Wednesday, January 14, 2015
Iktibar dari sebiji Tembikai
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama
Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai.
Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan
kepada isterinya.
Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan,
ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan
keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya …
“Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada
penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.”
Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya …
“Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri
daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli
barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil
tanamannya yang terbaik juga.
Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta
buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan
segala ketentuan Nya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun
redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Waalahu’Alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment