Sunday, July 5, 2015
Mengapa penting mengamal 'The 7 Habits of Highly Effective People' dalam TNB?
TNB sedang berusaha untuk menjadi Domestic Dominance,
Regional Champion (DDRC) bagi memastikan TNB dan juga Anggota Kerjanya terus
relevan di masa depan. Kita, anggota kerja TNB mesti berusaha baik secara
individu mahupun berkumpulan bagi memastikan ini dicapai.
Covey kata, ramai orang mahu mencapai kejayaan. Dari
pemerhatian beliau, kalau mahu mencapai kejayaan, kita harus menjadi
seorang yang efektif.
Apa tanda orang itu efektif? Dari pemerhatian beliau juga,
orang yang efektif ini punya beberapa tabiat yang khusus.
Pertama, secara peribadi, individu itu punya tabiat-tabiat
..
Be Proactive (Tabiat 1)
Begin with the End in Mind (Tabiat 2)
Put First Things First (Tabiat 3).
Kedua, bilamana individu itu berada di dalam satu kumpulan,
beliau mempunyai tabiat-tabiat ...
Think Win-Win (Tabiat 4)
Seek First To Be Understand Then To Be Understood (Tabiat 5)
Synergy (Tabiat 6).
Ketiga, individu ini dalam hidupnya tidak pernah berhenti
menambahbaik dirinya dan itulah dalam bahasa Covey ...
Sharpen The Saw (Tabiat 7).
Perlu diingati, setakat memahami 7 Tabiat ini bukan tanda
kita telah menjadi efektif. Kita menjadi efektif bilamana 7 Tabiat ini telah
menjadi amalan kita atau tabiat kita.
Soalnya apa itu tabiat dan bagimana mahu bentuk tabiat?
Untuk memahami persoalan ini, kita harus kenal diri dan
salah satu kaedah kenal diri ada diterangkan dalam program Better.Brighter
berdasarkan konsep ‘Stick Person’.
Seperti katanya program Better.Brighter, selepas kenal diri,
bukankah mudah untuk bina unit bisnes kita menjadi Center of Excellence (COE)
dan bina kompetensi diri kita berdasarkan konsep Packaging Expertise (PE) itu
yang akhirnya memudahkan kita mencapai DDRC?
Dan bukankah untuk mencapai kejayaan COE dan PE ini, diri
kita perlu mengamalkan 7 Tabiat itu?
Adakah kita faham ini semua? Kalau kita tidak nampak logik
ini, mana mungkin kita ada kesedaran dan keinginan untuk bina 7 Tabiat ini
dalam diri kita?
Moga-moga kita, anggota kerja TNB mampu jadi efektif dan
seterusnya menyumbang kepada pencapaian DDRC!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment