Friday, June 5, 2015
Antara Dosa dan Rasa Tenteram
Suatu hari ada tiga orang adik beradik sedang bermain dengan
burung-burung yang baru mereka beli. Mereka mengikatkan tali ke kaki burung-burung
tersebut dan ketika burung itu terbang mereka menarik tali tersebut, sehingga
burung tersebut tidak dapat terbang dengan bebas. Mereka sangat gembira bermain
dengan burung tersebut, kerana mereka boleh menerbangkan kemudian menarik
kembali burung tersebut, sehingga burung tersebut tidak terlepas dari mereka.
Akhirnya burung pertama menjadi lemah kerana terus ditarik
oleh adik beradik tersebut. Burung tersebut kelelahan dan tidak mampu terbang
lagi. Adik beradik tersebut menjadi marah kemudian mereka mengangkat tali yang
terikat di burung tersebut lalu menendang burung tersebut berulang-ulang.
Akhirnya burung tersebut menjadi semakin lemah.
Burung kedua yang dipegang oleh adik beradik yang lain berjaya
melepaskan diri kemudian terbang ke pokok. Hal itu berlaku disebabkan anak
tersebut tidak terlalu kuat memegang talinya. Burung tersebut terbang ke pokok,
tetapi tidak mampu terbang lagi kerana tali yang terikat di kaki burung tersebut
tersangkut di pokok tersebut.
Anak tersebut menjadi kecewa sehingga dia berusaha menangkap
burung tersebut, tetapi tidak mampu kerana anak tersebut tidak boleh memanjat
pokok tersebut. Adik beradik yang lain berusaha membantunya, tetapi tidak berjaya
juga.
Kerana terlalu asyik melihat burung saudaranya yang terbang
ke pokok, adik beradik yang ketiga tidak menyedari ada seekor kucing sedang
mengintai burung kepunyaanya. Ketika anak itu lalai, kucing tersebut menerkam
burung kepunyaannya. Anak tersebut tersedar lalu dia mencuba menarik burung
tersebut, akibatnya terjadi saling tarik sehingga kaki burung tersebut
terputus, dan kucing tersebut membawa lari burung tersebut.
Apa yang dapat kita pelajari dari kejadian tersebut?
Begitu juga dengan hidup kita jika kita masih terikat dengan
dosa, kita akan seperti ketiga-tiga burung tersebut. Pertama, hidup kita
menjadi penuh dengan kelelahan, kesesakan, down, dan tidak mempunyai harapan.
Kedua, hidup kita tidak akan terbebas, kerana kemana pun kita mencuba untuk
pergi, hidup kita tidak akan merasa kebebasan, kerana masih ada dosa yang
mengikat kita. Dan yang ketiga, jika kita masih terikat dengan dosa, kita akan
mati binasa dengan dosa tersebut.
Segeralah lepaskan diri kita dari terikat kepada dosa agar
hidup kita sentiasa rasa tenteram.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment