. Insya Allah!
Tuesday, December 9, 2014
Kasih Si Kecil
Seekor anak kucing yang kecil mungil sedang berjalan-jalan
di ladang pemiliknya. Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang
besar itu memanggilnya. “Kamu mesti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu
akan mengetahui bahawa pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari binatang
lainnya. Kerana saya mampu mengangkut banyak barang untuknya, saya kira
binatang sekecil kamu tidak akan bernilai sama sekali baginya”, ujarnya dengan
sinis.
Kucing kecil itu menundukkan kepalanya dan pergi. Tapi, dari
kandang sebelah, ia mendengar suara seekor lembu. “Saya adalah binatang yang
paling terhormat di sini sebab puan di sini membuat keju dan mentega dari susu
saya. Kamu tentu tidak berguna bagi keluarga di sini”, dengan nada mencemuh.
Belum lagi kesedihannya hilang, ia mendengar teriakan
biri-biri. “Hai lembu, kedudukanmu tidak lebih tinggi dari saya. Aku memberi
bulu kepada pemilik ladang ini. Saya memberi kehangatan kepada seluruh keluarga.
Tapi kata-katamu soal kucing kecil itu, memang benar. Dia sama sekali tidak ada
manfaatnya di sini.”
Satu demi satu binatang di situ ikut serta dalam pencemuhan
itu, sambil menceritakan betapa tingginya kedudukan mereka di ladang itu. Ayam
pun berkata bagaimana dia telah memberikan telur, Semua binatang sepakat kalau
si kucing kecil itu adalah makhluk tak berguna dan tidak sanggup memberikan
sumbangan apapun kepada keluarga itu.
Terpukul oleh kecaman binatang-binatang lain, kucing kecil
itu pergi ke tempat sepi dan mulai menangis menyesali nasibnya. Sedih rasanya,
sudah yatim piatu, dianggap tak berguna, disingkirkan dari pergaulan pula.
Ada seekor kucing tua di situ mendengar tangisan tersebut,
lalu mendengar keluh kesah si kucing kecil itu. “Saya tidak dapat memberikan
sumbangan kepada keluarga di sini, sayalah haiwan yang paling tidak berguna di
sini…”
Terharu, kucing tua berkata, “Memang benar bahwa kamu
terlalu kecil untuk menarik pedati. Kamu tidak berupaya memberikan telur, susu
ataupun bulu. Tetapi bodoh sekali jika kamu menangisi sesuatu yang tidak mampu
kamu lakukan. Kamu harus menggunakan kemampuan yang diberikan oleh Tuhan untuk
membawa kegembiraan.”
Malam itu ketika pemilik ladang baru pulang dan kelihatan
amat lelah kerana perjalanan jauh di panas terik matahari, kucing kecil itu
lari menghampirinya, menjilat kakinya dan melompat ke pelukannya. Sambil
menjatuhkan diri ke tanah, pemilik ladang dan kucing kecil itu berguling-guling
di rumput disertai tawa ria.
Akhirnya pemilik ladang itu memeluk dia erat-erat dan
mengelus-elus kepalanya, dan berkata, “Meskipun saya pulang dalam keadaan
letih, tapi rasanya semua jadi sirna, bila kau menyambutku semesra ini. Kamulah
yang paling berharga di antara semua binatang di ladang ini. Kamu kecil, tapi
sangat mengerti ertinya kasih…”
Jangan sedih ketika kamu tidak dapat melakukan sesuatu
seperti orang lain Kerana memang tidak memiliki kemampuan untuk itu. Tetapi apa
yang kamu dapat lakukan, kerjakan itu dengan sebaik-baiknya. Dan jangan sombong
jika kamu merasa banyak melakukan beberapa hal pada orang lain, kerana orang
yang tinggi hati akan direndahkan dan orang yang rendah hati akan ditinggikan.
Selalunya begitulah dalam hidup ini.
Saturday, December 6, 2014
Hati Seorang Ayah
Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya
kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap
wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok,
disertai suara batuk-batuknya.
Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya: "Ayah,
mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian
membongkok?"
Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di
beranda.
Si ayah menjawab: "Sebab aku lelaki."
Anak perempuan itu berkata sendirian: "Saya tidak
mengerti".
Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya
termenung rasa kebingungan.
Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu,
terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan: "Anakku, kamu
memang belum mengerti tentang lelaki."
Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah
kebingungan.
Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan
ibunya lalu bertanya kepada ibunya: "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi
berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah
menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit?"
Ibunya menjawab: "Anakku, jika seorang lelaki yang
benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."
Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar
dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa
wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi
membongkok?
Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu
seolah- olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan
kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah
sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.
"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai
pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia
senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya
merasa aman, teduh dan terlindung."
"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk
membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup
kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."
"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha
mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal
dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat
cercaan dari anak-anaknya".
"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan
membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya
tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah
kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia
relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia
ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan
hasil dari jerih- payahnya."
"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang
akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa
adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan
kesakitan kerapkali menyerangnya".
"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha
berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi
apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai
hatinya.
Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan
perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta
sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang
menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling
mengasihi sesama saudara."
"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk
memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan
saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh
anak-anaknya."
"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk
memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri
yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa
menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka,
walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang
diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling
melengkapi serta saling menyayangi."
"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti,
bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan
menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan
badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang
bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan
sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi
kelanjutan hidup keluarganya."
"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai
pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri / penyokong), agar dapat
dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki
oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan
akhirat."
Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari,
berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik
ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan
mencium telapak tangan ayahnya.
"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."
Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan
untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali
siratulrahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Tuhan selalu menjaganya
dengan sebaik-baiknya.
Tuesday, December 2, 2014
The Power of Concentration
The powers of the mind are like the rays of the sun. When
they are concentrated, they illumine.
When I was a child, I saw how a magnifying glass could burn
a piece of paper, when the rays of the sun were focused through it on one
point. The fire could only be ignited, when the sun's rays were concentrated on
a small point. When the magnifying glass was moved too far away, or too close
to the paper, the rays were not focused enough, and nothing happened.
This experience, describes vividly, how the power of
concentration works. It is a skill, which enables you to fix your attention on
one single thought or subject, while at the same time excluding from your
awareness everything else.
The power of concentration manifests as focused attention
and as a one pointed mind.
When you focus your mind, you conserve your energies and do
not dissipate them on irrelevant thoughts or activities. This is why,
developing concentration is vital for anyone aspiring to be more efficient and
take charge of his or her life. This skill is vital for every kind of success.
Without it, your efforts get scattered, but with it, you can accomplish great
things.
Concentration has many uses and benefits. It assists in
studying, enables faster comprehension, improves the memory, helps in focusing
on a task, job or goal, and therefore, achieving them more easily and
efficiently. It is a powerful tool for the efficient use of creative
visualization, and it also helps in developing psychic powers.
When this ability is strong, the mind obeys you more readily
and does not engage in futile, negative thoughts or worries. This ability plays
an important role in meditation, gaining mental mastery, and attaining peace of
mind.
Without it, the mind just jumps restlessly from one thought
to another, not allowing you to meditate properly.
Do you now realize why it is very important and worthwhile
to develop and improve the ability to concentrate?
To develop this power you need to train and exercise it.
Forget all your excuses about not having the time or being too busy. Do not say
that the circumstances are not appropriate, or that you cannot find a quiet
place to exercise. With a little planning, desire and motivation, you can
always find the time to exercise each day, no matter how busy you are.
Monday, December 1, 2014
Tiga Budak Hitam
Tiga orang budak hitam berjalan-jalan di atas pasir di
persisiran sebuah pantai. Tiba-tiba seorang dari mereka tertendang sebiji
botol. Beliaupun mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup rapat dengan
penutup gabus. Kesemua mereka kehairanan dan tertanya-tanya apa yang ada di
dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari mereka pun membukanya. Terbuka
sahaja botol tersebut, keluarlah seekor jin yang amat besar.
Jin tersebut ketawa-terbahak-bahak lalu berkata "
Siapakah engkau hai manusia yang telah membebaskan aku? Aku telah terkurung
dalam botol ini selama 20 tahun. Dalam masa terkurung aku telah bersumpah akan
menyempurnakan 3 hajat sesiapa yang membebaskan aku dari botol ini.. Nah!
Sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku tunaikan permintaanmu"
Ketiga-tiga budak hitam itu mulanya terkejut tetapi
bergembira apabila jin tersebut menawarkan untuk menunaikan permintaan mereka.
Jin pun berkata kepada budak yang pertama, " Pintalah!" Budak hitam
pertama pun berkata . "Tukarkanlah aku menjadi putih supaya aku kelihatan
cantik" Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi
putih. Jin pun berkata kepada budak hitam kedua,"Pintalah!".
Budak hitam kedua pun berkata ." Tukarkanlah aku
menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang
pertama". Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi
putih dan cantik lebih daripada budak yang pertama. Jin pun berkata kepada
budak hitam ketiga, "Pintalah!". Budak hitam ketiga pun berkata
."Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan
cantik daripada budak yang pertama dan kedua".
Jin pun berkata. " Tidak, permintaan itu tidak dapat
aku perkenankan. Pintalah yang lain..." Budak hitam ketiga kehairanan dan
terfikir-fikir apa yang mahu dipintanya.
Setelah lama berfikir, budak hitam ketiga pun berkata "
Kalau begitu, aku pinta kau hitamkan kembali rakan aku yang dua orang itu"
Lalu jin pun tunaikan permintaannya. Kembalilah asal hitam kedua-duanya. Jin
pun berlalu dari situ dan ketiga-tiga mereka tercengang-cengang dan tidak
memperolehi sesuatu apa pun.
Sikap dengki, cemburu dan irihati seringkali bersarang di
hati manusia. Manusia tidak suka melihat orang lain lebih dari mereka dan
mengharapkan mereka lebih dari orang lain. Mereka juga suka melihat nikmat
orang lain hilang. Sikap ini sebenarnya pada akhirnya merugikan manusia
sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)