Sunday, March 1, 2015
Kapal yang Karam
Ini perkongsian seorang sahabat dalam satu whatsapp baru-baru ini ...
Sebuah kapal persiaran terlibat dengan kemalangan di laut,
di dalamnya ada satu pasangan, selepas berusaha untuk mencari bot penyelamat,
mereka menyedari cuma tinggal tempat untuk seorang. Macam Titanic pula kan?
Dengan serta merta, lelaki itu meninggalkan wanita yang
bersamanya dan melompat masuk ke dalam bot penyelamat sendirian.
Wanita itu berdiri di kapal yang sedang tenggelam dan
menjerit satu patah perkataan kepada suaminya.
Cikgu kemudian berhenti bercerita dan bertanya, "Rasanya
la kan, apa yang dia jeritkan?"
Hampir semua murid menjawab, "Aku bencikan kau! Tak
berhati perut!"
Cikgu perasan seorang muridnya yang diam sahaja lalu
bertanya kepadanya, "Cikgu, saya percaya dia mesti cakap - Jaga anak-anak
kita baik-baik!"
Cikgu itu terkejut, lalu bertanya, "Awak pernah dengar
cerita ini ke?"
Budak itu menggelengkan kepalanya, "Tak, tapi itulah
yang mak saya beritahu ayah sebelum dia meninggal kerana penyakit."
Ciku kemudian menyambung, "Betul jawapan tu."
Kapal itu tenggelam, manakala lelaki itu pulang dan
membesarkan anak-anak mereka sendirian.
Beberapa tahun selepas meninggalnya lelaki itu, anak mereka
menjumpai diari ayah mereka semasa mereka mengemas.
Rupanya semasa orang tua mereka menaiki kapal persiaran, ibu
mereka sudah disahkan mengidap penyakit yang akan meragut nyawa.
Ayah mereka menulis, "Alangkah baiknya jika saya
tenggelam ke dalam lautan bersamamu, namun demi anak-anak kita, saya tinggalkan
kamu bersemadi di dalam laut keseorangan."
Cikgu sudah berhenti bercerita, namun kelas tersebut masih
sunyi.
Cikgu itu tahu anak muridnya memahami pengajaran cerita
tersebut, walaupun ada yang baik dan yang buruk di dunia ini, masih banyak lagi
kisah disabaliknya yang sukar untuk difahami.
Itulah sebabnya kita jangan sesekali lihat luaran sahaja dan
menghukum orang lain tanpa memahami mereka dulu.
Mereka yang suka belanja makan, bukan kerana mereka berharta
tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.
Mereka yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai
tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.
Mereka yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan
kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.
Mereka yang sukarela membantu anda, bukan kerana mereka
berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat anda sebagai seorang sahabat.
Mereka yang selalu sms anda, bukan kerana mereka tak ada
benda lain nak buat tapi sebab mereka mengingati anda.
Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan
pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.
Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini
menjadi asing.
Satu hari anak kita akan jumpa gambar kita dan bertanya, "Siapa
mereka semua tu?"
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan
kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,
"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM
HIDUP SAYA."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment