Sunday, April 26, 2015
Kisah Dua Beg Kain
Alkisah, ada seorang yang sangat bahagia dan tenang di dalam
hidupnya. Orang tersebut mempunyai dua beg kain. Pada beg kain yang satu
terdapat lubang di bawahnya, tapi pada beg kain yang satu lagi tidak terdapat
lubang.
Segala sesuatu yang menyakitkan yang pernah didengarnya
seperti makian & sindiran, ditulisnya di sebuah kertas, digulung kecil,
kemudian dimasukkannya ke dalam beg kain yang berlubang.
Tetapi semua yang indah, benar, dan bermanfaat, ditulisnya
di sebuah kertas kemudian dimasukkannya ke dalam beg kain yang tidak ada
lubangnya.
Pada malam hari, ia mengeluarkan semua yang ada di dalam beg
kain yang tidak berlubang, membacanya, dan menikmati hal-hal indah yang sudah
diperolehnya sepanjang hari itu. Dan dia mengucap syukur berulang kali atas
kasih sayang dan kebahagiaan yang telah Tuhan anugerahkan kepadanya.
Kemudian ia mengeluarkan isi dari beg kain yangberlubang, tetapi
ia tidak menjumpai apa-apa pun. Maka ia pun tertawa dan tetap bersukacita kerana
tidak ada sesuatu yang dapat merosak hati dan jiwanya.
Sahabat ... Itulah yang seharusnya kita lakukan. Menyimpan
semua yang baik di “beg kain yang tidak berlubang”, sehingga tiada satupun yang
baik hilang dari hidup kita.
Sebaliknya, simpanlah semua yang buruk di “beg kain yang
berlubang”. Maka yang buruk itu akan jatuh dan tidak perlu kita ingat lagi.
Namun sayang sekali ... masih ramai orang yang melakukan perkara
sebaliknya!
Mereka menyimpan semua yang baik di “beg kain yang
berlubang”, dan apa yang tidak baik di “beg kain yang tidak berlubang” (seperti
memelihara fikiran-fikiran jahat dan segala sesuatu yang menyakitkan hati).
Maka, jiwanya menjadi tertekan dan tidak ada ghairah dalam menjalani hidup.
Oleh kerana itu, agar mampu menikmati kehidupan yang bahagia
dan tenang, elak menyimpan apa yang tidak baik di dalam hidup kita (Tahukah
Anda: sakit hati, iri hati, dendam, dan kemarahan juga mampu menyebabkan
penyakit serius bahkan kematian?).
Mari mencuba, menyimpan hanya yang baik dan bermanfaat buat
kita semua. Semoga hidup kita sentiasa Sejahtera Bahagia Kaya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment