Sunday, February 15, 2015
Kisah Nelayan
Suatu hari, seorang usahawan sedang berkelah bersama
keluarganya di sebuah kampung nelayan. Dia merasa terganggu apabila melihat
seorang nelayan sedang berehat-rehat di bawah pohon kelapa.
“Pakcik, kenapa pakcik tidak turun ke laut?”
“Pakcik sudah turun ke laut semalamdan pakcik perlu
beristirehat.”
“Kalau pakcik turun ke laut lagi, pakcik akan dapat
menangkap banyak ikan.”
“Lalu … ?”
“Pakcik boleh mengumpulkan wang untuk membeli sebuah
perahu.”
“Lalu … ?”
“Dengan perahu itu, pakcik tak perlu lagi menyerahkan
sebahagian pendapatan pakcik kepada tuan punya perahu.”
“Lalu … ?”
“Pakcik boleh mengumpulkan banyak wang untuk membeli perahu
kedua …”
“Lalu … ?”
“Dengan dua perahu, pakcik boleh mengumpulkan banyak wang
dan seterusnya pakcik boleh membeli perahuketiga, keempat dan seterusnya …”
“Lalu … ?”
“Jika perahu pakcik sudah banyak, pakcik boleh menyewakan
perahu pakcik kepada nelayan-nelayan lain sehingga pakcik tidak perlu lagi
turun ke laut …”
“Lalu … ?”
“Pakcik boleh hidup tenang dan bersantai sepanjang masa …”
Nelayan itu tersenyum laluberkata, “Menurut Encik, apa yang Pakcik
tengah buat sekarang?”
PENGAJARAN:
Nasihat usahawan itu baik tetapi apayang dilakukan oleh
nelayan tersebut juga mengajar kita satu hal iaitu HIDUP PERLU SEIMBANG.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment