Tuesday, December 30, 2014
Cerita Aku Tahun 2014
Tahun 2014 bakal melabukan tirainya.
Sedar tak sedar, banyak pengalaman aku perolehi dalam tahun
ini.
Pengalaman yang aku perolehi ini sebenarnya membuat aku
lebih komited untuk beri yang lebih baik pada tahun baru yang bakal tiba ini.
Insyaallah.
Banyak pengalaman yang memperkayakan soal intelektual,
emosional, spiritual mahupun fizikal aku.
Dari segi intelektual, aku sedar melalui kerja, aku amat
berterima kasih dengan pengalaman yang aku perolehi melalui pembangunan dan
perkongsian yang diperolehi melalui seminar Better.Brighter. Banyak perkara
dalam bidang yang aku minati ini telah aku tingkatkan pengetahuannya teutamanya
melalui seminar-seminar yang aku hadiri sepanjang tahun ini. Terima kasih
kepada guru-guru yang sudi berkongsi ilmu dengan aku. Aku sedar tahun ini aku kurang sangat membaca.
Mungkin sebab mata aku dah rabun. Tapi dengan cermin mata yang baru aku
perolehi ini, akan aku beri keutamaan dalam membaca.
Dari segi emosional pulak, sepanjang tahun 2014 ini, aku
telah menjalin hubungan dengan beberapa individu yang telah memberi maksud baru
dalam hidup aku. Aku mulai sedar, a good networking tersangatlah penting. Aku
harap aku belum terlambat untuk ini semua. Kepada mereka-mereka yang baru aku
bina hubungan sepanjang tahun ini, I must say, thank you very much kerana telah
mendedahkan aku pada apa ertinya satu hubungan dalam hidup ini.
Dari segi spiritual, ada beberapa perkara yang benar-benar
menyentuh hati aku. Pertama, aku mulai mendapat satu cara pandang baru mengenai
maksudnya kebergantungan kepada Tuhan secara total. Memang hidup ini menjadi lebih ringan bila
kita bergantung kepada Dia secara total. Kedua, aku mulai memahami dengan cara
mudah maknanya niat kerana Tuhan. Memang aku terasa lebih confident dalam
menyusuri hidup ini bila berpegang kepada memasang niat sebegini. Ketiga, apa
makna masa dalam hidup ini. Masa itu sifatnya makin lama makin pendek dan sudahnya
apa yang mahu aku lakukan dengan masa yang sifatnya sedemikian. Hebat!
Dari segi fizikal, aku mulai sedar betapa pentingnya
kesihatan. Semalam aku telah pergi mencabut gigi yang sekian lama mendatangkan
perit kepada aku. Bila gigi ini dirasakan makin kurang sakitnya, satu semangat
baru untuk benar-benar menjaga kesihatan ini menyelinap dalam diri aku. Aku nak
jaga kesihatan sebab aku nak sihat. Aku nak sihat sebab aku nak mempunyai
kekuatan untuk deliver seminar aku itu.
Ini antara perkara penting yang berlaku sepanjang tahun ini.
Ada banyak lagi sebenarnya tapi untuk tujuan artikel ini, ini perkara-perkara
yang datang dahulu dalam layar fikiran aku. Apapun, aku bertekad dan berdoa agar
sepanjang tahun 2015 ini, aktiviti aku lebih berstruktur dan berupaya
dilaksanakan bagi membina hidup yang Sejahtera, Bahagia dan Kaya … Dunia
Akhirat.
Ameen …
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteFadoExpress là một trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hàng đầu chuyên vận chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc đi khắp thế giới, nổi bật là dịch vụ gửi hàng đi nhật và gửi hàng đi pháp uy tín, giá rẻ