Tuesday, June 9, 2015
20 Cara Untuk Mulai Mencintai Diri Anda - Part 2
11. Jujur pada diri sendiri.
Jangan mengatakan ya bila bererti tidak, begitu juga
sebaliknya. Dengarkan perasaan anda. Apa yang ia katakan dan apakah anda
menghormatinya? Jujur pada diri sendiri adalah cara untuk menghargai diri
sendiri.
12. Minta bantuan orang lain ketika menghadapi hal-hal
sulit.
Anda tidak harus melalui masa-masa sulit dengan bersendirian.
Ini tidak bererti mengasihani diri
sendiri. Meminta bantuan adalah tanda kekuatan bukan kelemahan.
13. Bersyukurlah!
Pada akhir hari, bersyukur atas semua yang anda miliki. Syukur
adalah cara paling pantas untuk membalikkan keadaan. Hal ini juga akan membuka
jalan untuk hal-hal yang lebih indah masuk ke dalam hidup anda.
14. Temukan cara untuk menjadi kreatif.
Kreativi adalah luahan diri. Hal ini boleh datang dalam
segala bentuk; tarian, yoga, berjalan, menulis, melukis, atau bermain dengan
anak-anak. Anda memiliki cara unik untuk meluahkan keindahan anda.
15. Maafkan diri anda.
Semua orang pernah melakukan sesuatu yang membuat mereka
merasa tidak selesa atau malu. Ketika itu telah dilakukan, maka sudah tidak
dapat diubah, namun itu tidak bererti anda harus membawanya kemanapun dan
selamanya. Biarkan saja! Itu sudah berakhir!
16. Belajarlah untuk menerima semua perasaan dan suasana
hati.
Anda adalah manusia dan hal-hal pasti berubah. Inilah realiti
kehidupan anda untuk menjadi bahagia setiap saat, setiap hari. Beri diri anda
waktu istirahat sejenak dan terima semua emosi anda. Emosi berubah sepanjang
waktu.
17. Keluar dari zon selesa anda.
Ketika anda mencuba sesuatu dimana anda rasa takut atau
tidak yakin dan kemudian Berjaya mencapainya, maka anda akan mengalami satu perasaan
yang amat hebat. Mencuba hal-hal baru akan menjaga kehidupan dari hal-hal yang
membosankan. Ambil beberapa risiko dan lihat apa yang anda temui mengenai diri
anda.
18. Bersabar dan konsisten.
Mencintai diri adalah sebuah proses yang perkembangan diri
dan terlasksana secara berterusan. Hal ini memerlukan latihan. Berbaik hatilah
dan penuh kasih kepada diri sendiri kerana anda adalah makhluk yang luar biasa.
19. Bersenang-senanglah!
Keluarlah dan bersenang-senanglah. Jangan menahan diri,
biarkan diri anda yang unik meledak dan nikmati kehidupan anda yang luar biasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment