Saturday, December 27, 2014
Renungan Untuk Bangsa Ditimpa Musibah
Kejadian banjir besar yang melanda negara ini secara
mendadak benar-benar buat aku berfikir. Mungkin ini merupakan satu fenomena
alam yang mampu diperjelaskan dengan logik dan ilmu semasa manusia (soal
intelek) tetapi pada masa yang sama hati ini (soal spiritual) cuba memahami
hakikat kejadian musibah ini.
Bila aku renung-renungkan, yang mungkin agak pelik ialah
kebanyakan mangsa yang terlibat ialah dari satu bangsa sahaja. Sekali lagi, logik
mungkin mampu menerangkan bahawa tempat terlibatnya banjir besar ini terjadi di
kawasan-kawasan dimana majoriti bangsa ini berada namun hati aku tidak dapat
lari dari ingin tahu mengapa Tuhan mencampakkan bahana banjir ini di kawasan
ini?
Ada sesuatukah yang Tuhan ingin tunjukkan kepada mereka agar
mereka mula sedar?
Bangsa ini ada buat silap?
Banyak!
Kalau dilihat dari segi buang anak dan penagihan dadah,
bangsa inilah yang jauh ke depan.
Kalau dilihat dari segi akhlak, bangsa inilah yang paling
rendah akhlaknya.
Kalau dilihat dari segi buruk sangka sesama bangsa, bangsa
inilah yang paling terkenal dengan hal ini.
Kalau dilihat dari segi bekerjasama sesama bangsa, bangsa
inilah yang paling tidak boleh bekerjasama.
Kalau dilihat dari segi perpaduan bangsa, bangsa inilah yang
yang paling tidak berpadu.
Untuk ceritakan semuanya memang tak muat nak disenaraikan
disini. Tapi apa yang dinyatakan di atas rasanya sudah cukup untuk Tuhan
turunkan bala kepada mereka. Bala itu pun kalau tidak buat bangsa ini sedar
akan kealpaan mereka, aku tak tahu apa lagi nak jadi dengan bangsa ini.
Walau apa pun, satu kebaikan yang aku nampak ialah rata-rata
bangsa ini mengakui berpegang kepada agama Islam. Aku harap mereka sedar dan
punya kekuatan untuk amalkan agama ini sebaik mungkin dalam hidup mereka
seperti yang ditunjukkan oleh Rasul mereka. Jangan sudahnya timbul fitnah
bahawa Islam itu mundur disebabkan apa yang dilakukan oleh bangsa ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment