Monday, April 13, 2015
Siapa Sebenarnya Kita
Sebelum memulakan seminar, Prof.Ibrahim mengeluarkan sehelai
wang kertas bernilai RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada
50 orang pesertanya.
"Siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim..
Semua peserta mengangkat tangan.
"Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang
daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu ". Prof Ibrahim
meramas-ramas duit itu hingga renyuk.
Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan
bertanya: "Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?"
Hampir semua pesertanya mengangkat tangan. Prof Ibrahim
mengangguk dan mencebikkan bibir.
"Okey apa kata kalau saya buat macam ni?"
Duit RM100 itu dicampakkan dan di tenyeh-tenyeh dengan
kasutnya..
Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas
meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.
"Sekarang siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim.
Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah
pesertanya masih mengangkat tangan.
"Okay, apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu
tadi?" tanya Prof. Ibrahim lagi.
Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan
kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Prof
Ibrahim.
"Walau apapun yang saya lakukan pada duit ini, kamu
tetap akan mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tidak
berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut."
"RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak." kata
Prof.Ibrahim. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.
Prof Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan
seharian. Sering kali di dalam hidup,setiap orang akan merasai kejatuhan, hati
hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak
berguna langsung.
"Tetapi walau apapun yang telah terjadi, ataupun yang
akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau
licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi."
"Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita
lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya kita?"jelas Prof
Ibrahim.
Semua peserta ternganga mendengar penerangan profesor itu
dan mereka lantas mengiyakan kebenaran kata-kata profesor itu...
Pelajaran ...
Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan
atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya diri kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment