Sunday, May 3, 2015
PBAKL
Semasa aku menziarahi brother aku di Subang Jaya dua malam
lepas, aku lihat bicara mereka banyak berkisar mengenai Pesta Buku Antarabangsa
Kuala Lumpur (PBAKL) yang sedang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur. Almaklum,
Brother aku ini seorang pengarang dan adik ipar aku pula sekarang giat menulis
buku masakan.
Tertarik aku dengan penerangan mereka mengenai PBAKL ini.
Pertama, kerana aku sendiri tidak pernah mengunjungi pesta buku ini dan aku
pelik mengapa aku tidak pernah mengunjunginya.
Kedua, aku mahu tahu apa beza
PBAKL ini dengan Big Bad Wolf (BBW).
Ketiga, mereka bercakap mengenai kelahiran buku-buku indie.
Bukan apa, aku sebenarnya tidak pernah bersua dengan buku-buku sebegini. Paling
dekat pernah aku tahu mengenai buku-buku indie ini ialah semasa aku mendengar
satu rancangan komentar mengenai buku-buku indie ini dalam saluran AWANI
baru-baru ini.
Itulah, awal pagi semalam aku gagahkan juga pergi ke PBAKL
ini. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku teruskan rehat memandangkan letih memfasilitator
satu program yang baru tamat dalam
minggu ini belum hilang lagi. Sengaja aku pergi ke PBAKL ini berseorangan
kerana aku mahu gunakan masa ini untuk spend masa ini hanya dengan diri aku.
Dah lama aku tak buat kerja macam ini. Memang amat membahagiakan.
Mujur aku datang awal. Ramainya orang. Naik pening lalat aku
dibuatnya. Kalau aku datang lewat, sudah pasti aku tidak punya keselesaan untuk
membelek-belek buku yang ada. Itulah by jam 12.30 tengahari aku telah
tinggalkan PBAKL ini. Apa yang aku perolehi dari PBAKL ini?
Pertama, mesti aku katakan, buku-bukunya tidaklah dijual
murah sangat. Especially kalau kita bandingkan dengan harga buku di BBW.
Walaupun begitu, akiu mesti katakan buku-bukunya lebih berkualiti dari segi
kandungan berbanding BBW.
Itulah, ada satu buku yang bertajuk ‘Speaker’s Handbook’
ini, memang sangat berguna untuk orang macam aku ini. Harganya memang mahal di luar
jangkaan. Tetapi bila memikirkan bila lagi aku boleh dapatkan buku seumpama ini
dan jika harus mengikuti seminar yang membicarakan kandungan buku ini yang
pasti memakan ribuan ringgit, aku pejamkan mata dan beli buku ini. Moga
pelaburan ini menguntungkan aku.
Selain itu, aku turut juga beli buku-buku yang menjadi minat
aku. Sudahnya satu bag luggage penuh dengan buku aku angkut pulang. Aku fikir, senang-senang lebih seribu ringgit aku
laburkan. Sudahnya adakah berbaloi? Sangat berbaloi! (Mujur aku bawa bag
luggage, kalau tidak sakit badan aku mengangkut buku-buku ini ;))
Aku seronok melihat gelagat orang-orang di PBAKL ini. Paling
aku suka melihat gelagat mereka yang terlibat dalam industri buku. Mereka ini
aku jangka adalah penulis dan pengarang buku. Aku lihat macam suasana hari
raya. Begitu mesra mereka bertegur sapa. Berselfie dan berpelukan antara mereka
itu biasa aku lihat. Sejuk hati aku.
Manakala pengunjungnya (lebih 90% orang Melayu), aku lihat
begitu kusyuk memilih buku. Ramai yang membawa keluarga masing-masing. Teruja
aku melihat masyarakat sekarang yang mula minat dengan buku. Walaupun buku yang
aku lihat mendapat sambutan adalah buku-buku yang bercorak hiburan dan novel,
namun aku harap budaya membaca ini akan menjadi budaya orang kita.
Satu saja yang aku rasa sikit tidak puas hati tentang PBAKL
ini. Itulah harga buku yang melibatkan buku-buku terbitan syarikat luar negeri
yang berada di tingkat 4. Rata-rata buku itu di situ sangat mahal hingga
menjangkau ribuan ringgit untuk sebuah buku.
No wonder, ruang buku ini tidak ramai orang. Harap sesuatu
boleh dilakukan tentang harga buku ini kerana aku sedar ilmu yang ada pada
helaian buku-buku ini amat berharga. Teringat aku mengenai harga buku di India.
Rata-rata buku di India sana murah dan mampu dimiliki. Bagaimana mereka
turunkan harga? Itu kita harus belajar dari mereka.
Sebenarnya, sepanjang aku berada disini, ada satu perkara
yang bermain di fikiran aku. Itulah, alangkah baiknya segala ilmu dan cerita
yang telah dilalui melalui program Better.Brighter itu dapat dibukukan. Bukan
apa, pengalaman program Better.Brighter ini sangat mahal harganya tambah pula
pengalaman yang diperolehi itu berdasarkan kepada usaha untuk menangani satu
cabaran yang dihadapi oleh satu syarikat besar negara ini.
Aku rasa, semestinya para participants Better.Brighter
mahukan buku itu. Bukan itu sahaja, buku itu mampu menjadi mukadimmah untuk
membawa idea-idea Better.Brighter ini kepada masyarakat luas. Aku berdoa dan
harap dalam satu masa terdekat, ini
mampu dilaksanakan. Ameen!
Akhir kata, aku seronok dengan PBAKL. Terima kasih di atas
pengalaman ini. Aku harap aku punya kesempatan lagi untuk mengunjungi PBAKL
yang akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment