Tuesday, June 9, 2015
20 Cara Untuk Mulai Mencintai Diri Anda - Part 1
Anda luar biasa!
Tidak ada orang lain di bumi ini yang seperti anda. Anda
adalah istimewa!
Mungkin saat ini anda berfikir “Adakah anda berfikir ... Aku hanyalah orang biasa. Tidak ada yang
istimewa! Sama halnya seperti orang lain.”
Cuba kita ambil salah satu contoh, yaitu pengalaman hidup.
Pengalaman hidup anda sampai saat ini berbeza dengan orang lain. Ya, mungkin
ada beberapa persamaan tetapi, pada dasarnya setiap orang memiliki pengalaman
yang sangat unik dalam kehidupan mereka masing-masing.
Dari perspektif ini saja anda sudah berbeza, unik dan luar
biasa!
Bukankah sudah sampai waktunya untuk mulai memperlakukan
diri anda sebagai seorang yang istimewa. Berikan diri anda sedikit cinta dan luahkan
keunikan anda ke seluruh dunia?
Jom! Lakukan kebaikan pada diri anda sendiri, sedut nafas
dalam-dalam, beri diri anda satu pelukan dan mulai berlatih tindakan berikut;
1. Mulailah hari anda dengan mencintai diri sendiri!
Lihatlah di cermin dan katakan kepada diri sendiri sesuatu
yang penuh cinta. “Anda memiliki mata yang paling indah!” Anda masih merasa
pelik melakukannya? Cubalah hal lain yang positf seperti “Anda sangat kreatif!”
Apa pun buat apa saja yang membuat anda merasa tersanjung dan tersenyum!
2. Belajar menyayangi tubuh anda.
Memberi makanan yang baik untuk tubuh anda dengan makanan
dan minuman yang sihat adalah cara untuk menghargai diri sendiri. Juga,
manjakan diri anda dalam air suam, urutan atau rawatan spa. Temukan cara untuk
menikmati, menyukai dan bahkan menyayangi tubuh anda.
3. Kelilingi diri anda dengan orang-orang yang mencintai dan
memberi semangat kepada anda.
Belajarlah untuk menerima semua pujian yang mereka katakan
tentang anda. Mungkin apa yang mereka katakan tidak membahagiakan hati anda,
namun mereka adalah orang-orang yang selalu berada disisi anda, memberikan sokongan
pada anda. Jangan hindarkan diri anda. Terima dan akui mereka.
4. Akhiri semua hubungan yang beracun.
Serius, siapa pun yang membuat anda merasa kecil, tidak
berdaya atau tidak bererti tidak termasuk dalam hidup anda.
5. Berhenti berusaha menjadi orang lain.
Anda tidak boleh menjadi orang lain kerana anda unik, begitu
pun dengan mereka. Mengapa suka membandingkan diri ketika tidak ada sesuatu pun
patut dibandingkan?
6. Jadilah ‘cheerleader’ bagi diri anda sendiri.
Rayakan semua prestasi anda, tidak peduli berapa besar atau
kecil. Banggalah pada diri sendiri. Jadilah orang pertama yang mengucapkan tahniah
pada diri sendiri, kemudian biarkan orang lain memberi tahniah pada anda jika
mereka menginginkan, bukan sebaliknya.
7. Rangkul dan cintai segala sesuatu yang membuat anda berbeza.
Anda memiliki pemberian dan bakat yang khusus. Ini adalah
apa yang membuat anda istimewa dan unik. Jangan takut untuk mengoptimakan pemberian
dan bakat anda itu.
8. Luangkan waktu setiap hari untuk diri sendiri.
Mungkin itu adalah sebuah waktu yang tenang ketika anda duduk
dan bersantai atau melakukan meditasi. Ambil waktu untuk berjalan-jalan
sendiri. Duduk di tepi sungai atau danau. Nikmati waktu anda.
9. Carilah ‘percikan api’ dari dalam diri anda.
Apa yang mengghirahkan anda? Aktiviti yang membuat anda lupa
waktu? Atau sesuatu hal yang menakutkan anda? Sesuatu yang ingin anda lakukan,
tetapi takut untuk mencuba. Pergi dan lakukan! Ambil beberapa langkah kecil, dan
sudahnya langkah anda kian menjadi lebih mudah.
10. Dengarkan kritikan batin anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment