Monday, May 4, 2015
'70 20 10' Part 2
Pertama sekali (10), segala training yang dibuat perlu
dijelaskan bagaimana ianya membantu
pencapaian pelan strategik organisasi. Apa yang dimaksudkan ialah soal
5W + 1H mengenai training itu perlu dijelaskan sejelas-jelasnya. 5W + 1H ini mengandungi …
What – Apakah ilmu atau kemahiran yang akan disampaikan
dalam training tersebut.
Why – Mengapakah training itu perlu terutama dalam
hubungannya dengan pelan strategik.
Where – Dimanakah ilmu dan kemahiran ini perlu disalurkan.
Who – Siapakah yang terlibat dengan ilmu dan kemahiran dalam
training ini.
When – Bilakah ilmu dan kemahiran harus digunakan di dalam
tugas.
How – Bagaimanakah perlaksanaan ilmu dan kemahiran ini di
dalam tugas.
Kedua (20), para Immediate Managers bagi participants yang
menghadiri training dalam kelas itu perlu mempunyai idea yang disampaikan
didalam kelas itu sekurang-kurangnya secara am dan mesti mempunyai keupayaan
untuk melaksanakan coaching atau mentoring.
Sebut perkataan coaching atau mentoring , mungkin ada yang
terfikir mengenai perbelanjaan yang besar bagi membina skill coaching dan
mentoring. Namun sebagai permulaan, cukup bagi para Immediate Managers ini
menggunakan 5W + 1H di atas sebagai panduan dalam melaksanakan coaching dan mentoring.
Yang penting, melalui sessi coaching dan mentoring itu, wujud
komunikasi dua hala antara participants dan Immediate Manager mereka agar para
participants itu mendapat sokongan dan bimbingan sekiranya berlaku sebarang
masalah dan cabaran dalam mengamalkan apa yang diperolehi di dalam bilik kelas.
Ketiga (70), para participants yang menghadiri latihan di
dalam kelas itu perlu mengamalkan idea-idea dalam latihan tersebut di dalam
tugas mereka. Pengamalan ini perlu dibuat secara berkumpulan dan secara individu.
Pengamalan secara Berkumpulan
Pengamalan secara berkumpulan ialah dengan mengadakan satu
projek bagi mencapai sesuatu hajat dalam tugas dengan menggunakan idea-idea
dari bilik kelas. Sebelum projek itu
dilaksanakan, dua perkara perlu jelas antara ahli kumpulan. Ianya ialah
perkara WHY projek itu dilaksanakan dan HOW projek itu dilaksanakan.
WHY projek itu dilaksanakan harus menuruti langkah-langkah
berikut;
Langkah 1: Apakah projek yang boleh dilakukan oleh kumpulan bagi
memudahkan pelanggan kumpulan melaksana tugas/tanggugjawab mereka?
Langkah 2: Projek itu perlu bertujuan seperti berikut bagi
mencapai maksud langkah 1 di atas;
menwujudkan satu perkara baru.
menghapus satu perkara sedia ada.
menambahbaik satu perkara sedia ada.
mengurangkan satu perkara sedia ada.
Nota: Projek itu mesti dalam bidang kuasa kumpulan.
HOW projek itu dilaksanakan harus menuruti langkah-langkah
berikut;
Pengamalan secara Individu
Pengamalan secara individu ialah dengan melaksanakan
‘Packaging Expertise’ untuk diri participants itu. ‘Packaging Expertise’
bermaksud para participants itu secara individu berusaha untuk membina
kepakaran dalam diri sendiri berdasarkan kepada pengalaman mengamal idea-idea
yang diperolehi di dalam bilik kelas. Bentuk kepakaran ini boleh di bentuk
kepada 5 bentuk utama iaitu;
·
Sijil
·
Produk
·
Lesen sebagai Pemberi Servis
·
Lesen sebagai Perunding
·
Modul Seminar
Sebelum sesuatu ‘Packaging Expertise’ itu
dilaksanakan, dua perkara perlu jelas di dalam diri seseorang individu
itu. Ianya ialah perkara WHY ‘Packaging Expertise’ itu dilaksanakan dan HOW ‘Packaging
Expertise’ itu akan dilaksanakan.
WHY ‘Packaging Expertise’ itu dilaksanakan, gunakan alat ‘S.W.O.T.’ seperti dibawah;
HOW ‘Packaging Expertise’ itu dilaksanakan, gunakan alat ‘P.D.C.A.’ seperti dibawah;
Kesimpulannya, itulah dia cerita ‘70 20 10’ secara
terperinci. Saya yakin inilah pendekatannya yang perlu kita laksanakan jika
kita mahu lihat sesuatu training itu diamalkan oleh participants. Mungkin ada yang
merungut kaedah ini bakal memakan masa dan kemungkinan pihak pengurusan atasan ‘tidak
sabar’ untuk melihat hasil yang diingini.
Tetapi saya teringat kata-kata Adrian, kawan saya dari
Manila yang berkongsi idea ini dengan saya. Katanya, mulakan dengan
kecil-kecilan dahulu dan bila ianya mula menunjukkan hasil, baru para
pengurusan atasan mula nampak keberhasilannya. Juga elak guna ‘jargon 70 20 10’ ini sebab itu akan membuat pihak
atasan beranggapan bahawa adakah ini satu lagi ‘flavour of the month’.
Nota: Saya sedang berusaha untuk mengaplikasi pendekatan ini
di di dalam seminar ‘Better’Brighter’. So far so good.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment