Thursday, April 16, 2015
Erti Hidup
Ada seorang pemuda yang sedang berjalan- jalan ditepi hutan
untuk mencari udara segar, ketika dia sedang berjalan-jalan, tiba -tiba
terdengarlah bunyi ngauman suara harimau …
Auuuummmm … !!!
Seekor harimau yang sedang lapar Dan mencari mangsa untuk mengisi
perutnya. Tiba-tiba tanpa disedari oleh pemuda tersebut.. harimau itu sudah
berada dihadapan pemuda itu. Disebabkan terlalu takutkan harimau itu, dia pun
berlari dan sejauh yang termampu.
Harimau yang sedang lapar itu sudah tentu tidak akan melepaskan
dia pergi begitu sahaja , harimau itu pun mengejar pemuda tadi . Ditengah
kepanikkan itu, pemuda tadi sempat berdoa agar diselamatkan dari terkaman
harimau itu dan dia amat bersyukur kerana doanya dikabulkan.
Dalam keadaan dia sedang berlari dia terpandang sebuah
perigi tua, terlintas difikirannya untuk melompat ke dalam perigi itu, kerana
harimau pasti tidak akan mengejarnya dan ikut lompat sama ke dalam perigi
tersebut.
Amat bernasib baiklah pemuda itu kerana ditengah-tengah
perigi itu ada tali yang menjulur ke bawah, jadi pemuda tadi tidak perlu
melompat yang mungkin akan menyebabkan kakinya patah disebabkan dalamnya perigi
tersebut. Namun, tali itu pendek Dan tak termampu untuk dia menjejakkan kaki
kedasar perigi tersebut dan akhirnya dia bergayutlah ditengah-tengah perigi itu.
Ketika pemuda itu sedang bergayut , pemuda itu mengangkat
mukanya keatas. Ternyata harimau tadi masih menunggunya dibibir perigi itu. Dan
ketika dia menunduk kebawah, terdengar suara kacukan air yang ganas, setelah
diamati ternyata Ada 2 ekor buaya yang ganas yang berusaha menggapai badannya.
Pemuda itu mengeluhhh ...
Ya Tuhan apakah yang harus aku lakukan? Di atasku harimau
sedang menunggu, dibawah buaya bersiap-sedia menerkamku. Ketika pemuda itu
sedang memikirkan cara untuk keluar dari perigi itu, tiba-tiba di celah-celah
perigi itu terdapat lobang kecil dan tanpa di jangka oleh pemuda itu maka
keluarlah seekor tikus putih … ciiit … ciiit ... ciit … yang naik meniti tali
pemuda tadi.
Dia menggigit tali pemuda tadi. Belum sempat pemuda itu terjaga
dari terkejutnya dia akan hal itu pada masa yang sama dari lobang itu juga
muncul lagi seekor tikus hitam yang melakukan hal sama seperti tikus putih tadi
menggigit tali yang diguna oleh pemuda itu untuk begayut.
Ooohhhh … jika tali ini putus, habislah riwayatku dimakan
buaya! Cemas dia berfikir. Jika aku naik keatas, sudah pasti harimau menerkamku. Jika menunggu
disini, tali ini akan putus dan buaya dibawah ini telah lama bersiap sedia
untuk menjamahku.
Saat itulah dia mendengar deruan serombongan lebah yang
sedang mengangkut madu untuk dibawa kesarang mereka. Dia mendongakkan wajahnya
keatas. Dan tanpa disangka-sangka jatuhlah setitis madu dari lebah itu dan
kebetulan jatuh tepat dalam mulut pemuda itu.
Spontan pemuda tadi berkata…
Alangkah manisnya madu Ini, baru kali ini aku merasakan madu
semanis dan selazat ini! Dia lupa akan ancaman buaya dan harimau tadi.
Tahukah anda, intipati dari cerita diatas secara analoginya,
pemuda tadi adalah kita semua 'manusia', harimau yang mengejar adalah maut kita,
ajal memang selalu mengejar kita. Jadi ingatlah akan mati. Dua ekor buaya
adalah diumpamakan sebagai malaikat Munkar Dan Nakir yang menunggu kita di alam
kubur. Tali tempat pemuda bergayut adalah umur kita. Tikus putih dan tikus
hitam adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa mengikis umur kita.
Diibaratkan cerita tikus tadi yang menggigit tali pemuda
itulah siang dan malam . Madu setitis yang jatuh itu adalah nikmat dunia yang
hanya sebentar. Bayangkan madu setitis tadi masuk ke mulut pemuda itu, dia
terlupa akan ancaman harimau dan buaya yang sedang menunggunya, begitulah kita ketika kita menerima nikmat sedikit. Kita lupa
kepada Tuhan. Ketika susah baru ingat kepada Tuhan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment