Friday, June 5, 2015
Cicit dan Cuit
Dua ekor burung bernama Cicit dan Cuit memutuskan untuk
membuat sarang pada cabang-cabang pohon cemara. Hari demi hari mereka mencari rumput
kering dengan menyepit rumput-rumput itu di paruh, mereka menghantarnya ke
cabang pokok cemara.
Kedua-dua burung itu bekerja keras, mematuk, menarik, dan
merangkai. Tak lama kemudian terciptalah sebuah sarang yang cukup besar dan
nyaman. Di situlah mereka tinggal selama berbulan-bulan. Mereka tidur,
bercanda, bahkan bertelur di sarang itu, sehingga rasanya sarang itu sudah
menjadi sebahagian daripada hidup mereka.
Suatu hari seorang petani menebang pokok cemara tersebut.
Kedua burung yang sudah berbulan-bulan lamanya tinggal di pohon itu terpaksa terbang
meninggalkan sarang mereka. Beberapa butir telur menggelunsur dari sarang
burung-burung itu dan akhirnya pecah. Tak jauh dari situ, sambil bertenggek di
sebuah rantai kering, Cicit dan Cuit melihat semua yang terjadi.
Cicit berkata sambil menangis : "Oh sarangku, oh
telurku ... aku sudah kehilangan segalanya, di mana lagi akan kudapatkan pokok cemara
yang kukuh untuk membina sarangku." Cicit nampak sangat bersedih dan ia
terus menangis sepanjang hari. Melihat kesedihan temannya, Cuit berusaha
menghibur kawannya; "Tenanglah kawan, tak perlu risau. Kita masih boleh
mencari tempat lain dan kita akan membina sarang yang baru di sana."
Namun, Cicit terus meratapi nasibnya dan tidak mahu berganjak
dari ranting kering di mana ia bertenggek. Merasa sia-sia memujuk temannya, Cuit
meninggalkan Cicit dan terbang mencari pohon lain di mana ia boleh membina
sarang yang baru. Sedangkan Cicit masih tetap bertenggek di ranting kering
sambil meratapi nasibnya.
Panas, hujan, dan angin datang silih berganti, tetapi Cicit
tetap tinggal di ranting kering dalam kesedihan. Lama-kelamaan kerana tidak mempedulikan
dengan dirinya, Cicit mati di ranting kering itu. Berbeza dengan nasib Cicit, Cuit
yang memutuskan untuk pergi mencari pohon lain kini sudah bertemu tempat
tinggal yang baru. Ia membina sarangnya di sebuah pohon beringin yang sangat rendang
dan kukuh serta bertelur dan beranak pinak di sana.
Kehidupan tidak pernah menjanjikan sesuatu yang abadi.
Banyak hal yang dapat berubah dan tidak berjalan seperti yang kita harapkan.
Janganlah terperangkap dalam kesedihan dan penyesalan kerana kenangan indah
atau kejayaan yang pernah kita raih. Tuhan mengajar kita untuk mampu menghadapi
segala situasi dan keluar sebagai juara. Jangan meratap ketika
"sarang" kita dibongkar.
Percayalah bahwa pertolongan Tuhan sentiasa terhulur dan
siap mengangkat kita kembali. Tidak ada kekalahan bagi orang yang menaruh
harapan serta percaya kepada Tuhan. Ketika "sarang"nya dibongkar, ia
akan terbang mencari tempat lain dan membina "sarang" baru yang lebih
baik.
Jika anda mahu tahu bagaimana menjadi juara dalam hidup ini,
sertailah program ‘Budaya Juara’. Apa-apa hubungi saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment