Saturday, August 15, 2015
Kisah Cicit Iblis Laknatullah Yang Bertaubat
Kisah ini agak unik sedikit kerana ini adalah kisah cicit
kepada Iblis laknatullah yang bertaubat. (Kisah dipetik dari kitab karangan Al-Uqaili,
salah seorang penghafal hadith, penulis kitab adh-Dhu a’fa)
Al-Uqaili meriwayatkan Abu Nu’aim dan Al-Baihaqi dari Umar; "Ketika
kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w di suatu tempat di gunung Thimamah,
tiba-tiba muncul seorang lelaki tua sambil memegang tongkat. Dia kemudian
mengucapkan salam kepada Rasulullah s.a.w.".
“Siapa engkau?” tanya Nabi.
‘Aku Hammah bin Hayim bin Luqais bin Iblis", jawabnya.
“Engkau dan iblis berjarak dua bapa, berapa lama waktu yang
engkau lalui antara dua jarak itu?
“Usia dunia ini sudah punah kecuali tinggal sedikit saja
lagi, pada malam ketika Qabil membunuh Habil, aku masih kanak-kanak namun aku
sudah boleh disuruh merosakkan makanan dan memutuskan hubungan perkauman”.
Nabi Bersabda, "Alangkah buruknya perbuatan orang tua
yang dikutuk dan anak muda yang diajarnya”.
“Janganlah sebutkan lagi hal itu kerana aku sudah bertaubat
kepada Allah. Aku pernah bersama Nuh di masjidnya dan beberapa orang yang
beriman dari kaumnya. Aku terus-menerus mencela caranya menyampaikan dakwah
kepada kaumnya sehingga dia menangis dan aku juga turut menangis.
"Aku termasuk orang yang menyesal atas perbuatan itu
dan aku berlindung kepada Allah agar tidak termasuk orang -orang yang jahil.
"Aku katakan pada Nuh, Wahai Nuh aku termasuk orang
yang bersubahat dengan pembunuhan yang dilakukan Qabil yang menumpahkan darah
orang yang berbahagia dan mati syahid dari anak Adam. Adakah menurutmu,
taubatku masih di terima?"
Nuh menjawab, "Wahai Hammah, berhasratlah terhadap
kebaikan dan lakukanlah ia sebelum muncul penyesalan dan kerugian. Sesungguhnya
aku telah membaca apa yang diturunkan Allah kepadaku bahawa tak seorang hamba
pun yang bertaubat kepada Allah melainkan Allah akan menerima taubatnya. Kerana
itu ambillah wudhuk dan bersujudlah dua kali".
Akupun terus melaksanakan apa yang diperintahkan kepadaku,
ketika aku sedang sujud diserukan kepadaku, "Angkatlah kepalamu kerana
taubat bagimu sudah turun dari langit”.
Maka akupun sentiasa bersujud kepada Allah.
Aku juga sempat bersama Nabi Hud bersama mereka yang beriman
kepadanya, aku juga mencela caranya menyampaikan dakwah sehingga dia dan aku
turut menangis. Aku seringkali bertemu nabi Ya’kub dan aku juga bertemu Yusuf
di tempat orang- orang awam yang buta huruf.
Aku bertemu Ilyas di lembah. Aku
bertemu Musa bin Imran dan beliau mengajarkan Taurat kepadaku sambil berkata,
"Jika engkau sempat bertemu Isa Putera Maryam, sampaikan salamku
kepadanya".
Lalu ketika aku bertemu Isa aku sampaikan salam Musa
kepadanya. Kemudian Isa berkata kepadaku, "Jika engkau bertemu Muhammad,
sampaikan salamku kepadanya".
Setelah mendengar kisah tersebut, Rasulullah s.a.w.
memandang kearah yang jauh, lalu menangis sambil bersabda, "Salam atas Isa
selagi dunia masih ada dan salam atasmu wahai Hammah diatas amanah yang telah
engkau sampaikan.”
“Wahai rasulullah, lakukanlah sepertimana yang dilakukan
oleh Musa bin Imran kepadaku, beliau sudah mengajarkan ku Taurat.”
Maka Rasulullah s.a.w. membacakan kepadanya surah Al-Waqiah,
Al-Mursalat, An-Naba’, At-Takwir dan Mu’ awwid-zatain serta Qulhuallahu ahad.
Kemudian baginda bersabda, “Sampaikan kepadaku apa
keperluanmu wahai Hammah sebelum engkau meninggalkan kami”.
Pengajaran?
Kalau cucit Iblis pun boleh bertaubat, pasal kita manusia susah mahu bertaubat?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment