Monday, May 4, 2015
'70 20 10' Part 1
Aku selalu mendengar rungutan dari pemimpin sesuatu
organisasi itu mengenai ketidakupayaan sesuatu seminar atau latihan terutamanya
di dalam bidang transformasi sikap atau peningkatan produktiviti di dalam
mengubah cara kerja anggota kerja mereka.
“Argghhh … latihan sebegini selalu buang duit sahaja.
Tahanlah seminggu, selepas itu balik cerita lama!”
Sudahnya, ramai yang merasakan seminar atau latihan sebegini
membuang masa dan sudahnya ramai yang memandang sepi terhadap seminar atau
latihan sebegini. Walaupun begitu, masih ramai pemimpin organisasi merasakan
mereka mesti melakukan sesuatu untuk meningkatkan sikap positif dan
produktiviti anggota kerja mereka tetapi masih-masih tercari-cari apakah pendekatan
yang terbaik untuk melakukan ini semua.
Itulah, semasa aku menghadiri satu persidangan HAPUA di MERALCO POWER Academy, Manila beberapa bulan lepas, aku terserempak dengan satu idea yang dinamakan
‘70 20 10’. Pertama kali aku diperkenalkan dengan idea ini, aku jadi
betul-betul amat teruja kerana inilah pendekatan yang aku cari selama ini bagi
menangani cabaran yang dinyatakan di atas.
Memang aku cuba hadam sebanyak mungkin apa yang dikongsi di
dalam persidangan ini baik dari segi teori, pengamalan dan pengalaman idea ini.
Sudahnya bila aku pulang dari persidangan ini, aku cuba ‘adopt and adapt’ idea ini
di dalam seminar yang aku laksanakan. Jadi, apa sebenarnya dimaksudkan dengan
’70 20 10’ itu?
Nombor –nombor ini sebenarnya mewakili peratusan dari sumber
yang perlu diperuntukkan dalam melaksana sesuatu inisiatif yang diingini oleh
sesuatu organisasi tersebut.
10 – 10% daripada sumber perlu diperuntukkan di dalam
menyampaikan idea yang mahu dilaksanakan kepada participants di dalam bilik
kelas seperti seminar, bengkel dan latihan.
20 – 20% daripada sumber perlu diperuntukkan di dalam
membimbing participants menggunakan idea-idea yang diperolehi dari bilik kelas
(10%) seperti coaching dan mentoring yang dilaksanakan sendiri oleh Immediate
Manager mereka.
70 - 70% daripada sumber perlu diperuntukkan di dalam
membantu participants mempraktikkan apa yang diperolehi di dalam kelas (10%) di
dalam tugas masing-masing seperti melalui perlaksanaan projek, perkongsian
pengalaman, perbincangan penambahbaikan,
‘shadowing’ dan sebagainya.
Yang menariknya konsep ‘70 20 10’ ini ialah penekanan sangat
diberatkan di dalam menentukan bagaimana setiap inisiatif yang dilakukan
melalui konsep ‘70 20 10’ ini mesti dijuruskan bagi membantu pencapaian pelan
strategik organisasi. Jika tidak, bak kata orang Manila itu, ini bakal
mengakibatkan kebocoran sumber organisasi.
Apa yang jelas pada aku ialah melalui kaedah ini, segala
ilmu yang diperoleh di dalam kelas itu tidak akan tamat bilamana kelas itu
tamat. Malah ianya akan dipraktikkan di tempat kerja dengan sokongan dan
bimbingan daripada para Immediate Manager participants sendiri.
Make sense bukan? Tetapi apa yang diterangkan di atas masih
bersifat am. Apa yang diterangkan di atas perlu diterangkan dengan lebih
spesifik bagi membantu semua pihak jelas apa yang patut dilaksanakan. Berikut
adalah cubaan aku untuk menspesifikkan idea ’70 20 10’ di atas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penilaian tahap tiga terlaksana menerusi 10/20/70. Tq Tuan Mior.
ReplyDelete