Friday, June 5, 2015
Pokok
Dalam satu perjalanan se orang ayah dengan anak lelakinya, mereka
bertemu dengan sebatang pokok tinggi yang menarik untuk mereka bincangkan.
Kedua-duanya pun berhenti di bawah pokok yang rendang itu.
“Anakku,” ucap sang ayah tiba-tiba. Anak usia belasan tahun
ini pun menatap wajah ayahnya. Dengan sapaan seperti itu, sang anak faham
bahawa ayahnya bakal mengucapkan sesuatu yang penting.
“Apakah pelajaran yang boleh kau dapati dari sebuah pokok?” tanya
sang ayah sambil tangan kanannya memegang batang pokok tersebut.
“Pada pandangan saya, pokok mampu dijadikan tempat berteduh
yang nyaman, tempat penyimpanan air yang bersih, dan dapat menyejukkan cuaca
panas.” jawab sang anak sambil matanya menantikan sebuah kepastian dari ayahnya.
“Bagus,” jawab spontan sang ayah. “Tapi, ada hal lain yang
menarik untuk kita semak dari sebuah pokok,” tambah sang ayah sambil tiba-tiba
wajahnya mendongak ke hujung dahan pokok yang paling tinggi.
“Perhatikan hujung pokok ini. Semuanya tegak lurus ke arah yang sama.
Walaupun ia berada di tanah yang bercerun, pokok akan memaksa dirinya untuk
tetap lurus menatap cahaya,” jelas sang ayah.
“Anakku,” ucap sang ayah sambil tiba-tiba tangan kanannya memegang
bahu anak lelakinya. “Jadikan dirimu seperti pokok, walau keadaan apa pun,
tetap lurus mengikuti cahaya kebenaran,” ungkap sang ayah dengan penuh bermakna.
Keadaan tanah kehidupan yang kita pijak saat ini, kadang
kala tidak berada pada hamparan luas yang datar. Selalu saja ada keadaan tidak
seperti yang kita inginkan. Ada tebing yang curam, ada cerun yang melelahkan,
ada cerun landai yang melenakan, dan ada lubang-lubang yang muncul di luar
dugaan.
Pokok-pokok, seperti yang diucapkan sang ayah kepada anak
lelakinya, selalu memposisikan diri untuk kukuh tegak lurus mengikuti sumber
cahaya kebenaran. Walaupun berada di tebing ancaman, tanjakan hambatan, turunan
godaan, dan lubang jebakan.
“Jadikan dirimu seperti pokok, walau keadaan apa pun, tetap
lurus mengikuti cahaya kebenaran.”
Sahabat, Jadikan dirimu seperti pokok, walau keadaan apa
pun, tetap lurus mengikuti cahaya kebenaran,” Siapapun Anda, Bagaimanapun Anda,
dan Dimanapun Anda... tetap dan ikutilah cahaya lurus kebenaran... kerana jika
tidak, anda akan tersesat dalam kegelapan. Dan ila terperangkap dalam gelap,
jangan mengutuki kegelapan, tapi nyalakanlah cahaya walaupun dengan sebatang lilin
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment